Selain menunaikan solat yang wajib iaitu solat fardhu lima waktu, kita juga sangat digalakkan untuk melakukan solat sunat.

Antaranya solat sunat Istikharah, sunat Hajat, solat Dhuha ataupun solat Tahajud. Selalunya solat sunat ini dilakukan untuk meminta pertolongan pada Allah sebagai pembuka jalan kepada permasalahan yang sedang dihadapi.

Ada solat yang perlu dilakukan pada waktu tengah malah, seperti solat tahajud. Solat ini dilakukan pada waktu sepertiga malam dan biasanya dilakukan pada jam 3 pagi ketika individu lain sedang tidur.

Ini kerana pada waktu seperti ini kita lebih kusyuk solatnya dan boleh memohon apa juga pertolongan kepada Allah SWT.


Walaupun solat tahajud ini sukar untuk dilakukan kerana perlu bangun tengah malam, namun jika dapat dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali, insya-Allah kita akan dapar lihat perubahannya.

Ayuh kita lhat manfaat yang akan kita dapat, jika melakukan solat tahajud ini yang dikongsi di laman sosial twitter.

1. Penghapus dosa dan mencegah berbuat dosa

“Lakukanlah qiyamulai kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa dan penghalang berbuat salah,” (HR At-Tirmidzi)

2. Tanda taqwanya terlihat di wajah

Ulama berkarisma Kota Basrah, Al Hasan Al Basri pernah ditanya, “Kenapa orang-orang yang membiasakan diri solat tahajud di malam hari mukanya bertambah cerah, berseri-seri dan berwibawa?”

Beliau menjawab, “Kerana mereka selalu bercengkerama dengan Tuhan yang Maha Penyayang dikegelapan malam, maka Dia pun memberikan kepada mereka cahaya dari cahayaNya.”

3. Melancarkan aliran darah pada tubuh

Solat tahajud biasanya dilakukan pada jam 3 pagi dan ketika itu udara di atmosfera sangat segar untuk dihirup oleh paru-paru. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang membuatkan badan rasa segar seketika dan seluruh aliran darah terasa lancar.

4. Membesarkan rongga paru-paru

Gerakan takbiratul ihram yang diikuti dengan bersedekap sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar. Hal tersebut diketahui mampu melancarkan aliran udara menuju paru-paru.

5. Jaminan masuk syurga

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambung tali kasih, SOLAT MALAM saat orang terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat,” (HR Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)

6. Fikiran jauh lebih segar

Tidur adalah istirahat yang sangat baik buat tubuh badan. Tidur dapat membantu seluruh organ berehat daripada setiap tugas berat, menambah kekuatan dan otak pun kembali bekerja dengan baik.

Alasan tersebut menjadikan solat tahajud dilaksanakan setelah bangun dari tidur. Fikiran akan lebih segar dan membuatkan gerakan solat kita juga jadi lebih khusyuk.

7. Mendapat keringanan ketika dihisab di akhirat

Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa mengerjakan solat tahajud dengan sebaik-baiknya dan dengan tata tertib yang rapi, maka Allah SWT akan memberikan 9 macam kemuliaan: 5 macam di dunia dan 4 macam di akhirat,”

4 macam di kemuliaan diakhirat adalah wajahnya berseri ketika bangkit dari kubur di hari pembalasan nanti, akan mendapat keringanan ketika dihisab, menyeberangi titian siratul mustaqim dengan sangat cepat seperti halilintar menyambar dan catatan amalnya diberikan ditangan kanan.

8. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Secara bio-teknologi, penemuan baru menyebut bahawa solat tahajud mampu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang.

9. Solat yang paling afdal selepas 5 waktu

“Tak ada tempat berbagi ataupun mengadu yang lebih baik selain kepada Allah SWT. Solat tahajud menjadi salah satu ibadah yang paling afdal setelah solat 5 waktu sebagaimana sabda Rasulullah, “Seutama-utama solat sesudah solat fardu adalah solat sunat di waktu malam,” (HR Muslim)

Selamat beramal!