Bila berlaku situasi sebegini, kita seharusnya mula menukar gaya hidup. Jika sebelum ini terlalu bermewah-mewah, kini kita perlu berjimat dan berfikir panjang sebelum berbelanja.
‘Barang keperluan naik harga.’ Jemaah tabligh pesan banyakkan istighfar, insyallah rezeki datang mencurah-curah dan Allah akan tunjukkan jalan.
Tidak dinafikan kenaikan harga barang keperluan dan termasuklah makanan betul-betul mencengkam hidup, apa lagi di kalangan orang yang kurang berkemampuan.
Terkini harga naik beras naik, sebelum itu gula, telur dan minyak yang merupakan keperluan asas juga turut meningkat harganya.
Masing-masing tertekan dengan isu kenaikan harga, namun sebagai hamba-Nya kita harus berusaha dan serahkan kepada Allah Pemberi Rezeki.
Kongsi Muhammad Hassan, banyak perkara yang dia belajar daripada jemaah tabligh dan ini salah satu perkara yang dipelajari dari jemaah tabligh.
“Matt, selagi atas pinggan kau ada makanan, kena habiskan sampai licin, makanan pada jari itu jilat sampai tiada kesan.”
Ads
Jika tuan puan pernah tengok jemaah tabligh makan guna talam, talam itu tak payah basuh, memang licin sebutir nasi pun tidak ada. Inilah keberkatan dalam makanan.
Kenapa hari ini kita rasa makanan mahal, boleh jadi kita selalu banyak membazir dalam membeli makanan. Ketika kita ada duit, bermacam makanan kita beli penuh tangan.
Bila tidak habis kita simpan dalam peti sejuk, akhirnya kita lupa nak makan dan buang makanan tersebut.
Jemaah Tabligh Pesan
Paling sedih, ketika ada duit kita bawa keluarga makan di restoran mahal-mahal, order bermacam menu penuh meja. Sedangkan satu menu boleh kongsi dua hingga tiga orang.
Satu gelas besar air boleh kongsi dua orang. Akhirnya makanan dan air yang tidak habis terbiar untuk dibuang oleh pekerja restoran.
Ads
Hari ini. Makanan kita beli kadang-kadang tidak perlu pun untuk tubuh badan kita, sekadar melepas rasa di lidah sahaja. Bahkan banyak makanan kita makan hari ini beri mudarat mengundang pelbagai penyakit metabolik (makanan yang tiada nilai nutrisi).
Banyakkan Istighfar
Malah, hari ini juga Allah uji kita dengan barangan keperluan naik harga. Resah gelisah kita. Kebetulan pula kita tidak ada duit lagilah terasa. Hendak beli beras pun berkira-kira.
Saat ini baru kita faham pesanan mak ayah kita dulu kala. “Makan nasi bagi habis, nanti menangis nasi tu.”
Insyallah Rezeki Datang Mencurah-Curah
Pesan jemaah tabligh kepada saya. Perbanyakkan istigfar, insyallah rezeki mencurah-curah, Allah keluarkan kita dari segala kesempitan. Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Nuh Ayat 10 hingga 12:
“Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
Kashoorga: Bila berlaku situasi sebegini, kita seharusnya mula menukar gaya hidup. Jika sebelum ini terlalu bermewah-mewah, kini kita perlu berjimat dan berfikir panjang sebelum berbelanja.
Dalam institusi rumah tangga, faktor agama adalah elemen yang penting. Pegangan agama yang kukuh dalam perkahwinan adalah tonggak kebahagiaan rumah tangga seperti mengamalkan solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan restu Allah SWT.
Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.
Melalui perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Instagramnya, kata beliau kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.
Kalau solat ini merupakan hablumminannas (hubungan sesama manusia), bila mana wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.
Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh.
KETUA KELUARGA AJAK SOLAT BERSAMA
Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.
“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.
Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga bercerai-berai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.
“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama. Sebab itu bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah.
Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.
“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.
Kata orang, anak tunggal dikatakan sebagai seorang anak yang sudah manja. Ini kerana sejak kecil segala keinginannnya selalu diturut oleh orang tuanya. Namun itu hanya menurut kata orang, tetapi hakikatnya tidak.
Menjadi anak tunggal juga sebenarnya banyak sifat baik dalam diri mereka. Malah mereka ini juga dikatakan calon paling sesuai atau BFF terbaik untuk dijadikan seorang isteri hingga ke jannah.
Gambar sekadar hiasan.
Ini antara kelebihan yang ada pada diri seorang anak tunggal patut kita tahu sebelum memilihnya jadi teman BFF till jannah.
#1. Bukan selalunya jadi anak manja
Tidak selalunya bersikap sebagai anak manja walaupun anak tunggal dalam keluarga. Masih punya tanggungjawab sama sebagai seorang anak yang menjaga orang tua. Jika diberi satu tanggungjawab akan berusaha untuk menyempunakannya sebaik mungkin.
Jadi jika bertemu jodoh dengan anak tunggal ini, hidup anda akan menjadi lebih sempurna. Tidak ada istilah menunda kerja kerana digambarkan sebagai seorang yang dedikasi dalam mengerjakan sesuatu. Pasanga anak tunggal ini akan menjadi orang pertama yang mengingatkan ketika anda mengabaikan kewajiban.
#2. Anak tunggal juga punya sifat ingin bersaing
Oleh kerana satu-satunya adalam dalam keluarga, sikap untuk menjadi yang terbaik sentiasa ada dalam diri. Tidak mahu kalah dan sikap untuk bersaing sering menjadi keutamaan. Malah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada pasangannya kelak. Sangat bagus kerana tidak akan ada orang memandang rendah pada anda berdua.
#3. Biarpun manja tetapi bersifat keperibadian tinggi
Jangan salah anggap bahawa menjadi anak tunggal bukanlah untuk kepentingan peribadi. Ia dibesarkan dengan suatu jangkaan yang melebihi kita semua. Meski tak diucap, tapi dalam hati ia merasa bahwa ia tak boleh menjadi insan yang gagal demi keluarga yang mencintainya. Dari situ, ia belajar menjadi insan yang dapat berdikari. Yang boleh menuruti keinginannya sendiri tanpa membebani orang lain. Sikap berdikari ini jelas akan membuat hidup bahagia jika bertemu jodoh dengannya nanti.
Pandai berdikari dan calon terbaik jadi BFF till jannah.
#4. Rasa cinta pada pasangan sukar untuk diragukan
Bab ini memang tidak diragukan lagi. Lihat sahaja betapa kasih dan sayangnya dia pada orang tuanya. Begitulah juga rasa kasih sayang dan cinta pada pasangnnya nanti. Bersama anak tunggal, kamu tak perlu khuatir akan kekurangan cinta dan kasih sayang. Sejak dulu, ia terbiasa menerima kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari orang tuanya. Setelah bersamamu, tentunya dia ingin melakukan hal yang sama. Cintanya pada anda tidak akan terbelah bagi.
#5. Menjadi menantu kesayangan
Tak perlu takut saat bertemu dengan keluarganya kerana mereka akan lebih mudah menerima masuk dalam keluarga. Mungkin anda pernah punya pengalaman soal rasa takut atau gugup saat bertemu dengan keluarga pasangan. Namun jika pasangan adalah anak tunggal, tak perlu takut lagi.
Keluarga dari pasangan pasti mudah menerima dirimu dalam keluarganya. Ini kerana sejak dulu mereka hanya punya seorang insan yang menjadi buah hati mereka. Kedatangan anda dalam keluarga ibarat memiliki anak kedua yang pasti akan mereka cintai dengan setulus hati.
#6. Bijak dalam akademik atau bakat tertentu
Pakar mendedahkan, anak tunggal lebih berjaya dalam pendidikan, mahupun dalam bakat tertentu hingga membanggakan ibu bapanya. Hal ini kerana perhatian yang diberi ibu bapa hanya terfokus pada satu anak, dan ia tidak terbahagi. Jadi, ibu bapa juga boleh mendidik anak sepenuhnya, sambil menggantung dan menggilap cita-cita anak.
Jadi berbahagialah jika bertemu jodoh dengan anak anak tunggal. Biarpun terkenal sebagai seorang anak yang manja, tetapi kesetiaan cintanya pada kita tak akan berbelah bagi. Malah dia adalah teman baik atau BFF yang boleh bahagiakan kita till jannah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak viral pokok ‘snake plant’ atau lidah jin atau dikenali juga dengan nama lidah mentua ini dilaman sosial, ramai mahu menjadikan pokok ini sebagai hiasan dekorasi di ruang kediaman masing-masing.
Tidak dinafikan pokok ini sangat cantik dan menarik menjadi hiasan di ruang dekorasi. Tetapi ramai tidak tahu bahaya pokok hiasan viral ini.
Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Sumber: Google
Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.
“Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Dr Fatimah yang juga pensyarah kanan kimia, Pusat Asasi UiTM, Dengkil, Selangor berkata terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.
“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.
“Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana dipenuhi dengan keberkatan dari Allah SWT.Pada bulan ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan ditutup...