Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani).
Ramadhan adalah bulan cukup istimewa. Rugi jika beranggapan Ramadhan sama seperti bulan-bulan lain. Mengejar pahala di bulan Ramadhan kita digalakkan berzikir dari berbual kosong. Ketahui empat zikir ini yang boleh kita amalkan dan perbanyakkan baca sepanjang Ramadhan. Ia juga boleh dibaca oleh golongan wanita yang datang haid kerana kerana mereka boleh membacanya bersungguh-sungguh.
Dalam sebuah hadis driwayatkan bahawa pada awal Ramadhan, Rasulullah memohon rahmat daripada Allah. Pada pertengahan Ramadhan pula, Baginda memohon keampunan. Pada akhir Ramadhan, Rasulullah meminta dijauhkan daripada seksaan neraka.
Ini adalah empat zikir yang perlu diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan
Empat zikir tersebut adalah yang dimaksudkan dengan bahawa dua perkara untuk mendatangkan kegembiraan dan keredhaan Tuhanmu; dua perkara lagi kamu sangat berhajatkannya dan tidak boleh dilakukan tanpa izin dari Allah سبحانه وتعالى:
Dalam sebuah lagi riwayat; Sebaik tiba bulan Ramadhan, Rasulullah bersabda: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
.
Ibadat puasa Ramadhan dianggap sebagai bulan latihan dan ujian daripada Allah SWT. Ia melatih kita dalam persoalan ketaatan, kesabaran dan kesungguhan kita mengisi dan memenuhi segenap waktu dengan berzikir dan beramal ibadah kepada Allah SWT.
.
Akhir sekali dalam ayat 35, surah Al-Ahzaab, Allah SWT berfirman;-
وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٣٥﴾
“Dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Sumber : Shafiqolbu