
Dalam dunia materialistik ini, wang menjadi perkara utama. Namun bukan semua berfikiran sebegitu kerana dalam keadaan tertentu, sikap tolong menolong itu lebih utama berbanding perkara yang lain. Seperti pemandu Grab ini, sikap ikhlas dalam dirinya membuatkan dia hanya membantu seorang lelaki yang berkerusi roda tanpa mengenakan sebarang tambang.
Baca nukilan yang dicoretkan oleh lelaki berkerusi roda itu.
“Terima kasih atas budi baik pemandu Grab yang tidak mengambil sesen pun duit tambang”.
Kata-kata itu diluahkan oleh pemilik Facebook, Zamri Mohamed Orgpayrock yang menghargai jasa baik seorang pemandu Grab. Pemandu Grab itu iaitu Hanif Rosli telah menghantarnya pulang ke rumah dari Hospital Kuala Lumpur.
Kisah sifat pemurah Hanif itu tular di media sosial hingga mendapat pujian netizen.
“Terima kasih tidak terhingga kepada pemandu Grab ini telah mengambil saya dalam keadaan berkerusi roda di Hospital Kuala Lumpur.
“Waktu hujan lebat, dia telah menghantar sehingga ke Taman Medan, Petaling Jaya tanpa menerima sebarang bayaran walau satu sen pun dari saya,” katanya yang sepatutnya perlu membayar sebanyak RM24.
Menurut Zamri, Hanif sanggup bersusah payah membantu mengangkatnya masuk dan keluar dari kereta.
“Nampak dia berpeluh-peluh…Semoga ALLAH SWT memudahkan perjalanan dan memurahkan rezekinya sekeluarga,” katanya.

Perkongsian Facebook itu meraih 79,000 tanda suka, 17,677 perkongsian dan 14,000 maklumbalas dari netizen.
Bukan semua pemandu Grab bekerja semata-mata untuk wang ringgit kerana mereka juga seperti insan yang lain, memiliki sifat dan hati yang baik.
Moga murah rezeki pemandu Grab tersebut.
Sumber kredit: FB: Zamri Mohamed Orgpayrock dan Sinar Harian.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Usia 43 tahun Dengan Tujuh Orang Anak, Ustazah Datuk Norhafizah Musa Berjaya Genggam PHD, Inilah Ikon ‘Beauty With Brain’ Muslimah

Memandang wajahnya yang tenang sudah menggambarkan peribadi si empunya diri. Ustazah Datuk Norhafizah Musa, 43, bukanlah calang-calang nama di pentas ceramah. Nama beliau sering meniti di bibir lantaran kepetahan bicaranya ketika menyampaikan dakwah.
Kelembutan suaranya ketika mengupas isu-isu dakwah terutama hal berkaitan wanita bukan asing lagi. Bahkan, program ceramah beliau di masjid-masjid tertentu lazimnya dibanjiri oleh para muslimat yang dahagakan nasihat dan tunjuk ajar daripada pendakwah kelahiran Kampung Kuala Jempol, Bahau, Negeri Sembilan ini.
Kepetahan Ustazah Datuk Norhafizah Musa, 43, berceramah memang diakui sentiasa ‘memukau’ telinga dan ‘menjentik’ hati para muslimat khususnya untuk terus istiqamah menadah ilmu. Anak kelima daripada enam beradik itu juga pernah menyertai musabaqah al-Quran ketika dalam darjah dua. Maka tidak hairanlah mengapa beliau menggapai kejayaan kerana sejak dari kecil lagi kemilau bintangnya sudah terserlah.
Kejayaan beliau menerima ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam usia 43 tahun amat dikagumi. Ibu kepada tujuh orang cahaya mata ini benar-benar menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam menuntut ilmu. Ternyata status sebagai isteri dan juga ibu bukanlah halangan untuk beliau mencipta kejayaan.
https://www.instagram.com/p/BpIqJLTlJij/?utm_source=ig_web_copy_link
Melalui perkongsian di laman Facebook Nurul Husna Kamarudin, wanita ini berkongsi tentang kekagumannya terhadap kejayaan yang dicipta oleh Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
BEAUTY WITH BRAIN
Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
KENA ADA USAHA & SEMANGAT
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
https://www.instagram.com/p/BpI5EH6Fznh/?utm_source=ig_web_copy_link
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU AGAMA
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak tak nak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Di situlah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya.
WANITA SOLEHAH SEBAIK-BAIK PERHIASAN
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.

https://www.instagram.com/p/BpN-UOVFBUh/?utm_source=ig_web_copy_link
Begitulah kehidupan.
Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat.
Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin. ?
*ramai orang tertukar ibu saya Che Norisah Norika dengan ustazah Norhafizah ni. Kadang pernah orang beratur nak bersalam sebab muka nak sama. Masa pergi kenduri semua orang tengok sebab ingat Ustazah Norhafizah. Haha.
Doakan saya berjaya juga menjadi another “beauty with brain”. Sebuah perjalanan membaiki diri yang masih jauh dan panjang.
Sumber kredit: Facebook Nurul Husna Kamarudin dan Instagram: Ustazah Norhafizah Musa
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Menangislah Di Hujung Ramadan Ini, Tangisan Jadi Penawar Penyakit Hati,”-Ustazah Norhafizah Musa

Kehadiran bulan suci Ramadan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita. Padanya kebaikan bernilai lebih serta berlipat ganda, dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lain. Bulan Ramadan yang hanya menjengah setahun sekali. Ambillah peluang untuk bertaubat dan mengumpul pahala sebanyak mungkin.
Berikut perkongsian Datuk Dr Norhafizah Musa
MENANGISLAH! MENANGISLAH! Di hujung Ramadhan ini, tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati… tangisan melembutkan hati yang keras… menangislah untuk hati yang masih belum bisa memaafkan… hati yang belum redho… hati yang belum bersyukur… hati yang masih lupa tujuan hidup…
Hati yang sibuk dgn dunia… menangislah juga untuk hati yang dikecewakan manusia… mudah2an jadi kaffarah yang sempurna… menangislah untuk hati yang tidak pandai menyayangi dan menghargai …mudah2an dengan tangisan itu mata hati lebih jernih… menangislah untuk ramadhan yang telah disia-siakan… mana tangisanmu untuk kematian yang semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis…
Menangislah untuk setiap tangisan yang tidak ada makna hanya kerana makhluk … menangislah untuk mata mu yang kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah… Ya Allah berapa banyak tangisan yang akan menyelamatkan… dari jurang hina dan binasa… Ya Rabb kurniakan kami airmata yang Engkau redhoi.
Bersyukurlah andai saat ini Allah datangkan jalan untuk menangis kerana kasihNYA kepada kita.

https://www.instagram.com/p/Bx_rXS5BvpT/?utm_source=ig_web_copy_link
Sumber kredit: Datuk Dr Norhafizah Musa
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Usahawan Popular, Vivy Yusof Amalkan Baca Surah 3 Qul & Ayat Kursi Sebelum Tidur, Untuk Elak Diri Dari Gangguan

Siapa yang tidak mengenali wanita kecil molek ini. Auranya bukan sahaja kerana kecantikan rupa paras anugerah Allah yang dimiliki, tetapi juga kegigihan bergelar seorang usahawan.
Vivy Yusof yang juga dikenaki sebagai Personaliti Media Sosial, sangat popular dengan jenama fesyen online yang terkenal hingga di mata dunia, FashionValet.
Bukan itu saja, beliau juga menjadi tulang belakang kepada kumpulan Duck Group yang cukup viral mengeluarkan jenama hijab digemari ramai dUCk Scarf.
Bergelar seorang usahawan pastinya Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof tidak terkecuali menerima tempias dugaan dan rintangan dalam dunia perniagaan.
Dan pastinya untuk menjaga keselamata diri, Vivy Yusof turut mengamalkan ayat-ayat suci a-Quran sebagai pelindung diri.
Menurut Vivy, setiap malam sebelum tidur beliau akan mengamalkan bacaan Surah 3 Qul dan Ayat Kursi bagi mengelakkan diri dari sebagai gangguan atau ancaman bahaya.
“Biasanya dalam dunia perniagaan mesti ada banyak cabaran yang ups and down, jadi dari segi doa-doa yang Vivy amalkan, tiada yang luar biasa. Vivy lebih suka amalkan bacaan Surah 3 Qul dan Ayat Kursi sebelum masuk tidur.
“Ini sebab dalam dunia bisnes ini bagi Vivy, kita kerja macam mana pun Allah yang tentukan.
Memang kita akan berhadapan dengan banyak sikap dengki, cabaran dan kita kena lindungi diri kita dari segala ancaman ini.
“Vivy tak percaya sangat untuk baca untuk ekstra-ekstra ayat semua, Vivy lebih percaya kepada kitab Al-Quran terutama kelebihan Surah 3 Qul dan Ayat Kursi tadi. Insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui ketika pelancaran hijab terbaru dUCk X Barbie di butik dUCk di One Utama baru-baru ini.
Vivy yang dilihat menangis sewaktu majlis pelancaran memberitahu beliau tidak menyangka dirinya menjadi sebegitu emosi sewaktu melihat dUCK mampu berkolaborasi dengan salah satu jenama terkemuka dunia, Barbie.

“Ini merupakan antara kejayaan terbesar bagi dUCK sebab Barbie itu sendiri sangat besar dan kukuh. Kita membesar dengan mainan Barbie jadi saya sangat bangga bukan sahaja pada dUCK, malah pada semua wanita berhijab di luar sana.
“Melihat Barbie mengiktiraf wanita beragama Islam yang bertudung, itu sudah menjadi satu faktor eksklusiviti yang buatkan saya cukup menghargai dan bangga,” katanya yang sering dilihat menjadi inspirasi buat wanita di luar sana.
Koleksi dUCK x Barbie yang terdiri daripada tudung selendang dan empat segi, beg tangan, kosmetik serta twilly. Koleksi tudung yang diberi nama Groundbreaker, Trendsetter, Creator, Explorer, Dreamer dan Believer boleh didapati pada harga RM300.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM VIVY YUSOF
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI