Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.
Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Allah SWT telah menyatakannya di dalam al-Quran secara jelas bahawa kematian akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat sesaat pun:
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Mak apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”( Al-A’raf: 34).
Ads
Tiada daya upaya kita untuk menolak hak yang satu ini kerana semuanya adalah ketentuan Allah taala.
Pemergian secara mengejut pengantin baru, Allahyarham Andika bin Jamal yang baru mendirikan rumahtangga pada 14 Januari lalu cukup meruntun jiwa seluruh ahli keluarganya.
Dari satu perkongsian Tik Tok, @nia mieka dari keluarga sebelah pengantin perempuan memaklumkan, pasangan ini baru mendirkan rumahtangga pada 14 Januari lalu dan tanggal 20 Januari, arwah disahkan meninggal secara mengejut.
Tidak menyatakan secara jelas punca kematian ini, namun segala-galanya masih baru buat pasangan pengantin ini.
Ads
Dalam pada itu, @nia mieka memaklumkan, sebelum meningggal itu, arwah sempat jadi imam solat Maghrib sebelum rebah.
“Doktor mengesahkan tiada sakit apa-apa, punca kematian mengejut,”katanya sambil memaklumkan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan arwah.
Dari ucapan takziah dari individu yang mengenali arwah selepas video ini dikongsi, dimaklumkan arwah sangat baik orangnya.
“Kenal dah dua tahun dengan arwah. Baik sangat orangnya, sopan dengan orang tua. Selalu berbagi rezeki, semua rakan-rakan seakan tak percaya mendengar berita dirinya sudah tiada.
Dalam pada itu, dari satu perkongsian di fb atas nama Zhifa Putri Astofina turut memaklumkan berita sedih ini.
Ads
Baru kelmarin kami merasakan khabar bahagiamu dan kini kamu memberi khabar dukamu.
Kelmarin kami mengucapkan selamat menempuh hidup baru dan kini kami mengucapkan semoga engkau tenang di pangkuan-Nya.
Kami semua menyayangimu tapi Allah lebih sayang padamu. Semoga engkau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga husnul khatimah. Aamiin.
Berpaling dari agama adalah perbuatan sukar kecuali berlaku sesuatu desakan yang amat kuat misalannya kerana cinta dan sebagainya. Ia bukan isu main-main kerana tersilap kenyataan atau perbuatan, ia boleh menjerumuskan seseorang ke arah murtad.
Terkini, usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman telah mengeluarkan satu video yang bunyinya agak kontroversi kerana mengakui sudah berpaling dari agama. Mungkin terlalu tertekan dengan masyarakat sekeliling, dirinya mengambil keputusan mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi ini.
Berikut adalah transkrip penuhnya seperti disiarkan dalam videonya.
Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.
"Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.
"Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).
"Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.
"Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.
"Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.
"Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. "Rupa-rupanya…tak tahulah," katanya.
Carian Kashoorga di portal Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) berkaitan soalan seseorang mengaku mengaku bukan Islam dan bagaimana hal murtad ini ditakrifkan.
Berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad. Berkata Imam al-Ghazali 'Adapun hakikat riddah ialah pengucapan dengan perkataan kufur secara persendaan atau iktiqad atau engkar, manakala daripada perbuatan ialah menyembah berhala, sujud kepada matahari, demikian juga mencampakkan al-Quran ke tempat kotor dan setiap perbuatan yang jelas menghina agama dan demikian juga ahli sihir dihukum bunuh sekiranya apa yang digunakan untuk sihir itu adalah kufur seperti menyembah matahari atau seumpamanya'.
Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad :
a. Perkataan Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 : Yang bermaksud : 'Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..'. Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :
Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma".
Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma".
Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
Mendakwa wahyu turun kepadanya.
Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.
b. Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
Tidak mengamalkan hokum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.
c. Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga. Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad Para Ulama" bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.
d. Masalah Perkara yang berlaku sekarang itu mungkin disebabkan kejahilan atau perasaan takut dan marah bukan dengan niat si pelakunya untuk murtad, kerana kebiasaannya mereka itu tetap melakukan amalan-amalan Islam walaupun selepas mengucapkan perkataan tersebut. Perkara ini boleh dicontohkan seperti berikut :
Seseorang (remaja contohnya) apabila selalu dinasihati dan dimarahi tentu akan merasa tertekan dan marah, oleh itu kemarahannya dilahirkan dengan kata-kata sedemikian rupa bagi mengembirakan perasaannya walaupun hatinya tetap dengan Islam dan perbuatan tersebut dilakukan samada kerana jahil atau kerana tekanan perasaan yang amat sangat.
Seseorang yang ditangkap di atas kesalahan jenayah dalam syara' mungkin juga berada didalam ketakutan atau malu. Oleh itu dia cuba mengelak daripada ditangkap dengan mengaku bukan Islam samada kerana jahil tentang hukum pengakuan tersebut atau tahu tentang hukumnya tetapi dilakukan juga sebagai helah supaya tidak ditangkap, kemudia dia pun mengucap kembali dua kalimah syahadah.
e. Pertimbangan
Walau apa pun alas an sebab seseorang itu melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad, namun zahir hokum syara' adalah jelas bahawa perkataan dan perbuatan sedemikian boleh membawa kepada riddah yang sangat merbahaya. Akan tetapi untuk menghukum seseorang itu telah murtad kita perlu berhati-hati. Berkata Syed Sabiq 'Seseorang Islam tidak dikira hukum riddah kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya'.
