‘Hebat! baru 10 tahun, dua kali harum nama negara.’ Ahmad Azfar Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.
Setelah melakarkan sejarah apabila menjadi naib juara pertandingan tilawah al-Quran di Qatar, Ahmad Azfar Azraie sekali lagi berjaya mengharumkan imej Malaysia.
Menerusi hantaran oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui laman sosial rasminya, qari cilik itu kali ini mencipta nama pula di Algeria sebagai juara Musabaqah Mazamir Daoud di negara itu.
Kredit Foto JAKIM
Ahmad Azfar baru berusia 10 tahun dan qari cilik yang berasal dari Melaka ini telah memenangi Kategori Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun sebagai mewakili Malaysia dalam pertandingan antarabangsa tersebut.
Dua Kali Harum Nama Negara
Mazamir Daoud membawa maksud suara lantunan indah Nabi Daud, merupakan acara tahunan dan turut disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen satelit Al-Shorouk.
Ads
Bersama juri Sheikh Prof Kamal dari Algeria. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).
Acara ini ke udara sejak 2014 sebagai program mingguan sebelum dijadikan acara pertandingan bertaraf antarabangsa untuk remaja dari seluruh dunia oleh penerbitnya, Rizwan Hussein.
Ini bukanlah peng alaman pertama bagi Ahmad Azfar, tetapi merupakan penampilan kali kedua bagi Ahmad Azfar di peringkat global setelah mencipta rekod apabila memenangi tempat kedua program Tijan Nour di Qatar pada 19 Mac lalu.
Halaqah Qurra’- Qurra’ cilik dari seluruh dunia. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).
Ahmad Azfar Johan
Ketika pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa edisi ke-10 itu, beliau menyertai kategori umur bawah 13 tahun dan berita ini turut dilapor secara meluas oleh Jakim.
Awal Julai lalu, dia juga muncul juara qari program Ihtifal Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Kebangsaan 2022 di bawah anjuran Lembaga Penasihat Pendidikan Agama Islam Jakim.
Nama Ahmad Azfar bukan asing dalam bidang pembacaan kitab suci itu kerana bapanya sendiri, Azraie Abdul Hak merupakan naib johan Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2018 lalu.
Ads
Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak.
Musabaqah Tilawah Al-Quran
Selang beberapa minggu kemudian, guru agama itu menjuarai pula kategori tilawah al-Quran dalam acara Musabaqah Tahfiz, Tilawah dan Qiraat Antarabangsa diadakan di Kuwait.
Pengalaman pernah menyertai pertandingan seumpamanya di Russia, Turkiye dan Iran sebelum itu membolehkan Azraei menewaskan ramai peserta hebat dari 75 negara yang lain.
Ibu dan ayah Ahmad Azfar. (Kredit Foto Facebook Ustaz Azraei Abdul Hak).
Peringkat Antarabangsa
Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka itu turut pernah muncul sebagai pemenang ketiga Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2022 pada Jun lepas.
Malahan, isterinya sendiri, Sarrul Munirah Haris pula yang turut mewakili Melaka telah dinobatkan menjadi naib johan pada pertandingan berkenaan untuk kategori qariah.
Kashoorga : Alhamdulillah dan tahniah Ahmad Azfar serta keluarga. Ternyata kejayaan yang datang bukanlah sesuatu yang mudah, perlukan usaha dan sokongan berpanjangan terutama daripada ibu dan ayahnya. Semoga Ahmad Azfar makin gemilang di masa depan. Insyallah.
Cara buat rayuan haji! Baru-baru ini Tabung Haji telahpun mengeluarkan surat haji kepada mereka yang terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun 2025. Begitu pun bagi yang tidak terpilih, jangan putus asa, anda masih lagi mempunyai peluang untuk membuat rayuan bagi mengerjakan ibadah ini tahun hadapan.
Ini kerana Tabung Haji telah pun membuka peluang untuk membuat rayuan haji bermula 19 Disember 2024.
Menjadi kebiasaan kaum wanita mempunyai koleksi pakaian dan tudung yang banyak. Malah ada juga antara koleksi ini yang tidak lagi dipakai kerana tak muat, tak sesuai. Ada juga yang langsung tak dipakai kerana tersalah beli. Tapi semua ini tetap disimpan.
Namun pesan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang juga seorang pendakwah dalam satu ceramah beliau, pakaian-pakaian yang tidak dipakai, janganlah disimpan kerana semua ini akan dihisab di akhirat kelak.
“Kaum ibu saya ingin pesan kalau ada pakaian yang dah 40 hari tak pakai, jangan simpan. Nanti akan dihisab. Kalau dah 40 hari tak pakai, maksudnya kita dah tak perlukannya.
“Ini termasuklah periuk di dapur. Biasa berlaku periuk lama masih ada, kita beli yang baru. Semua ini akan dihisab. Kalau dah 40 hari tak pakai, berilah pada orang lain untuk digunakan supaya kita tukar barang tersebut jadi pahala.
“Biar kita letakkan dunia ini sebagai alat, dan reda Allah itu sebagai matlamat. Kita jadikan harta yang kita ada sebagai alat untuk meraih pahala dan bukan matlamat hidup,” ujar beliau dalam satu klip video yang dikongsi di media sosial.
Seksaan tidak belanjakan harta ke jalan yang benar
Dalam pada itu, pesanan tersebut juga selaras dengan Surah at-Taubah, ayat 34-35 yang menceritakan seksaan yang akan dialami di akhirat jika seseorang tidak membelanjakan hartanya di jalan yang benar, tetapi menyimpan untuk diri sendiri.
“…Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya di jalan ALLAH, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih, (ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi mereka, rusuk dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu.”
Selain itu, terdapat juga hadis yang memperincikan bahawa lebih baik untuk memberi barang yang tidak digunakan kepada orang yang lebih memerlukan.
“Sesiapa yang memakai pakaian yang baru, hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan aku sesuatu yang dapat menutup auratku dengannya dan telah memperindahkan diriku di dalam kehidupan ini. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama) lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan Allah, pemeliharaan-Nya dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia.” – Hadis Riwayat Umar Al-Khattab, 3/134
Berdasarkan penerangan tentang hisab ke atas harta di atas, jelas bahawa barang yang tidak digunakan tidak elok disimpan. Sebaliknya, lebih baik jika barang tersebut diberi kepada orang yang memerlukan sekaligus memberikan ganjaran bersedekah.
Petang ini tekak terasa untuk menikmati pencuci mulut yang sejuk dan sedap. Maklumlah untuk melegakan tékák yang seharian berpuasa waktu berbuka nanti.
Apa kata kita sediakan sendiri Mango Cheesecake. Rupanya ada resipi senang untuk membuatnya tanpa dibakar, sebaliknya hanya letakkan saja dalam peti sejuk dan boleh terus dimakan.
Malah bahan-bahan juga senang untuk diperoleh di rumah. Jadi apa kata untuk juadah pencuci mulut petang nanti kita sajikan Mango Cheesecake ini untuk seisi keluarga.
Syawal berbaki lebih kurang dua minggu lagi dan masih ada peluang untuk kita melaksanakan puasa enam yang ganjarannya cukup besar.Disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad...