Hidayah itu tidak mengenal siapa dan berapa usia untuk seseorang itu layak menerimanya. Allah berhak menentukan siapa yang akan menerima hidayah dariNya.
Seperti yang tular di media sosial sebelum ini di mana seorang wanita warga emas yang kembali pada agama fitrah dengan memasuki Islam pada 20 Disember 2019 lalu.
Wanita ini mengucap dua kalimah syahadah pada usia 84 tahun dan perjalanan Islam Marian Revert memang jadi insprasi kepada semua.
Dia yang sudan melewati usia emas ini sangat gigih belajar mengenai Islam setiap hari dan jurnal perjalanan ıslamnya juga telah di muat naik di laman Instagram seseorang.
Menerusi perkongsian di Twitter Muslim Daily, Mariam dikatakan datang seorang diri ke masjid untuk bertanya sama ada beliau layak atau tidak bergelar seorang Muslim.
Ini kerana, beliau tidak mempunyai saudara-mara di dunia ini dan menjadi anak yatim ketika usianya masih kecil.
Imam masjid nyata sebak mendengar kisah yang dilalui Mariam lalu mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.
Dan pada Sabtu lepas, hari sangat bermakna buat Mariam apabila berpeluang menyambut ulang tahun ke 85 tahu iaitu dua bulan selepas bergelar Muslim.
Lebih menggembirakan Mariam telah dirai oleh komuniti Muslim di masjid berhampiran kediamannya dalam suasana sederhana tetapi meriah.
Malah dapat dilihat keceriaan terpancar di wajah Mariam apabila menyambut hari lahirnya yang pertama selepas bergelar seorang Muslim.
Buat masa ini Mariam dikatakan sangat gigih melancarkan ucapan syahadah dan dia sangat gembira dengan pengislamannya ini.
Setakat ini Mariam sudah mulai mempelajari surah-surah dalam al-Quran dan cuba menghafalnya. Dapat didengar dengan jelas bahawa warga emas ini gigih mempelajari menyebut Alhamdulillah daripada orang lain.
Malah dia juga sedang berlatih serta bersemangat dengan apa yang dilakukan sekarang. Mariam juga banyak mempelajari ilmu baru setiap hari. Walaupun sudah berusia emas dia tetap berusaha menjadi Muslim yang baik hanya kerana sudah jatuh hati dengan Islam.
KASHOORGA: Terharu dengan kisah Mariam yang sudah berusia tetapi masih tegar belajar islam. Kita doakan semoga Mariam kekal istiqamah dengan agama barunya ini.