Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]
Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]
Ads
Semalam telah berlangsung Malaysia Prestigious Industri Award yang mana ia mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Dan ia adalah anugerah berprestij diiktiraf seumur hidup. Dan sesuatu yang sangat dibanggakan.
Dalam pada itu, pengasas Adzan Centre yang pakar membantu golongan dewasa yang ada masalah buta quran, merangkak-rangkak , pening dengan tajwid dan lain-lain iaitu Ustazah Aisyah Baaín bersama suami, Ustaz Anas telah menerima pengiktirafan di Malaysia Prestigious Industri Award dalam kategori Islamic Education Industry.
Dari satu perkongsian di instagramnya, @aisyah-baain, Ustazah berkongsi akan keberkatan Al-Quran dan rezeki dari Allah dengan kurniaan diterima mereka.
Kongsinya :-
Ads
Segala Puji Bagi Allah! Hak Allah semuanya ini, kejayaan demi kejayaan Allah pinjamkan untuk kita semua bersama
Sebagai kenangan nak share sikit perasaan bila dapat award ni semalam, pertamanya ma shaa Allah subhanAllah! Allahu Akbar, Alhamdulillah!
Saya pejam mata dan rasakan syukur atas segala nikmat dunia ini, paling saya sebak bila anugerah ini kami semua dapat atas sebab KEBERKATAN AL QURAN asbab dari sentiasa BERSAMA Al Quran, Allah bagi rasa nikmat ini.
Bila saya kenang balik, yang datang dan menang majoritinya bisnes produk, servis dan sebagainya, tapi rasa syukur sangat bila boleh bawa martabat orang yang MENGAJAR Al Quran, BERSAMA Al Quran, BELAJAR Al Quran, MENGURUSKAN Pusat Quran dan menjadikan KERJAYA guru Quran sebagai kerjaya utama, Allah! maksudnya rezeki Allah sangat-sangat luas!
Ads
Kalau dulu mungkin pernah dengar boleh berjaya ke ngajar ngaji je ? boleh sara anak isteri ke ? anak nak kerja apa belajar agama je ? Saya faham dan sangat faham mindset yang sebegitu, tapi ketahuilah yang Allah berfirman dalam Al Quran, tidak akan fakir orang yang bersama dengan Al Quran maka yakinlah dengan rezeki Allah.
Saya hanya minta 1 dari yang membaca status ini, agar sentiasa mendoakan kami semua, keluarga Azdan, fans Azdan, team Azdan dan semua yang mengenali diri ini dan Azdan agar sentiasa berusaha dan kerja keras untuk bantu jutaan manusia dan ummah untuk boleh baca Al Quran dengan baik. Sesungguhnya ribuan lagi manusia yang tak kenal huruf2 dalam baca Al Quran, apatah lagi membacanya, so itu tugas kita bersama
Kejayaan ini hanya asbab supaya kita semua kena buat yang terbaik sentiasa dapat award, rasakan syukur dan hargai moment ini, hargai penat lelah dan jangan terus hanyut malah terus bangkit berjuang sehingga ke garisan penamat
Jika anugerah ini dapat beri sedikit inspirasi pada anak muda diluar sana, maka ambillah yang baik-baik ye, yang kurang baik kita improve sama-sama.
Akhir sekali, nak bagitau je yang gambar-gambar ni semua diambil lepas award, memang pakai je mask, and buka pakai balik, gituu apa pun in shaa Allah moga Allah lindung kita semua dari segala perkara yang tak baik, Ameen ! Gambar : Instagram/ FB Azdan Centre
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Ia diturunkan secara berperingkat melalui Nabi Muhammad SAW. Turunnya kitab suci ini merupakan satu rahmat yang paling besar bagi manusia kerana al-Quran adalah panduan hidup mereka.
Ia mengandungi pelbagai pedoman untuk kehidupan seharian. Kita dituntut untuk membaca, mengkaji dan memahami isi kandungannya supaya boleh menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian baik dalam bidang politik, sosial mahu pun ekonomi.
Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 16:69 bermaksud “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.
