Pasti setiap dari kita berazam menjadi tetamu Duyufurahman. Mahu dipanggil Allah sekaligus melengkapkan rukun islam ke lima iaitu mengerjakan haji ke tanah suci.
Kebanyakan dari kita biasa mendaftar dengan Tabung Haji dan biasa ia mengambil masa lebih 50 tahun jika baru mendaftar. Kadang ia menjadi bahan gurauan kita sudah bongkok tiga baru dipanggil.
Tapi sebenarnya ada banyak cara untuk menunaikan fardu haji termasuk menggunakan syarikat swasta. Jika kita mahu mengikut giliran iaitu Haji Muasasah, ianya lebih lama kerana pakej ini paling murah kerana adanya subsidi. Tapi jika ada duit lebih sedikit, kita boleh mengambil pakej penuh Haji Muasasah VIP yang harganya bermula dari RM20-25K.
Berikut adalah perkongsian yang boleh kita manfaatkan untuk pergi haji musim akan datang. Paling utama berdoalah kepada Allah agar dipanggil kerana banyak orang punya duit banyak tapi Allah tidak menjemputNya ke Tanah Suci.
Artikel Berkaitan:
Tunai Ibadat Haji Tanpa Suami, Lisdawati Sempat Titip Pesanan Buat Fauzi Nawawi
Untuk tunai haji banyak cara
Biasa orang fokus pada HAJI yang di kelola oleh Tabung Haji yakni Haji Muasasah. Sebenarnya bermacam-macam kaedah untuk tunai Haji. Jika budget kecil, boleh pilih pergi haji muasasah dan jika budget banyak dan mahu pergi cepat, selesa boleh pilih pergi dengan PAKEJ.
1) HAJI MUASASAH TH
– 100% Haji di bawah kelolaan TH.
– Kelayakan: HAJI tahun ni (mereka yang telah mendaftar Haji pada 2009 dan ke bawah).
– Perlu menunggu giliran yang lama.
– Jarak hotel yang jauh antara 800 – 1,400 meter.
– Sebilik 4 – 8 orang. Tiada bilik berdua suami isteri.
– Satu petugas/mutawif untuk 100-200 jemaah
– Nisbah penginapan khemah di Arafah / Mina, satu khemah untuk 80 – 100 orang jemaah.
– Penyediaan makanan di hotel berbentuk packaging (siap bungkus satu seorang).
– Lawatan selepas haji terhad.
– Pengangkutan di urus Muasasah SAUDI.
Harga di tawar kepada jemaah dengan harga subsidi:-
Bukan B40 – RM12,980
Kump B40 – RM10,980
Jemaah juga boleh pilih untuk naik Haji Muasasah dengan harga bayaran penuh :- RM25,540.
Harga subsidi ini dibayar dari hasil duit dividen penyimpan akaun TH.
Jika kita mampu dan sanggup bayar mahal dan tak mahu tunggu giliran lama dan mahu duduk dekat serta bilik hotel lebih selesa kita boleh pilih HAJI PAKEJ.
HAJI MUASASAH KOUTA VIP
– Tak perlu tunggu giliran haji, memadai dengan dah ada pendaftaran haji, layak memohon.
– Di kelola sama seperti Haji Muasasah, cuma tak perlu menunggu giliran yang lama.
– Harga dalam RM20K – RM25K
– Bayaran penuh HAJI Muasasah
Nota:- (Haji tahun ni, haji kouta VIP tidak dikeluarkan oleh TH)
HAJI PAKEJ KOUTA VISA TH
– Hanya 20 – 25 syarikat dilantik untuk bawa jemaah melalui HAJI PAKEJ.
– Daftar haji tahun 2018 ke bawah layak memohon.
– Jarak hotel dekat, dalam 50 – 300 meter.
– Sebilik 2-5 orang. Boleh duduk bilik berdua suami isteri.
– Hotel taraf 3 star ke atas.
– Satu petugas/mutawif 40 – 50 jemaah.
– Nisbah penginapan khemah di Arafah / Mina, satu khemah untuk 40 – 50 orang jemaah.
– Penyediaan makanan di hotel berbentuk buffect hotel (mewah).
– Banyak tempat tempat lawatan selepas haji, kilang kurma, kilang Quran, Thoif dan lain-lain
– Pengangkutan diurus Muasasah SAUDI.
– Harga RM35K – RM45K
HAJI PAKEJ FURADA
– Tak perlu Daftar Haji (tidak melibatkan TH)
– Kouta Visa direct Saudi
– Haji kali ke 2 atau ke 3 boleh pergi.
– Harga bergatung kepada jarak hotel, jenis hotel, tiket penerbangan dan lain-lain.
– Kondisi sama dengan haji Pakej kelolaan TH, jarak dekat, hotel 3 bintang ke atas.
– Kelebihan penerbangan akhir.
– Pergerakan BAS @ pengangkutan sendiri.
– HARGA RM35K-RM55K
Untuk daftar haji perlu ada RM1,300 sama ada dalam akaun TH atau guna duit dalam KWSP.
Satu lagi jika kita tak cukup duit untuk naik haji, kita terpilih tunai haji, kita boleh keluar duit untuk naik haji dari KWSP, maksima RM3K. Sumber :-FB Rosli Md Isa
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI