Bayangkan jika dunia ini tiada lawak jenaka dan tiada kedengaran orang ketawa. Jika ada kejadian atau cerita lucu sekalipun, tiada seorang pun yang ketawa.

Hanya mendengar dan memandang si pelawak dengan pandangan kosong atau paling kuat pun sekadar tersenyum. Mungkin ini akan terjadi dalam alam mimpi sahaja, dalam dunia nyata, ia agak mustahil.

Ketawa saat mendengar jenaka atau melihat kejadian lucu adalah fitrah manusia. Islam tidak melarang kita ketawa dan bergurau senda. Namun sudah tentu ada hadnya.

Banyak Tonton Rancangan Lawak Boleh Matikan Hati?

Menurut Syekh Imam Nawawi al-Bantani dalam kitabnya Nashaih al-Ibad memberikan nasihat agar umat Islam tidak terlalu banyak tertawa.

Apabila kita banyak ketawa, ia hanya akan menjadikan kita hilang kawalan diri atau kewibawaan. Ketawa yang melampau menjadikan kita lupa akan ajaran agama agar menjaga akhlak.

IKLAN

Syekh Imam Nawawi mengutip pesan yang disampaikan Umar bin Khattab yang berbunyi:

“Siapa yang banyak tertawa, maka akan berkurang kewibaannya.” Kita yang melihat orang yang bergurau senda dan ketawa sehingga mengganggu ketenteraman orang lain, tidak akan dimuliakan atau dihormati.

Sementara itu, Abu Dzar menyampaikan dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasululah SAW pernah bersabda:

“Jauhilah olehmu banyak tertawa kerana dengan banyak tertawa itu akan mematikan hati dan memudarkan cahaya wajah (Kewibawaan).” (HR al-Baihaqi)

Selain itu, Syekh Nawawi juga memberikan nasihat agar umat Islam menghindari gurau senda yang keterlaluan. Beliau kemudian mengutip sebuah hadis Rasulullah SAW, “Bercanda itu merupakan rayuan syaitan dan tipu muslihat hawa nafsu”

IKLAN

Pesan Syekh Nawawi tersebut mengingatkan agar masyarakat di era digital ini tidak bercanda yang berlebihan, termasuk di media sosial dan di kaca televisyen.

Kita disajikan dengan banyak program televisyen yang mengajak penonton menikmati jenaka mereka dan bergelak ketawa.

Banyak Tonton Rancangan Lawak Boleh Matikan Hati?

Lebih parah lagi apabila isu yang diketengahkan dalam lawak itu tidak memikirkan sensitivitI agama.

IKLAN

Dan apabila soal agama dijenakakan, maka di manakah letaknya kesucian Islam? Oleh itu, berhati-hati lah kita dengan fitnah akhir zaman.

Telah banyak isu lawak jenaka membawa permusuhan dan melahirkan kebencian. Oleh itu, isu-isu tersebut sudah sepatutnya dijadikan ibrah atau pelajaran buat umat Islam agar lebih berhati-hati dalam bercanda.

Artikel berkaitan:Kalau Datangkan Mudharat, Elak Bersahabat Dengan Golongan Transgender. Ustaz Ini Jelaskan Sebabnya!

Artikel berkaitan:Tak Tegur Berdosa, Kalau Tegur Masam Muka. Serba Salah, Apa Nak Buat?

Syekh Nawawi menjelaskan, sahabat nabi Umar bin Abul Aziz juga pernah berpesan agar umat Islam tidak banyak bercanda. “Hindarilah banyak bercanda karena itu merupakan kebodohan yang dapat menyebabkan dendam”.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI