Salam takziah buat keluarga Abang Rosliman atau abang Man, yang baharu tiga hari ambil alih tugas melaungkan azan subuh di surau Ar-Rayan, Seksyen 27, Shah Alam.
Sesungguhnya, ini lah kematian yang dicemburui. Menyahut panggilan Illahi di saat memuja Maha Pencipta dan memanggil umat manusia untuk segera bersembahyang.
Artikel berkaitan: Kematian Indah, Ulama Meninggal Dunia Setelah Ucap “Lailahaillallah” Semasa Berceramah
Artikel berkaitan: Lepas Solat Subuh Asar Ucapkan Sayyidul Istighfar, Mohon Ampun PadaNya Diberikan Kematian Sebagai Ahli Syurga
Kejadian yang menyentuh hati ini telah mengejutkan seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam apabila mereka berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini (1 Oktober 2020) cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.
Memetik dari sumber ahli jawatankuasa surau, selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga Encik Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulans tiba di kawasan surau.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan.
Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah. Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw.
Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
Kredit : AJK Surau Ar-Rayan
Kashoorga: Kematian yang dicemburui. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.Innalilahi Wainna Ilaihi Rojiun. Sesungguhnya dariNya kita datang, dan kepadaNya kita dikembalikan. Al Fatihah.
Sumber artikel: facebook
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI