Hidayah itu milik Allah. Sesiapa jua yang Allah kehendaki maka dia akan memperolehnya. Bila hidayah itu datang, tiada apa dapat menghalangnya. Sebagai rakan, kita berperanan memberikan nasihat-nasihat yang baik mengenai agama bila ada rakan-rakan yang berjinak-jinak bertanyakan tentang agama Islam. Mungkin dirinya akan belajar sedikit demi sedikit sebelum hatinya terbuka mengucap dua kalimah syahadah.

Ini kerana sebagai saudara baru, hati mereka perlu dijinakkan untuk terus mengamalkan cara hidup Islam sehingga mereka tidak kembali kepada agama lamanya. Bahkan, sebagai saudara seakidah, kita berkewajipan membantu dan membimbing mualaf untuk mempelajari Islam dengan sempurna. Bimbingan dan pendidikan agama bagi mualaf sangat penting kerana mereka sebelum ini berasal dari kepercayaan agama yang berbeza.

Di sebalik mengucap dua kalimah syahadah, kita mungkin tidak menyedari di Selangor sendiri ada 34 buah pusat pengislaman yang mana kita boleh membantu rakan yang berminat dengan agama untuk pergi ke pusat ini.

Dipetik dari fb Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , berikut adalah senarai 34 buah Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) bagi memudahkan proses memeluk agama Islam dan pendaftaran Muallaf di Negeri Selangor.

Bantu Pengislaman Rakan Muallaf, Ini Senarai 34 Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS Boleh Pergi

PPP bertanggungjawab membantu dan memberi konsultasi kepada mana-mana Muallaf yang berhasrat untuk memeluk agama Islam dengan suci hati dan kerelaan sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana individu ataupun pihak lain.

PPP merangkumi 1 di Ibu Pejabat Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS, 9 di Pejabat Agama Islam Daerah, JAIS termasuk 9 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan 15 di Masjid yang mendapat kebenaran MAIS.

Ads

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pusat Pengurusan Pengislaman sila layari https://www.mais.gov.my/bahagian-pendaftaran-muallaf…/
#MAIS #menjunjungamanah #COVID9 #PKP

Bantu Pengislaman Rakan Muallaf, Ini Senarai 34 Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS Boleh Pergi

Apa yang diperlukan sebelum mengucap dua kalimah syahadah?

Dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran Muallaf

Ads

A. PEMOHON 18 TAHUN KE ATAS

  1. Mykad / Pasport dan Visa yang masih sah laku
  2. Gambar 2 keping
  3. Mykad 2 orang saksi lelaki beragama Islam

B. PEMOHON BAWAH 18 TAHUN (KANAK-KANAK)

  1. Mykad / Mykid / Siil Kelahiran / Pasport Dan Visa yang masih sah laku
  2. keizinan daripada ibu dan bapa
  3. Keizinan daripada ibu atau bapa yang mendapat hak jagaan penuh (sole custody) ke atas kanak-kanak melalui perintah hak jagaan anak dari Mahkamah (Jika berkaitan)
  4. Surat perakuan hak penjagaan atau Sijil Pengangkatan anak angkat (Jika berkaitan)
  5. Gambar 2 keping
  6. Mykad 2 orang saksi lelaki beragama Islam

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN GANTIAN

Ads

Kad Perakuan Memeluk Agama Islam (Kad Islam) Muallaf hilang atau dicuri atau rosak. Sila dapatkan semula gantian Kad Islam yang baharu di MAIS.

  1. Siap dalam 1 hari*
  2. PERCUMA tanpa bayaran

Ikuti tatacara seperti yang berikut:
A. Jika Kad Islam hilang atau dicuri:

  1. Laporkan kehilangan Kad Islam di balai Polis yang berdekatan
  2. Hadir ke Ibu Pejabat Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK, MAIS bersama laporan Polis
  3. Isi borang permohonan
  4. Lampirkan 2 keping gambar pemohon

B. Jika Kad Islam rosak:

  1. Hadir ke Ibu Pejabat Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK, MAIS
  2. Bawa bersama Kad Islam yang rosak
  3. Isi borang permohonan
  4. Lampirkan 2 keping gambar pemohon

*Tertakluk kepada terma & syarat yang ditetapkan
Pecahan jumlah PPP mengikut daerah adalah seperti yang berikut:

  1. Klang 4 buah PPP
  2. Petaling 10 buah PPP
  3. Hulu Langat 5 buah PPP
  4. Gombak 3 buah PPP
  5. Kuala Selangor 3 buah PPP
  6. Sepang 2 buah PPP
  7. Hulu Selangor 2 buah PPP
  8. Kuala Langat 1 buah PPP
  9. Sabak Bernam 1 buah PPP
  10. Kuala Lumpur 2 buah PPP
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI