Bantu Golongan Buta Huruf Kenal Kalam Allah, Ustazah Aisyah Baaín Kongsi Keberkatan Al-Quran

Share

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]

Firman Allah SWT lagi:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]

Semalam telah berlangsung Malaysia Prestigious Industri Award yang mana ia mengiktiraf mereka yang cemerlang dalam bidang masing-masing. Dan ia adalah anugerah berprestij diiktiraf seumur hidup. Dan sesuatu yang sangat dibanggakan.

Dalam pada itu, pengasas Adzan Centre yang pakar membantu golongan dewasa yang ada masalah buta quran, merangkak-rangkak , pening dengan tajwid dan lain-lain iaitu Ustazah Aisyah Baaín bersama suami, Ustaz Anas telah menerima pengiktirafan di Malaysia Prestigious Industri Award dalam kategori Islamic Education Industry.

Dari satu perkongsian di instagramnya, @aisyah-baain, Ustazah berkongsi akan keberkatan Al-Quran dan rezeki dari Allah dengan kurniaan diterima mereka.

Kongsinya :-

Segala Puji Bagi Allah! Hak Allah semuanya ini, kejayaan demi kejayaan Allah pinjamkan untuk kita semua bersama

Sebagai kenangan nak share sikit perasaan bila dapat award ni semalam, pertamanya ma shaa Allah subhanAllah! Allahu Akbar, Alhamdulillah!

Saya pejam mata dan rasakan syukur atas segala nikmat dunia ini, paling saya sebak bila anugerah ini kami semua dapat atas sebab KEBERKATAN AL QURAN asbab dari sentiasa BERSAMA Al Quran, Allah bagi rasa nikmat ini.

Bila saya kenang balik, yang datang dan menang majoritinya bisnes produk, servis dan sebagainya, tapi rasa syukur sangat bila boleh bawa martabat orang yang MENGAJAR Al Quran, BERSAMA Al Quran, BELAJAR Al Quran, MENGURUSKAN Pusat Quran dan menjadikan KERJAYA guru Quran sebagai kerjaya utama, Allah! maksudnya rezeki Allah sangat-sangat luas!

Kalau dulu mungkin pernah dengar boleh berjaya ke ngajar ngaji je ? boleh sara anak isteri ke ? anak nak kerja apa belajar agama je ? Saya faham dan sangat faham mindset yang sebegitu, tapi ketahuilah yang Allah berfirman dalam Al Quran, tidak akan fakir orang yang bersama dengan Al Quran maka yakinlah dengan rezeki Allah.

Saya hanya minta 1 dari yang membaca status ini, agar sentiasa mendoakan kami semua, keluarga Azdan, fans Azdan, team Azdan dan semua yang mengenali diri ini dan Azdan agar sentiasa berusaha dan kerja keras untuk bantu jutaan manusia dan ummah untuk boleh baca Al Quran dengan baik. Sesungguhnya ribuan lagi manusia yang tak kenal huruf2 dalam baca Al Quran, apatah lagi membacanya, so itu tugas kita bersama

Kejayaan ini hanya asbab supaya kita semua kena buat yang terbaik sentiasa dapat award, rasakan syukur dan hargai moment ini, hargai penat lelah dan jangan terus hanyut malah terus bangkit berjuang sehingga ke garisan penamat

Jika anugerah ini dapat beri sedikit inspirasi pada anak muda diluar sana, maka ambillah yang baik-baik ye, yang kurang baik kita improve sama-sama.

Akhir sekali, nak bagitau je yang gambar-gambar ni semua diambil lepas award, memang pakai je mask, and buka pakai balik, gituu apa pun in shaa Allah moga Allah lindung kita semua dari segala perkara yang tak baik, Ameen ! Gambar : Instagram/ FB Azdan Centre

Published by
almaswa Haji Che Ros