Hujan lebat yang melanda daerah Baling petang tadi telah mengakibatkan berlaku kejadian “kepala air” di Lata Celak Iboi. Dalam laporan terkini oleh Angkatan Pertahanan Awam yang sudah berada di tempat kejadian, hujan lebat yang berlaku selama tiga jam telah mengakibatkan kawasan berkenaan ditenggelami banjir besar.
Dalam catatan di fb mereka, APMM melaporkan rentetan kejadian hujan lebat yang berlarutan selama 3 jam tanpa henti telah menyebabkan kejadian banjir kilat di Kampung Iboi dan Kg Tanjung Luas, Mukim Kupang.
Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling telah bergerak ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada orang awam. Seramai 3 x pegawai dan 14 x anggota telah bergerak ke lokasi bagi operasi menyelamat.
Diberikan empat orang masih hilang akibat banjir yang melanda di banjir kilat di Kampung Iboi dan Kg Tanjung Luas, Mukim Kupang.
Dalam pada itu, seorang anak yang tinggal di Melaka, Nurul Hanani yang terputus hubungan dengan ibunya yang lumpuh merayu agar diberikan makluman terkini mengenai keluarganya khususnya ibunya yang lumpuh.
Dalam perkongsian di fb JJCM, Nurul Hanani (berada di Melaka) meminta bantuan untuk mengetahui keadaan terkini ibunya selepas rumah mereka kampung berkenaan dinaiki air setinggi bumbung.
Dirinya terputus hubungan dengan keluarga beliau dari 5.07 petang tadi.
Nurul Hanani meminta bantuan dari sesiapa yang dapat memberi maklumat lanjut mengenai keadaan keluarga beliau. Ini kerana ibunya lumpuh, adik iparnya sedang mengandung selain di situ juga adiknya menetap menjaga ibunya.
Mari sama-sama kita mendoakan buat mangsa banjir “semoga sabar dan tabah menghadapi ujian ini, tiada daya kekuatan hanya mampu berserah kepada Allah. Aameen Ya Rabbal Alameen.