Di media sosial, tular satu perkongsian bagaimana hendak memagar kebun dari dimasuki binatang seperti tupai, monyet dan sebagainya dengan membaca surah Al Khafi ayat 18.
Jelas individu berkenaan, dirinya mempunyai kebun durian dan menanam dua jenis pokok iaitu D24 dan D2. Tetapi dalam tempoh dua tahun ini tak merasa buah kerana dicuri monyet dan tupai yang jumlahnya agak banyak.
Namun katanya satu ketika ada mendengar satu temuramah melibatkan Ustazah Asma’ Harun dengan seorang tua, Wan Umi Kalthum berusia dalam lingkungan 81 tahun bagaimana menjaga kebunnya.
Ayat yang diajar ialah bacakan surah al Khafi ayat 18
Arab Latin :- Wa taḥsabuhum aiqāẓaw wa hum ruqụduw wa nuqallibuhum żātal-yamīni wa żātasy-syimāli wa kalbuhum bāsiṭun żirā’aihi bil-waṣīd, lawiṭṭala’ta ‘alaihim lawallaita min-hum firāraw wa lamuli`ta min-hum ru’bā
Bermaksud : Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
“Alhamdulillah, selepas diamalkan surah Al Khafi ini dan dibaca di kebun sendiri, dah seminggu tupai dan monyet tak datang. Jadi dapatlah merasa buah durian nanti,” katanya berkongsi kelebihan surah ini yang bertindak “memagar” kebun dari dimasuki binatang.
Dalam pada itu carian di YouTube mendapati Ustazah Asma Harun ada menemuramah nenek ini yang memberi petua ini.
Saksikan video perkongsiannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bila menyebut tentang strok atau disebut juga angin ahmar, ia merupakan masalah kesihatan yang disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Hal ini terjadi kerana bahagian otak tidak menerima oksigen yang mencukupi sekaligus akan mengalami kerosakan sel-sel otak sekali gus menyebabkan kecederaan saraf. Oleh itu, bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak serta saraf yang terbabit tidak dapat berfungsi. Strok merupakan kecemasan perubatan. Sekiranya ia tidak dikesan dan dirawat dengan segera,kerosakan fungsi badan akan berkekalan malahan kematian juga boleh berlaku.
Ramai tahu tentang strok dari segi perubatan tapi dari sudut agama, angin yang mengakibatkan terjadinya strok disebut sebagai Angin Rihul Ahmar.
Dikisahkan pada zaman Nabi Sulaiman a.s yang dikenali sebagai Nabi yang mempunyai kelebihan menguasai dunia jin terjadinya kisah Angin Rihul Ahmar ini.
Pada suatu ketika dimana “Nabi Allah Sulaiman a.s” duduk di Singgasana, maka datang ‘satu Angin’ yang cukup besar, maka bertanya “Nabi Allah Sulaiman” : “Siapakah engkau?
Maka dijawab oleh Angin tersebut : “Akulah ‘Angin Rihul Ahmar’ dan Aku bila memasuki Rongga Anak Adam, maka Lumpuh, keluar Darah dari Rongga Hidung dan apabila aku memasuki Otak Anak Adam, maka menjadi Gilalah Anak Adam. . .”
Maka diperintahkan oleh “Nabi Sulaiman a.s”, supaya membakar Angin tersebut, maka berkatalah, ‘Rihul Ahmar’ kepada “Nabi Sulaiman a.s” bahawa :
“Aku kekal sampai hari Kiamat tiba, tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T.”
Lalu ‘Rihul Ahmar’ pun menghilang.
Diriwayatkan bahawa: Cucu “Nabi Muhammad SAW”, terkena *’Rihul Ahmar’*sehingga keluar Darah dari Rongga Hidungnya.
Maka datang Malaikat Jibril kepada “Nabi SAW” dan bertanyalah “Nabi” kepada Jibril.
Maka menghilang sebentar, lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan ‘Do’a Rihul Ahmar’ kepada “Nabi SAW”, kemudian dibaca ‘Do’a’ tersebut kepada Cucunya dan dengan sekejap Cucu Rasulullah sembuh dengan serta merta.
