Banyak Kali Tertangguh Akhirnya Impian Berbulan Madu Pasangan Ini Tercapai Bila Dah Ada Anak Dua

Share

Anda mungkin sahaja sudah berkahwin dan telah melewati bulan madu yang menyenangkan di awal-awal perkahwinan dahulu. Namun ini bukan bererti berbulan madu tidak ‘diperlukan’ lagi. Seiring dengan tahun-tahun perkahwinan, ramai pasangan yang hanya melewati perkahwinan hanya dengan rutin yang membosankan. Keadaan sebegitulah yang membuatkan bulan madu penting untuk dilakukan. Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh setiap pasangan dengan merencanakan bulan madu.

Berikut perkongsian Raimi al-Banjari tentang bulan madunya yang tertangguh.

HONEYMOON YANG TERTANGGUH

Seingat saya, belum ada official honeymoon semenjak kami berkahwin. Berjalan berdua tu adalah dekat PD dan lain-lain tempat. Lepas kahwin, terpaksa berjauhan dengan isteri. PJJ. Tempoh masa yang perit dan memeritkan.

Kami masih dengan cara lama, ortodoks barangkali, dengan tidak berjalan ke mana-mana selepas bernikah. Hanya ada kesempatan ziarah ke rumah sanak-saudara kedua-dua belah. Itulah paling utama, memandangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Tatkala melihat teman-teman lain sudah terbang ke seberang bagi honeymoon masing-masing, untuk dibius cinta. Cemburu tu boleh tahan jugak lah ?

Lepas isteri habis belajar, isteri sarat mengandung. Saya berhenti kerja dan menggunakan simpanan yang ada untuk mula berbisnes. Kami mula dengan 0. Makan bercatu. Cuba sedaya upaya berjimat cermat di sini dan sana. Pakai apa adanya. Makan apa yang termampu. Pergerakan di tahap minima. Simpanan kewangan makin menipis.

Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Alhamdulillah. Datangnya Adam Soleh membuka pintu rezeki kami sekeluarga seluasnya.

Pepatah Arab ada mengatakan,
“Barangsiapa tidak merasa, ia tidak akan tahu”

Syukur isteri saya sangat memahami. Beberapa kali tertangguh nak berjalan. Keutamaan diberikan pada perbelanjaan keluarga. Merasa susah di awal perkahwinan adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan. Letih dan lelah menahan emosi dan ego. Peritnya Allah sahaja yang tahu. Kami sedar kami tidak keseorangan. Ramai juga pasangan lain merasa susah pada awal perkahwinan. Ia adalah nikmat yang singkat tapi padat. Terima apa adanya. Bersyukurlah apa yang kita ada, sebelum menangis bila dah tiada.

Isteri kita, menerima kita saat kita bukan siapa-siapa.
Isteri kita, menerima kita saat kita tiada apa-apa.
Isteri kita, selalu disisi saat tiada siapa mengenali kita.
Isteri kita bangga dengan kita walau kita tiada nama.
Isteri kita sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Selamat Berbulan Madu Wahai Bidadari Hatiku.
Semoga redha Allah bersama kita Insyaallah.

Suami yang hina dan dina untuk wanita yang mulia seperti kamu.

Sumber kredit: Raimi al-Banjari

VIDEO:

Published by
wan erni