Siapa tidak terpegun melihat kecantikan, kemewahan dan keunikan sehelai tudung yang diberikan padanya.
Ribuan batuan bertahtakan manik Swarovski yang dijahit pada tudung berkenaan menjadikan ia diiktiraf sebagai tudung termahal di dunia.
Artikel Berkaitan: Hanya Bermodalkan RM1, Berjaya Menabung Hingga RM500 Sebulan. Wanita Ini Kongsi Caranya!
Tudung ini yang dihasilkan di luar negara milik pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berjaya melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai tudung termahal di dunia.
Tidak menyangka akan menerima tudung ini daripada pengeluar batu kristal terkemuka itu, Haliza hanya mampu menangis dan terkedu.
Menurutnya kegembiraan ini sukar digambarkan dengan kata kerana ia terlalu luar biasa.
“Tidak sangka sama sekali hajat saya untuk melihat kilauan batu kristal Swarovski direalisasikan pada sehelai tudung,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya juga, pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan kerana menjadi pemborong batu kristal terbesar dunia.
Artikel Berkaitan: “10 Tahun Dulu Kalau Terdesak Rela Hutang Duit Kawan Dari Isteri. Sejenis Ego Seorang Suami” – Mohd Fadhli
Tudung bawal yang dihasilkan berwarna hitam ini ditaburi 7,512 butir batu kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.
Jelas Haliza lagi, tudung berdiameter 1.14 meter itu mengambil masa selama 320 jam (13 hari) untuk disiapkan oleh 12 tenaga pekerja di Austria.
Namun di sebalik kejayaan manis pemilik Bawal Exclusive ini bukanlah bermula dengan kisah yang indah.
Menurut Haliza, sebelum berjaya seperti hari ini, beliau juga menjual tudung biasa di Jalan Tunku Abdul Rahman yang dianggap lubuk emas.
Pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit dan manis, namun tidak mematahkan semangat untuknya dan suami terus gigih bekerja menghasilkan tudung lain daripada yang lain.
“Saya masih ingat tatkala detik tidak dapat membayar duit sewa kedai di Jalan TAR berkenaan. Masa tu kami baru kahwin dan saya mengandung.
“Saya cakap kita kena keluar dari kedai ini dan bercadang untuk jual kacang rebus. Tetapi memang rezeki apabila kebaikan tokey kedai (seorang yang berbangsa asing) yang membenarkan untuk kami terus menyewa kedai berkenaan. Dan jasanya akan saya ingat sampai mati.
“Ketika itu kami mula memikirkan untuk menghasilkan satu produk yang lain daripada yang lain. Cipta nama sendiri, reka dan tidak boleh jual barang orang.
“Waktu itu suami pergi ke Singapura dan berjumpa bos lamanya yang juga pemborong tekstil. Suami juga pergi ke Arab Street dan membeli manik Swarosvki yang dijual di situ. Kemudian beli tudung bawal dan kami mula menampal batuan tadi pada tudung berkenaan.
“Setelah siap, kemudian saya menjual dengan menaiki notor dan alhamdulillah jualan sangat memberangsangkan. Semua tudung habis dijual,” ujarnya yang memberitahu dari situlah bermulanya perniagaan Bawal Exclusive miliknya.
Untuk bertahan lama dan kekal seperti hari ini bukanlah mudah. Dan sebagai seorang yang beragama Islam, dia percaya segala rezeki yang diperoleh hari ini adalah pemberian daripada Allah.
“Sebenarnya untuk dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan, apa yang saya amalkan adalah selalu bangun awal pagi.
“Selalunya seawal 4.30 agi saya sudah bangun, amalkan Solat Taubat, sebelum lakukan Solat Hajat dan bila saya berdoa, saya akan berdoa mintak dengan tepat apa yang saya nak.
Artikel Berkaitan: Dr Hamid Arshat Kongsi Tip Jaga Rahim – Amal Menu Sihat, Paling Penting Selawat Dan Zikir
“Katakan saya ni nak beli bangunan. Sekian-sekian juta. Hening pagi saya akan bangun bercerita dan meminta pada Allah dan akan sebut bulat-bulat apa yang dimahukan.
“Selebihnya saya akan usaha dan sedekah. Insya-Allah jika kita bersedekah, besar Allah akan beri ganjarannya. Pagi ni kita transfer RM10 ribu di masjid, tak sampai ke tengah hari RM100 ribu orang beli cash.
“Bukanlah saya mahu menunjuk-nunjuk tapi inilah yang saya boleh kongsi kelebihan amalan dilakukan. Orang lain meniaga tudung ada yang tutup tapi Bawal Exclusive walaupun mahal tetap ada rezekinya.
“Tiada amalan tetapi saya selalu niatkan, walaupun benda kecik, bagi makan kucing, tapi berdoa “Ya Allah dengan kenyangnya kucing ini, kau makmurkanlah perniagaanku,” jelasnya yang turut melakukan amalan menghantar makanan ke rumah anak yatim terutama pada hari Jumaat dan niatkan memberi mereka makan dan Tuhan makmurkan pernigaan dibina.
“Tiada doa khusus atau tertentu lain diamalkan tetapi seperti saya beritahu tadi bila berdoa akan sebut apa yang dimahukan. Saya minta direct dengan Allah, jangan malu-malu.
“Dan kalau ada rezeki pergilah ke Tanah Suci. Di sana saya berdoa minta pada Allah apa yang dihajati,” tambahnya yang tidak akan menjual tudung diperolehi tetapi akan dijadikan pameran sebagai sumber insporasi kepada pelanggan yang datang ke butik barunya nanti.
Kashoorga: Untuk lebih pilihan tudung bawal, layari sini