Lalu “Nabi SAW” bersabda :
“Bahawa barangsiapa membaca ‘Do’a Stroke / Do’a Rihul Ahmar’, walaupun sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari Penyakit ‘ANGIN AHMAR atau STROKE’.”
Inilah doa agar dijauhkan/terhindar dari ‘Angin Ahmar dan penyakit kronik:-
اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari Angin Merah dan dari Darah Hitam (stroke) dan dari Penyakit Berat.”
‘Rihul Ahmar’ biasa masuk pada saat seseorang tidur pada waktu Asar membawa ke waktu Isyak.
Sebab itulah kita tidak digalakkan tidur di petang hari walau penat bagaimana sekali pun. Malah agama mengajarkan kita untuk tidur seketika sebelum waktu Zuhur di antara waktu 11.30 pagi ke 12.30 tengahari untuk mendapat rehat seketika selepas terjaga sebelum Subuh.
Jika diamalkan, kesegaran tubuh akan berbeza berbanding dengan tidur di waktu dinyatakan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Alangkah stress apabila pulang saja ke rumah anak-anak pula buat hal. Lebih-lebih lagi jika punya anak yang ramai dengan pelbagai kerenah perlu dihadapi.
Namun ada cara sebenarnya ntuk memastikan anak mendengar kata. Menurut perkongsian di laman sosial Facebook oleh Kay Bee ini yang diajar oleh Dr Fathma agar mengamalkan baca Surah Toha dan hembus pada anak setiap malam
Jika diamalkan selalu secara konsisten dan dengan izin Allah akan ada perubahan sedikit demi sedikit.
Kita akan lihat perubahan pada sikap anak yang boleh mendengar kata ibu bapa, mudah diajar dan mendengar kata.
Gambar sekadar hiasan.
RAMAI YANG DAH TAHU DAN RAMAI JUGA YANG TAK TAHU!
Kata Dr Fathma semalam, baca dan amalkan Surah Toha ayat 1 – 6 ini sebanyak 3 kali dan hembus pada umbun anak kita setiap malam. In sha Allah 5 6 bulan akan datang, akan nampak perubahan sedikit demi sedikit.
Perubahan apa? Anak kita dilembutkan hatinya untuk dengar cakap ibu bapa. Mudah diajar dan mendengar kata.
Biasa dengarkan? Ramai dah bagi tips ini. Tinggal nak buat dengan tak saja.
Yang #JARANG dikongsikan adalah… Baca surah Toha ayat 1 – 6 ini 3 kali. Hembuskan dalam air. Bagi #pasangan suami isteri minum sebagai minuman harian.
Kata Dr Fathma, kita sibuk nak anak dan #suami kita dengar cakap kita. Lembut hati dengan kita. Konon-kononnya mereka ni #degil sesangat.
Tapi tapi tapi! (Ni Kak Bee tambah ye bagi sedap sikit citer nih) Kita sendiri sebagai #isteri, tak pernah terfikir yang kita sendiri pun ada degil kita. Kan!
Pernah tak korang #fikir bab ni? Macam kita je yang tak degil. Orang lain dalam umah semua degil belaka.
Masa Dr Fathma cakap pasal ni, 1 surau pakat gelak. Memang kena batang hidung sendiri!Makanya, marilah kita ramai-ramai para isteri yang bijak bistari, sama-sama amalkan ini untuk kesejahteraan keluarga.
Iya pun, memang hari-hari minum air kosong kan, 1 liter la, 2 liter la.
Moh ler kita minum air yang kita sendiri berdoa kepada Allah swt. Agar dilembutkan hati kita dan pasangan. Aman rumah tangga. Jika anak-anak ambil masa 5 6 bulan untuk nampak perubahan.
Kita yang dah umur banyak ni, mungkin 12 bulan baru nampak perubahan? Siapa yang tahukan? Semua dengan izin NYA. Yang penting, kita usaha dan tawakkal saja.
Kay Bee Kami tak celebrate #Valentines Kami hanya #komited pada Family kecil kami. Itu ajer.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memasuki tahun ke-10 World #QuranHour akan berlangsung lagi pada 25 Mac nanti bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Surah...