
Kita memang digalakkan bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh. Namun perlu diingatkan jangan tidur kembali selepas subuh kerana amalan ini sangat tidak bagus untuk diri kita.
Sepatutnya gantikan suatu aktiviti yang berfaedah seperti melakukan aktiviti senaman yang boleh memberi kesegaran kepada tubuh badan.
Sebenarnya apa aktiviti yang kita lakukan sejam selepas solat subuh itu memberi manfaat yang sangat bagus. Seperti perkongsian yang diberitahu oleh Abu Hurairah Asiifa di laman sosial facebook.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
SUMBER: FACEBOOK ABU HURAIRAH ASIFA
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Bila Jemur Pakaian Dalam Jangan Sampai Jadi Fitnah

Agama Islam kaya dengan peradaban yang tersendiri. Malah itulah sebenarnya kelebihan agama Islam kerana dari setiap sudut, telah sempurna segala adab yang telah ‘disusun’ dengan sempurna.
Antara adab yang perlu diberi perhatian terutama oleh kaum wanita ialah adab menjemur pakaian dalam. Berikut perkongsian Nisa Azman.
ADAB MENJEMUR PAKAIAN
Mohon sebarkanlah pada Adik beradik,saudara mara dan kawan-kawan..Nasihat isteri dan anak-anak perempuan kita…Sebagai adab dan maruah ni..
Pakaian dalam ialah pakaian terlindung…dah nama dia pun pakaian dalam..sebaiknya pakaian dalam ni lebih lagi yang wanita punya apatahlagi isteri kita, ibu kita, adik beradik perempuan dan anak-anak perempuan kita punya sebagai ADAB nya elakkanlah daripada di JEMUR di tempat yang boleh jadi pandangan umum kerana boleh timbul fitnah..kita orang Islam… Islam agama yang penuh dengan adab dan akhlak..Islam sangat memelihara maruah wanita…
Sangat tak best dan tak beradab laa kalau orang rumah kita pakai purdah ke pakai tudung labuh ke atau siapa sahaja bahkan semua orang Islam tetapi pakaian dalam terdedah di jemuran boleh dilihat lelaki bukan mahram…nama pun pakaian dalam kan..harus terlindunglah…
PAKAIAN DALAM PERLU DILINDUNG
Bagaimana kita melindungi tubuh mereka dari dilihat, sepatutnya begitulah kita jaga dalam bab adab menjemur pakaian..carilah tempat yang agak tertutup sikit..sebab pakaian dalam ni kecil dan ringan je Insya Allah cepat kering..dia bukan macam pakaian lain..jarang dengar orang guna kain jeans levis buat pakaian dalam..kalau kain jeans tu lambat lah kering..

Begitu juga pakaian dalam sendiri ni bukan perlu lindung dari dilihat jiran tetangga dan orang luar lihat tapi kalau keluarga kita namun mereka yang bukan mahram dengan isteri kita pun sebaiknya lindunglah…sepupu, abg ipar, adik ipar dan biras..apatahlagi kalau kawan-kawan datang rumah..kalau tahu mereka datang, angkatlah pakaian dalam tu letak kat tempat terlindung…stor ke bilik ke..sambung jemur bawah kipas..Moga kita menjadi Mukmin yang terbaik..Beradab dan sentiasa menutup pintu fitnah juga menjaga maruah diri..amin..
KASHOORGA: Kesimpulannya, pakaian dalam itu simbolik maruah seseorang individu terutama kaum wanita. Maka adalah tidak wajar perkara yang terlalu sensitif ‘dipaparkan’ bersama mereka yang tidak sepatutnya.
Sumber kredit: FB: Nisa Azman
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ketika Hadapi Masalah, Amalkan 15 Tip Ini Untuk ‘Tarik Perhatian’ Dan Dekatkan Diri Pada Allah

Semua orang ada masalah, tinggal bagaimana seseorang itu mampu ‘menguruskan’ masalah dengan baik.
Berikut 15 tip ketika menghadapi masalah. Moga-moga masalah itu tidak terus membelenggu diri dan akhirnya menjadi ‘racun’ dalam diri.
1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.
2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.
3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.
Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.
4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.
Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai ‘tambahan’ selepas solat fardhu melainkan bangun malam.
Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.
5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.
6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka. “Ya Allah, saya ada itu dan ini..”
Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.
7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, “Innalillahi wa innalillahi rojiun”.
Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Reda.
8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah Sod ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,
“Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas.”
“Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah.”
SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,
“Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba’aadi innaka anta alwahhab.”
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.”
Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.
Contoh, “Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain.”
“Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah.”
9. Sentiasa zikir “La haula quwwata billah”. Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.

10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.
11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.
12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.
13. Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, “Hidup ini untuk menyelesaikan ujian.” Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan ‘ujian’.
Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.
14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, “Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah.”
15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.
Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.
Sumber: Faresh Mael
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sembilan Waktu Terbaik Dan Mustajab Untuk Berdoa

Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa doa itu sangatlah hebat. Doa juga adalah sebahagian daripada ibadat. Setiap Muslim perlu menjaga etika dan adab ketika berdoa supaya ia dimakbulkan Allah SWT serta ibadat yang dilakukan bertambah sempurna.
Dalam usaha berdoa, perlu juga diambil kira tentang waktu berdoa agar doa yang dipanjatkan kepada Allah dimakbulkan.
Berikut disenaraikan waktu terbaik dan mustajab untuk k berdoa.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam yaitu sepertiga malam yang terakhir,
Firman Allah SAW:
“Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan siapa yang meminta ampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.” (HR Bukhari dan Muslim)
2. Saat berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.”(HR Ibnu Majah)
3. Doa setelah sholat fardu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)
4. Ketika Hari Arafah
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
5. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Waktu terdekat seorang hamba kepada Tuhannya adalah ketika waktu sujud, maka perbanyaklah berdoa” (HR Muslim)
6. Satu saat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)
7. Ketika Lailatulqadar

Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Jika saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang harus saya baca?
Jawab Rasulullah SAW sebutlah olehmu ‘Allohumma Innaka ‘Afuwwun Kariim, Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Engkau menyukai kemaafan maka maafkanlah aku). “(HR Al-Tirmidzi, Ibnu Majah & Al-Nasa’ie, lihat shahih Al-Tirmidzi)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa di antara azan dan iqamah.” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)
Inilah sembilan waktu terbaik dan mustajab untuk kita berdoa. Semoga dengan berdoa pada waktu-waktu tersebut, doa kita cepat dikabulkan oleh Allah SWT. Aamiin…
Sumber kredit: Ustazquotes.com
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI