Hubungan

‘Baru Seminggu Kahwin Dengan Inai Masih Lekat Di Jari.’ Isteri Reda, Suami Meninggal Kemalangan Depan Mata

Share

‘Baru seminggu kahwin dengan inai masih lekat di jari.’ Isteri reda, suami meninggal kemalangan depan mata. Biarpun pedih, namun sebagai hamba-Nya kita perlu reda dengan Ketentuan.

Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Sudah tentu setelah terlafaznya ijab dan Kabul, pasti setiap dari kita mengharapkan hubungan yang terbina hingga ke hujung nyawa.

Namun bila takdir sebaliknya, tiada siapa pun mampu menghalang selain daripada reda dan berserah. Salam takziah buat isteri arwah dan keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Baru Seminggu Nikah, Pengantin Ditemui Lemas. Sepupu Kongsi Arwah Satu-satunya Anak Lelaki Dalam Keluarga

Baru Seminggu Kahwin

Baru seminggu berkahwin dan inai di jari masih merah, namun Azimah Zahari kini keseorangan apabila suami tercinta maut dalam kemalangan di Jalan Jerantut-Temerloh dekat Kampung Lubuk Kawah.

Dalam kemalangan kira-kira 10 malam, Jumaat lalu, suami Azimah, Hairul Hafizi Mursid, 34, yang menunggang motosikal sendirian dipercayai terlanggar lubang sebelum terjatuh dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Kemalangan menimpa penolong penyelia pasar raya itu turut tular di media sosial, susulan Azimah, 31, yang memandu kereta di belakang motosikal suaminya melihat kemalangan memilukan itu.

@shuhada_82 Salam Takziah Diucapkan Kepada Ahli Keluarga Mangsa.Tak sangka berlaku di tempat kami kemalangan Maut langgar lubang. #kemalangan#maut#stafcowboy #langgarlubang#motosikal #barukahwin#salamtakziah #foryou#berandatiktok ♬ Aku Takut – Repvblik

Dengan Inai Masih Lekat Di Jari

Menurut Azimah, mereka berdua baru melangsungkan perkahwinan tanggal 4 Februari lalu.


“Sebenarnya saya dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 17 selepas tamat waktu bekerja.

“Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada naik motosikal atau kereta tapi Jumaat lalu, kami naik berasingan kerana suami ingin service motosikalnya (pada pagi kejadian),” katanya.

Azimah memberitahu dia mengekori rapat suaminya dari belakang namun dia agak ketinggalan apabila menghampiri lokasi kejadian yang berselekoh dan berbukit.

Isteri Reda

“Saya melepasi tempat suami terjatuh tapi saya pusing semula sebab kenal dengan warna motosikal itu. Saya tidak sangka arwah jatuh terlanggar lubang.

“Ketika dihantar ke hospital dengan ambulans, suami dalam keadaan separuh sedar dan mengerang kesakitan,” katanya.


Lebih memilukan hati Azimah apabila doktor memaklumkan suaminya meninggal dunia kira-kira 10 minit selepas dia mendaftarkan nama suaminya untuk kemasukan ke hospital.

“Saya amat terkejut dan tergamam apabila doktor kata begitu. Macam tak percaya benda ini boleh berlaku dan rasa ralat sangat.

Suami Meninggal

“Kalau saya tahu akan berlaku macam ini, saya takkan benarkan suami naik motosikal,” katanya yang memberitahu jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunian, Chenor pada 4.30 petang semalam.

Walaupun perkongsian hidup mereka hanya sementara, Azimah merasakan kehidupan mereka indah kerana suaminya seorang yang periang, suka tersenyum dan gemar menyakat.

Katanya, arwah yang juga yatim piatu dikenalinya sejak 2016 dan mereka berkongsi hobi sama iaitu suka mengubah suai kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Masa Bertunang, Seminggu Nak Kahwin & Selepas Kahwin, Dugaan ‘Datang’ Berbeza-Beza

Kemalangan Depan Mata

“Arwah suami anak bongsu daripada empat beradik ada meluahkan rasa rindu pada arwah ibunya sebelum ini walaupun tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap,” katanya.


Dia berharap kejadian menimpa suaminya menjadi pengajaran kepada semua pihak dengan jalan berlubang itu dibaiki segera.

“Itulah laluan kami untuk pergi balik kerja dan jalan itu selalu berlopak jadi saya perasan ia berlubang. Janganlah kejadian ini jadi pada orang lain pula,” katanya.

Kashoorga : Semoga arwah diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro, TikTok shuhada_82

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat