Barang kemas peninggalan orang tua yang banyak selalu jadi konflik antara adik beradik.

Jadi kebiasaan ia akan diambil oleh adik beradik perempuan memandangkan golongan lelaki diharamkan memakai emas.

Namun perlu diketahui adik beradik lelaki juga mempunyai bahagian atau hak daripada barang kemas yang ditinggal arwah ibu atau bapa.

“Mak meninggal dunia, kakak pula ambil semua barang kemas arwah mak tanpa meminta izin daripada adik lelaki.

“Apabila disoal, dia menyatakan lelaki haram memakai barang kemas,” demikian perkongsian perunding pewarisan harta Islam, Fazli Mazlan tentang senario yang sering berlaku dalam kalangan waris selepas kematian ibu atau bapa.

Ads

Menurut Fazli, golongan lelaki Islam diharamkan untuk menggayakan barang kemas namun ia tidak dihalang daripada memilikinya.

Malah katanya, barang kemas tersebut sepatutnya dibahagikan mengikut hukum faraid yang disyariatkan dalam Islam bagi mengelakkan pewaris memiliki harta batil.

Berikut cara untuk pembahagian barang kemas milik arwah ibu bapa kepada warisnya mengikut hukum faraid:

Ads

1. Nilaikan semula keseluruhan barang kemas mengikut harga semasa

Waris perlu mengumpul semua barang kemas yang dimiliki oleh arwah dan membuat timbangan berat.

Kemudian nilaikan berat yang dimiliki dengan kadar emas semasa. Boleh juga dapatkan bantuan di premis bertauliah seperti ar Rahnu untuk menentukan berat dan nilai semasa.

2. Bahagikan nilai tersebut mengikut nisbah faraid yang ditetapkan

Nisbah faraid anak lelaki adalah dua bahagian manakala sebahagian untuk anak perempuan.

Ads

Sekiranya adik beradik ingin mengambil barang kemas pilihan, maka mereka hendaklah menilai barang kemas yang dipilih dan bandingkan dengan nilai yang sepatutnya mereka peroleh mengikut hukum faraid.

Jika nilai barang kemas yang diambil itu lebih banyak berbanding nilai sepatutnya yang diperoleh, waris hendak membayar lebihan dan sekiranya nilai emas yang diperoleh kurang dari nilai sepatutnya, waris itu berhak menerima bayaran.

INFO: Si mati melakukan hibah kepada waris

Jika si mati ingin menyerahkan barang kemas yang dimiliki kepada anak perempuannya sahaja, maka dia perlu menghibahkannya semasa hidup bagi mengelakkan waris memiliki harta batil.

Sumber: Fazli Mazlan

Baca: Pakaian Ahli Keluarga Meninggal Dunia Tak Boleh Sedekah, Sudah Jadi Harta Pusaka

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI