‘Barang Keperluan Naik Harga.’ Jemaah Tabligh Pesan Banyakkan Istighfar, Insyallah Rezeki Datang Mencurah-Curah

Share

‘Barang keperluan naik harga.’ Jemaah tabligh pesan banyakkan istighfar, insyallah rezeki datang mencurah-curah dan Allah akan tunjukkan jalan.

Tidak dinafikan kenaikan harga barang keperluan dan termasuklah makanan betul-betul mencengkam hidup, apa lagi di kalangan orang yang kurang berkemampuan.

Terkini harga naik beras naik, sebelum itu gula, telur dan minyak yang merupakan keperluan asas juga turut meningkat harganya.

Masing-masing tertekan dengan isu kenaikan harga, namun sebagai hamba-Nya kita harus berusaha dan serahkan kepada Allah Pemberi Rezeki.

Artikel Berkaitan:

Hati Milik Allah! Perubahan MK K-Clique Keluar Dakwah 3 Hari Ikut Jemaah Tabligh Buat Ramai Kagum

Barang Keperluan Naik Harga

Kongsi Muhammad Hassan, banyak perkara yang dia belajar daripada jemaah tabligh dan ini salah satu perkara yang dipelajari dari jemaah tabligh.

“Matt, selagi atas pinggan kau ada makanan, kena habiskan sampai licin, makanan pada jari itu jilat sampai tiada kesan.”

Jika tuan puan pernah tengok jemaah tabligh makan guna talam, talam itu tak payah basuh, memang licin sebutir nasi pun tidak ada. Inilah keberkatan dalam makanan.

Kenapa hari ini kita rasa makanan mahal, boleh jadi kita selalu banyak membazir dalam membeli makanan. Ketika kita ada duit, bermacam makanan kita beli penuh tangan.

Bila tidak habis kita simpan dalam peti sejuk, akhirnya kita lupa nak makan dan buang makanan tersebut.

Jemaah Tabligh Pesan

Paling sedih, ketika ada duit kita bawa keluarga makan di restoran mahal-mahal, order bermacam menu penuh meja. Sedangkan satu menu boleh kongsi dua hingga tiga orang.

Satu gelas besar air boleh kongsi dua orang. Akhirnya makanan dan air yang tidak habis terbiar untuk dibuang oleh pekerja restoran.

Hari ini. Makanan kita beli kadang-kadang tidak perlu pun untuk tubuh badan kita, sekadar melepas rasa di lidah sahaja. Bahkan banyak makanan kita makan hari ini beri mudarat mengundang pelbagai penyakit metabolik (makanan yang tiada nilai nutrisi).

Banyakkan Istighfar

Malah, hari ini juga Allah uji kita dengan barangan keperluan naik harga. Resah gelisah kita. Kebetulan pula kita tidak ada duit lagilah terasa. Hendak beli beras pun berkira-kira.

Saat ini baru kita faham pesanan mak ayah kita dulu kala. “Makan nasi bagi habis, nanti menangis nasi tu.”

Insyallah Rezeki Datang Mencurah-Curah

Pesan jemaah tabligh kepada saya. Perbanyakkan istigfar, insyallah rezeki mencurah-curah, Allah keluarkan kita dari segala kesempitan. Sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Nuh Ayat 10 hingga 12:

“Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”

Hargai walau sebutir nasi.

Baca Di Sini:

Cukuplah Hina, Caci Kami. Tiada Siapa Mahu Sebarkan Penyakit & Akibat Kemudharatan” – Luahan Hati Isteri Jemaah Tabligh

Kashoorga: Bila berlaku situasi sebegini, kita seharusnya mula menukar gaya hidup. Jika sebelum ini terlalu bermewah-mewah, kini kita perlu berjimat dan berfikir panjang sebelum berbelanja.

Sumber: Muhammad Hassan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat