Apa hukumnya apabila bapa saudara menggunakan semua harta anak yatim peninggalan ayah mereka? Hal ini sangat mengecewakan apatah lagi bapa saudara adalah waris keluarga terdekat.

Harapkan Pegar, Pegar makan padi. Peribahasa yang juga sesuai dikaitkan dengan kes bapa saudara tidak amanah ini yang sepatutnya mengurus dan menjaga kebajikan anak yatim (anak-anak kepada arwah abang kandungnya)dengan jujur.

Kehilangan ketua keluarga tempat bergantung isteri dan anak-anak seharusnya diringankan dengan sifat ihsan para waris keluarga terdekat.

Bapa Saudara Tak Amanah, Makan Harta Anak Yatim Tanpa Rasa Bersalah
Gambar sekadar hiasan

Agama kita telah menggariskan bahawa waris keluarga terdekat sebelah ayah (arwah) harus pikul tanggungjawab ini; datuk, ayah kepada datuknya atau bapa saudaranya.

Jika tiada waris keluarga terdekat, maka tanggungjawab itu diserahkan kepada ibunya dan ahli keluarga belah ibu anak-anak yatim.

Andai waris diberi tanggungjawab menjaga dan mengurus harta anak yatim, pastikan semuanya dilakukan dengan dokumentasi bagi mengelak masalah berbangkit selain memastikan keperluan mereka terpenuhi.

Sekiranya waris juga kurang berkemampuan kewangannya, maka dia dibenarkan menggunakan harta tersebut mengikut sekadar yang diperlukan sahaja dan tak boleh lebih. Harta selebihnya wajib diberikan kepada anak-anak saudara yatim.

Artikel berkaitan: Terima Kasih KKM Layan Anak-Anak Yatim Ini Dengan Baik. Moga Allah Rahmati Kerja Kalian Surat Terbuka Buat Frontliner Dari Pengetua Madrasah

Artikel berkaitan:Rupanya Lepas Kematian Suami, Tanggungjawab Cari Nafkah Anak-Anak Jatuh Pada Datuk Atau Pakcik, Bukan Ibu

IKLAN

Hal demikian ini ada dijelaskan dalam surah an-Nisa ayat ke-60.

“Memakan harta anak yatim tanpa alasan yang dibenarkan, menurut salah satu hadis Nabi, merupakan salah satu tujuh dosa besar yang akan membinasan pelakunya. Karena itu ancaman siksanya pun sangat berat,”

Dalam kes tertentu, bapa saudara yang awalnya berjanji untuk menguruskan harta anak-anak yatim, rupanya mempunyai niat buruk lain iaitu menggunakan harta peninggalan arwah untuk kegunaan peribadinya walaupun sebenarnya dia tiada masalah kewangan.

Bapa Saudara Tak Amanah, Makan Harta Anak Yatim Tanpa Rasa Bersalah
Jadilah bapa saudara yang amanah dan bertanggungjawab. kasihani mereka sebagaimana anak sendiri.

Bagai menangguk di air keruh, bapa saudara seperti ini ternyata tidak amanah dan jujur serta mengingkari perintah Allah supaya menjadi pelindung anak-anak yatim.

Dan sememangnya neraka jahanam adalah tempat terbaik untuknya kerana Allah melaknat waris atau sesiapa yang menganiaya anak-anak yatim dengn memakan harta mereka.

IKLAN

Allah berfirman,

“Dan janganlah kalian mendekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang terbaik sampai mereka mencapai usia matang (dapat membezakan yang baik dari yang buruk).” (Surah al-An’am: 152)

Sementara itu, dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-10 dijelaskan, bahawa mereka yang memakan harta anak yatim secara tidak benar sesungguhnya apa yang mereka makan adalah api jahanam.

Dengan demikian, bapa saudara atau waris dekat lain yang memakan harta anak yatim, kelak nanti akan terjerumus ke api neraka.

Pakar tafsir asal Tunisia, Ibnu Asyur yang memahami kata ‘api’ pada ayat tersebut sebagai sesuatu yang menyakitkan. Sehingga, ayat tersebut menjadi bermakna bahawa tindakan memakan harta anak yatim akan menyebabkan mereka menderita di dunia dan akhirat seperti halnya api yang menyebabkan kepedihan bagi setiap yang mendekati atau menyentuhnya.

Dari Abu Syuraih, iaitu Khuwailid bin ‘Amr al-Khuza’i r.a., katanya: “Nabi SAW bersabda:”Sesungguhnya saya sangat memberatkan dosa (kesalahan) orang yang menyia-nyiakan haknya dua golongan yang lemah, iaitu anak yatim dan orang perempuan.”

IKLAN

Ini adalah hadis hasan yang diriwayatkan oleh an-Nasa’i dengan isnad yang baik. Maksudnya adalah memakan tanpa hak (bahawasanya mereka menelan api sepenuh perut mereka) kerana harta itu akan berubah di akhirat nanti menjadi api (dan mereka akan masuk dalam api yang bernyala-nyala) iaitu api neraka yang menyebabkan mereka terbakar hangus dalam neraka yang bernama sa’ir.

Artikel berkaitan: Petugas Hospital Kongsi Kisah Anak Yatim Piatu Enam Hari Dikuarantin, Tanpa Gajet Hanya Al-Quran Sebagai Peneman

Artikel berkaitan: Rebut 10 Pahala Besar Kerana Menyantuni Anak-anak Yatim

Kashoorga: Kepada waris keluarga terdekat yang masih ada ‘hutang amanah’ pada anak-anak saudara yang telah yatim, bertaubatlah segera sebelum terlambat.

Berjumpa dan berterus terang dengan anak-anak saudara yang telah dianiaya dahulu dan pulangkan sejumlah harta yang telah diambil.

Jika tidak diselesaikan cara baik, takut-takut meninggal dalam tidak mendapat redha mereka.

Sumber artikel : republika.co.id dan raudhatussalam 

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI