Baru dua bulan bernikah, suami dijemput Ilahi. ‘Niat untuk tinggal bersama tidak kesampaian. Luluh hati isteri ini bila suaminya pergi buat selamanya sebelum sempat dia berpindah untuk tinggal bersama suaminya di Melaka.
Al-Fatihah buat allahyarham dan semoga isterinya terus kuat meneruskan kehidupan mendatang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Baru dua bulan melayari bahtera perkahwinan, bak kata orang baru merasa betapa manisnya berumahtangga, namun Nurul Huda Azanan, 20, terpaksa berdamai dengan takdir untuk melepaskan suami tersayang yang dijemput Ilahi, bulan lalu.
Suami Nurul Huda, Azizul Husen, 22, yang juga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di Melaka meninggal dunia pada 10 Disember lalu.
Allahyarham Azizul meninggal dunia dalam tidur di rumahnya di Taman Seruling Jaya, Masjid Tanah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Ketil, Kedah.
Suami Dijemput Ilahi
Kisah pasangan itu mendapat perhatian warganet selepas Nurul Huda berkongsi cerita di TikTok dan pengguna media sosial itu turut mendoakannya sentiasa kuat dan tabah.
Berkongsi cerita, Nurul Huda berkata, dia dan suami bernikah pada 26 Oktober tahun lalu dan mereka tinggal berasingan sementara dia menguruskan beberapa urusan sebelum berpindah ke Melaka.
Ads
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa suami sebulan sebelum Azizul meninggal dunia ketika pulang ke kampung untuk bercuti, namun mengakui arwah suaminya itu sudah menunjukkan beberapa perubahan.
Niat Untuk Tinggal
“Kali terakhir kami berjumpa ketika menghantarnya di stesen bas Sungai Petani untuk pulang ke Melaka. Sebelum naik bas, beberapa kali suami berpatah balik ke arah saya sambil meminta menjaga diri dan tengokkan ibunya jika dia tiada.
“Ketika di kampung dia juga membawa saya meronda di kubur dan selalu memeluk serta mencium ibunya tetapi arwah suami kurang bercakap serta lebih banyak termenung,” katanya yang tinggal di Kuala Ketil, Kedah.
Menurut Nurul Huda, pada hari kejadian dia berbual dengan suaminya di telefon sebelum arwah mengadu pening kepala dan mahu tidur pada jam 1.30 pagi.
“Suami juga ada tanya kenapa darah dia beku dan saya sangka dia bergurau saja dan sangkakan dia pening sebab penat berkerja, tetapi ketika itu suami seperti biasa dan ceria.
“Pada 8 pagi, mak mentua beritahu keadaan suami dan mulanya saya sangka dia hanya pengsan saja. Mak telefon sekali lagi cakap suami sudah tiada,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang.
Bersama Tidak Kesampaian
Katanya, ketika itu dia yang dalam perjalanan ke Melaka terkejut dan tidak percaya dengan berita itu sehingga pihak atasan suaminya memaklumkan Azizul sudah meninggal dunia.
Ads
“Kebetulan abang ipar ada di rumah suami (di Melaka) jadi dia yang menyedari keadaan suami sebelum menghubungi mak di Kedah.
“Suami tiada penyakit dan kesihatannya juga baik, malah beberapa hari sebelum itu dia membuat pemeriksaan kesihatan dan semuanya baik,” katanya memberitahu hasil bedah siasat juga mendapati keadaan suaminya baik dan tiada penyakit.
Reda Dengan Takdir
Nurul Huda berkata, dia reda dan menerima takdir suaminya pergi dulu, namun sedih kerana perancangan untuk tinggal bersama di Melaka tidak kesampaian dan menyifatkan arwah Azizul sebagai suami dan anak yang baik, disenangi ramai, suka membantu serta bersedekah.
“Kalau mengikut perancangan saya akan berpindah ke Melaka hujung Disember lalu kerana masih ada beberapa urusan perlu diselesaikan, malah suami sudah beria minta saya pindah cepat.
“Keterujaan menyambut Ramadan dan Aidilfitri pertama bersama juga lenyap dan sebenarnya sedih kerana peluang berbakti sebagai isteri hanya sekejap saja tapi bagi saya hampir dua bulan ini memang bahagia menjadi isterinya.
“Saya memang sudah bersedia menjadi isteri tentera kerana tugas mereka menuntut masa menjaga negara, tetapi kali ini suami saya ‘pergi’ tidak kembali lagi,” katanya.
Ads
Menurutnya, dia turut berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama Kem Terendak yang banyak membantu dan memudahkan urusan pengebumian suami dari mula hingga akhir.
Kashoorga : Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditelan, namun sebagai hamba-Nya kita perlu berdamai dengan takdir. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Terkenal kerana banyak berkongsi cerita-cerita menarik mengenai alam akhirat, seperti apa yang ada di syurga dan neraka membuatkan nama Ustaz Ahmad Dusuki bukanlah asing di kalangan warga maya. Melalui ceramah-ceramah disampaikannya, Ustaz Ahmad Dusuki kala ditanya tentang bagaimana mahu berehat di kubur tanpa menjalani seksaan kubur. nasihatnya agar kita tidak melebihkan tidur di dunia. Dan dirinya berkongsikan apa amalan yang dilakukan untuk berasa selesa di kubur. Katanya kita perlu amalkan tiga perkara ni:
1. Baca Al-Quran sebelum Subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Kawan-kawan, kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita, tanyanya?
