Baru 6 Hari Bernikah, Allah Jemput Dalam Keadaan Mulia. Sempat Jadi Imam Solat Maghrib Sebelum Rebah

Share

Innalillaiwainailaihirojiun.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Allah SWT telah menyatakannya di dalam al-Quran secara jelas bahawa kematian akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat sesaat pun:

Firman Allah SWT:-

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Mak apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”( Al-A’raf: 34).

Tiada daya upaya kita untuk menolak hak yang satu ini kerana semuanya adalah ketentuan Allah taala.

Pemergian secara mengejut pengantin baru, Allahyarham Andika bin Jamal yang baru mendirikan rumahtangga pada 14 Januari lalu cukup meruntun jiwa seluruh ahli keluarganya.

Dari satu perkongsian Tik Tok, @nia mieka dari keluarga sebelah pengantin perempuan memaklumkan, pasangan ini baru mendirkan rumahtangga pada 14 Januari lalu dan tanggal 20 Januari, arwah disahkan meninggal secara mengejut.

Tidak menyatakan secara jelas punca kematian ini, namun segala-galanya masih baru buat pasangan pengantin ini.

Dalam pada itu, @nia mieka memaklumkan, sebelum meningggal itu, arwah sempat jadi imam solat Maghrib sebelum rebah.

“Doktor mengesahkan tiada sakit apa-apa, punca kematian mengejut,”katanya sambil memaklumkan agar semua pihak mendoakan kesejahteraan arwah.

Dari ucapan takziah dari individu yang mengenali arwah selepas video ini dikongsi, dimaklumkan arwah sangat baik orangnya.
“Kenal dah dua tahun dengan arwah. Baik sangat orangnya, sopan dengan orang tua. Selalu berbagi rezeki, semua rakan-rakan seakan tak percaya mendengar berita dirinya sudah tiada.

Dalam pada itu, dari satu perkongsian di fb atas nama Zhifa Putri Astofina turut memaklumkan berita sedih ini.

Baru kelmarin kami merasakan khabar bahagiamu dan kini kamu memberi khabar dukamu.

Kelmarin kami mengucapkan selamat menempuh hidup baru dan kini kami mengucapkan semoga engkau tenang di pangkuan-Nya.

Kami semua menyayangimu tapi Allah lebih sayang padamu. Semoga engkau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga husnul khatimah. Aamiin.

Khushuushon ilaa ruuhi ibnii ANDIKA JAMAL Allahumaghfir lahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu, lahul faatihah.”

Published by
almaswa Haji Che Ros