Siapa tidak mengenali pelawak dan juga pelakon Shuib Sepahtu. Setiap kali melihat dia beraksi di pentas pasti tidak akan kering gusi mendengar lawak spontannya.
Ada saja yang keluar dari mulutnya yang tidak pernah kering idea dalam menghiburkan orang ramai.
Kita sekadar melihat luarannya sahaja, tetapi ramai tidak tahu amalan baik yang tidak pernah kita nampak dari mata kasar.
Walaupun personaliti Shuib yang dilihat begitu sibuk mencari rezeki dunia, tetapi tersembunyi amalan yang disimpan untuk bekalan di akhirat.
Dalam satu posting oleh Imam Muda Asyraf mendedahkan bahawa insan ini nampak biasa tetapi sebenarnya amalan beliau sangat luar biasa.
Menurutnya sejak bertugas sebagai DJ di sebuah radio dan perlu bangun ke konti seawal jam 4 pagu, jadi Shuib tidak melepaskan peluang solat Tahajjud hampir setiap hari. Bukan itu sahaja, malah Surah Al-Waqiah menjadi amalan beliau.
Tidak cukup dengan itu, Shuib juga dikatakan hampir setiap pagi bersedekah menjamu makan tidak kira sesiapa sama ada Pak Guard, Cleaner.
Doa Imam Muda Asyraf juga agar sahabatnya ini sentiasa istiqamah dan terus dimurahkan rezeki.
Niat datang nak COD… Tapi kena tazkirah dengan Shuib
Sebahagian orang, amalan baik mereka terlalu jauh ke dalam mereka sembunyikan…
Insan yang saya kenal ini sejujurnya nampak biasa-biasa. Tapi mungkin tak ramai yang tahu amalan beliau yang luar biasa… .
Semenjak bertugas sebagai DJ radio yg terpaksa pergi ke konti studio seawal 4 pagi, beliau tidak melepaskan peluang untuk solat tahajud hampir setiap hari..Surah al-Waqiah menjadi amalan beliau..
Bahkan hampir setiap pagi beliau tidak melepaskan peluang bersedekah jamu makan tak kira siapa samada Pak Guard, cleaner dll setiap awal pagi.. istiqamah hingga hari ini. Murah rezeki beliau… .
Ini antara apa yg sy dapat tahu dari org rapat beliau.. @shuibsepahtu @aisyasyraf_hq
Ternyata perkongsian ini mendapat respon bagus dari warganet. Masing-masing setuju dengan pendapat yang diberikan oleh Imam Muda Asyraf.