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masih tertanya apakah latar belakang sebenar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat tenang dalam menghadapi situasi penularan wabak COVID-19.
Beliau merupakan ketua para pejuang barisan hadapan yang setiap hari dilihat begitu sibuk dalam memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan. Sehingga artikel ini ditulis kes COVID-19 ini sudah mencatatkan 26 kematian dengan jumlah keseluruhan 2,161 kes.
Dalam pencarian di laman sosial mengenai diri Datuk Dr. Noorhisham beliau yang sentiasa bersikap tenang ini rupanya beliau adalah dari keturunan Cina Muslim.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook dan Twitter memberitahu perkara yang sama.
Kredit Foto: Twitter KKM
Sedikit latar belakang ringkas Dr Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr Hisham ini ialah anak angkat Al-Marhum Ustaz Nik Mahyuddin dan juga menantunya. Arwah Ustaz Nik Mahyuddin ni mantan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Pengasas SMKA dan pernah jadi Pengetua KIK aka KISAS.
Dr. Norhisham berkahwin dengan anak bongsu Ustaz Nik Mahyuddin, Nik Wahidah, adik kepada Mantan Pengarah IPG KPI, Ustazah Nik Samihah.
Ustaz ini ambil Dr. Norhisham dari keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew masa dia form one kemudian dimasukkan ke Kolej Islam Klang (KIK) atau sekarang dikenali nama Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) masa Form 4. KIK Class of 80 (ALKIS 80) dan masuk matric UKM kat SAS Cheras. First Degree dan Master dari UKM.
Kredit Foto: Twitter KKM
By the way, for everyone’s information. The 2 main doctors who are dealing with the COVID pandemic are:
1. Dato Dr Nor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
2. Dato Dr Christopher Lee, Head of Infectious Disease, KKM
Kedua-dua mereka beragama Islam & berbangsa Cina.
Banyak jasa bangsa Cina (Muslim) sebenarnya terhadap negara Malaysia.
Ramai yang tidak tahu Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia itu adalah seorang Cina Muslim. Sangat rajin membaca Al-Quran dan menjaga solat walau di tempat dan saat sukar.
Moga Allah pelihara mereka yang mengetuai perjuangan barisan hadapan dalam menangani wabak Covid-19, sehingga kita berjaya melalui ujian Allah yg kuat ini dgn pertambahan iman tinggi dan aqidah yg mantap. Ameen.
‘Suami liat nak solat.’ Isteri kena tegur walaupun kena maki, jangan putus asa, malah semakin kerap tegur hingga suami berubah dan terbuka hati.
Sememangnya setiap dari kita mengidamkan pasangan yang alim serta menjaga amal, ibadat terutamanya bab solat kerana solat itu adalah tiang agama. Jika solat pun tidak, bagaimana ibadat-ibadat yang lain, pasti diambil ringan juga. Masyallah, minta dijauhkan.
Ikuti perkongsian Ustaz NoorHafiz menerusi video TikToknya, semoga perkongsian ini dapat memberi sinar kepada mereka yang berdepan konflik begini.
Ramai yang mengadu keluarga yang mereka sayangi tidak mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Ada di kalangan mereka yang menyatakan isteri mereka tidak mendirikan solat. Malah ada di kalangan mereka yang mengatakan anak-anak mereka tidak solat.
Isteri Kena Tegur
Tak ketinggalan, ada juga di kalangan mereka yang menyedihkan apabila suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga tidak melaksanakan solat yang sepatutnya. Sepatutnya suami yakni ketua keluara membimbin g keluarga.
Namun sebaliknya pula yang berlaku, isteri dan anak-anak solat tapi ketua keluarga mereka yang tak mendirikan solat. Apa yang perlu kita lakukan, sekiranya kita berada di tempat atau posisi keadaan ini.
Walaupun Kena Maki
Pertama, kita jangan putus asa, sentiasalah kita menyeru ahli keluarga tersebut untuk mendirikan solat. Ajaklah mereka walaupun mereka tak solat, sentiasa ajak mereka secara berhikmah.
Manakala yang kedua, jangan kita putus asa untuk mendoakan kepada mereka. Moga-moga dengan asbab kita lakukan dua perkara ini, satu hari nanti, mereka akan dapat bersama-sama kita mendirikan solat terutamanya solat fardu lima waktu.
Dalam masa yang sama, saya turut mendoakan yang berada dalam situasi atau masalah ini, moga-moga Allah SWT memberi hidayah kepada ahli keluarga kita dan dapatlah kita bersama-sama mendirikan solat dan seterusnya kita dan mereka bahagia, gembira bukan saja di dunia tapi di akhirat sana juga.
Ternyata masalah ini turut di hadapi oleh beberapa warganet, mereka meluahkan rasa apabila usaha mereka menegur suami atau pasangan untuk mendirikan solat masih belum menunjukkan hasil. Ini luahan mereka
Closed
Betul….rasa sedih. Nak tegur, tapi kena maki.
Noni
Saya sudah putus asa, katanya hati belum terbuka..
Azlina6218
Berdoa agar semua ahli keluarga mendirikan solat dan tidak meninggalkan solat.
Emalia83
Saya pun tak berputus asa ustaz… Menegur anak dan suami, tapi memang rasa sedih kalau cakap kita pun anak tak dengar.
Kashoorga Semoga mereka yang berdepan dengan situasi ini terus bersabar dan tak putus asa menasihati pasangan dan anak-anak.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...