Berdasarkan Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 106 :
Yang bermaksud : 'Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kufur'. Sabda Rasulullah S.A.W :
Yang bermaksud : 'Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan bagi setiap seseorang apa yang diniatkannya'.
Dan kerana hati adalah suatu yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, maka tidak dapat tidak mestilah timbul apa yang jelas menunjukkan kekafirannya dengan Dalil Qat"ie yang tidak boleh ditakwilkan lagi sehingga dinasabkan kepada Imam Malik dimana beliau berkata : yang bermaksud 'Apabila timbul darinya (seseorang) apa yang memungkinkan kufur daripada 99 wajah (cara) dan terdapat apa yang memungkinkan iman dari satu wajah (cara), maka dikira urusannya di atas iman'.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tidak dinafikan, ramai di kalangan kita jika bersin tidak menuturkan kalimah alhamdulillah setiap kali bersin sebaiknya menggantikan dengan perkataan ‘Excuse Me, lebih-lebih jika ada orang di sebelah sebagai tanda mohon maaf.
Dalam Islam, bersin sebenarnya merupakan satu nikmat semula jadi yang diberikan ALLAH SWT kepada setiap insan.
Bahkan, ALLAH begitu menyukai orang yang bersin kerana dengan bersin itu, ia dapat mengeluarkan penyakit daripada tubuh badannya.
Ia sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH SWT menyukai bersin dan membenci menguap.”
(Riwayat al-Bukhari)
Menurut Imam Ibnu Hajar, maksud ALLAH SWT menyukai orang yang bersin kerana bersin dapat meringankan badan dan membuka liang-liang roma.
(Lihat Fath al-Bari li Ibnu Hajar, 10/607)
Oleh sebab bersin merupakan anugerah ALLAH, Islam sebenarnya mengajar umatnya etika dan adab ketika bersin menerusi apa yang telah disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW, utusan ALLAH.
Berikut adalah adab ketika bersin menurut Islam yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian:
1. Seseorang yang bersin hendaklah mengucapkan kalimah tahmid iaitu Alhamdulillah atau Alhamdulillahi ala kulli hal.
2. Seseorang yang mendengar orang yang bersin dan menyebut kalimah tahmid hendaklah menjawab Yarhamukaallah.
3. Kemudian orang yang bersin itu membalas dengan Yahdikumullah wa yuslih baalkum.
4. Sekiranya orang yang bersin itu melebihi tiga kali, maka yang mendengarnya hendaklah mendoakan kesembuhan ke atasnya.
5. Seseorang yang bersin itu sebaiknya menutup mukanya dan tidak menghalakan mukanya ke arah orang ramai dan juga makanan. Ia bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada orang lain.
Abu Hurairah RA meriwayatkan:
“Bahawasanya apabila Nabi Muhammad SAW bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Sesungguhnya, begitu cantik aturan yang telah digariskan oleh Islam. Malah, kebanyakan saranan pakar tentang aspek kebersihan ketika bersin juga sama dengan anjuran Islam.
Jadi selepas ini, apa kata kita gantikan perkataan excuse me tadi dengan ucapan Alhamdulillah ketika bersin.
Orang yang mendengar kita bersin pula akan menyambutnya dengan kalimah tahmid juga. Alangkah seronoknya kita saling mendoakan sesama kita.
Apabila sudah berkahwin, kita sebagai isteri perlu patuh pada setiap arahan suami.
Menjadi tanggunjawab kita untuk mendengar cakap mereka yang dianggap sebagai Imam membimbing kita hingga ke jannah.
Kita memang tidak boleh menderhakan pada suami, tetapi ada yang bertanya bagaimana jika suami derhaka pada isteri.
Perkongsian di laman sosial Facebook oleh Aini Eiyra ini boleh dijadikan panduan dalam menjawan persoalan ini.
SUAMI DERHAKA PADA ISTERI
======================•
Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka kat suami, tapi hukum kalau suami menyakiti hati isteri? Jeng jeng jeng!
Ustaz gitau :
Berdosa jugak lah, cuma takde istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan di mark oleh malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.
– Kerana isteri, rezeki suami bertambah melimpah ruah.
– Kerana isteri, maka lahirlah team soccer suami.
– Kerana isteri, makan pakai tido suami di jaga.
– Kerana isteri, peace tenang ajer hati suami.
– Kerana isteri, lembut kuyu ajer pandangan mata suami.
– Kerana isteri ni sajer orang yang boleh melihat kudis panau suami yang tersembunyi dari pandangan mata suami dan masih still poreber laf suami seadanya.
Janganlah sakiti hati isteri, ingatlah setiap pengorbanan mereka walaupun kecil di mata suami tapi cukup besar untuk dirinya.
Bagi isteri, Biar keluar peluh jantan pun, Biar tak tidur malam pun, Biar diri tak makan pun, Janji suami dan anak-anak cukup segalanya.
Kenapa kaum hawa selalu menangis?
Allah berfirman :
Kerana kaum hawa itu unik. Aku ciptakan mereka sebagai makhluk yang sangat istimewa.
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah.
Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayangi.
Wanita ni makhluk yang tabah dan kuat. Tapi saat dia mengalir air mata ia mampu membaiki duka lara, juga kekuatan untuk buka buku baru.
Wanita itu tersangatlah istimewa.
Dan agar suami tahu bahawa wanita itu adalah ciptaan Allah yang paling istimewa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memasuki bulan Syaaban ini menandakan Ramadan semakin menghampiri. Menurut Ustazah Asma' Harun banyak kelebihan yang terkandung di bulan ini namun ramai yang masih terleka...