Semua tahu bahawa membasuh anggota wuduk adalah wajib sebelum bersolat. Kita sedia maklum, anggota wuduk dibasuh sebanyak tiga kali. Namun, ada juga sama ada terlupa, disengajakan atau was-was semasa ambil wuduk sehingga terlajak lebih daripada tiga kali membasuh anggota badan.
Kita ikuti penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang hal ini. Dalam mendirikan solat, ada sebab mengapa Allah telah aturkan tertibnya atau dalam bahasa popular sekarang SOP nya.
Soalan: Assalamualaikum w.b.t Saya selalu melihat ada orang berwuduk dan membasuh anggota wuduk berkali-kali. Mencuci wajah dan tangan berkali-kali, berkemungkinan empat atau lima kali. Apakah hukumnya serta adakah ia dibenarkan? Harap Datuk Mufti dapat beri pencerahan.
Jawapan : Firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ Maksudnya :“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah : 6)
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyebutkan rukun wuduk ada enam. Empat daripadanya adalah berdasarkan ayat al-Quran iaitu membasuh muka, membasuh kedua tangan, menyapu sebahagian kepala dan membasuh kedua kaki. Manakala dua yang berbaki adalah berdasarkan sunnah iaitu niat dan tertib. Anggota-anggota wuduk yang wajib untuk dibasuh
Ads
Oleh itu, secara ringkasnya kita dapat ketahui bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh ialah :
Seluruh muka beserta niat.
Membasuh tangan hingga ke siku.
Membasuh sebahagian daripada kepala sekurang-sekurangnya membasahkan tiga helai rambut
Membasuh kaki sehingga ke buku lali.
Hendaklah membasuh anggota-anggota tadi mengikut tertib.
Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut maka hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkad). Ini seperti membaca Basmalah ketika mula mengambil wuduk, membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung, membasuh seluruh kepala, membasuh kedua-dua telinga, memulakan setiap anggota dengan anggota sebelah kanan, melaksanakannya secara berturut-turut, menggosok, membasuh setiap anggota dengan tiga kali basuhan dan lain-lain.
Sunat membasuh setiap anggota wuduk dengan tiga kali basuhan Syeikh Daud al-Fatani menyatakan bahawa dikira tiga kali bagi air yang mengalir dengan melalui tiga kali olak (pengaliran) air ke atas anggota berkenaan, dan bagi air yang tenang dengan digerak-gerakkan anggota sebanyak tiga kali. Membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali basuhan
Ads
Walau bagaimanapun, di dalam riwayat Abdullah bin Amr ada menceritakan bahawa : جاءَ أعرابيٌّ إلى النَّبيِّ -ﷺ- يسألُهُ عنِ الوُضوءِ؟ فأراهُ الوُضوءَ ثلاثًا، ثمَّ قالَ : هكَذا الوُضوءُ فمَن زادَ على هذا فقَد أساءَ وتعدّى، وظلمَ Maksudnya : “Seorang Arab Badwi telah datang bertemu Nabi SAW, bertanyakan mengenai (cara) wuduk? Baginda telah mengajarkannya supaya berwuduk dengan tiga kali basuhan (bagi setiap anggota). Kemudian, baginda bersabda : Beginilah cara berwuduk (yang benar), sesiapa yang menambah daripada ini (melebihi 3 kali basuhan), maka dia telah melakukan keburukan, melampaui batas dan berlaku zalim.” Riwayat al-Nasaie (140)
Para ulama telah menyatakan bahawa membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali adalah makruh hukumnya. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi ada menyebutkan : وَقَدْ أَجْمَعَ الْعُلَمَاءُ عَلَى كَرَاهَةِ الزِّيَادَةِ عَلَى الثَّلَاثِ وَالْمُرَادُ بِالثَّلَاثِ الْمُسْتَوْعِبَةِ لِلْعُضْوِ وَأَمَّا إِذَا لَمْ تَسْتَوْعِبِ الْعُضْوَ إِلَّا بِغَرْفَتَيْنِ فَهِيَ غَسْلَةٌ وَاحِدَةٌ
Maksudnya :“Para ulama telah bersepakat (Ijma’) bahawa hukumnya adalah makruh (membasuh anggota wuduk) melebihi tiga kali. Dan yang dimaksudkan dengan tiga kali basuhan tersebut ialah aliran air yang mengenai seluruh anggota. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan.”
Imam Syafie juga ada menyebutkan mengenai perkara ini di dalam kitabnya : وَلَا أُحِبُّ لِلْمُتَوَضِّئِ أَنْ يَزِيدَ عَلَى ثَلَاثٍ وَإِنْ زَادَ لَمْ أَكْرَهْهُ Maksudnya : “Dan aku tidak suka bagi seseorang yang berwuduk untuk menambah (dalam basuhannya) melebihi tiga kali. Akan tetapi, sekiranya dia menambah (melebihi), aku tidak memakruhkannya.”
Ads
Imam al-Nawawi menerangkan bahawa maksud perkataan Imam Syafie ‘tidak memakruhkannya’ di atas ialah ‘tidak mengharamkannya’. Begitu juga, dengan kenyataan Imam Syafie yang lain menyebutkan bahawa beliau tidak suka jika seseorang melebihi 3 kali basuhan (ketika berwuduk), akan tetapi sekiranya dia buat, perkara tersebut tidak memudaratkannya iaitu tidak berdosa. Ini menunjukkan bahawa perbuatan melebihi tiga kali basuhan bagi setiap anggota ketika berwuduk adalah makruh.
Sekalipun membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali makruh hukumnya, perbuatan tersebut tidak membatalkan wuduknya selagi mana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna. Wuduknya tetap sah.
Hal ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi : إذَا زَادَ عَلَى الثَّلَاثِ فَقَدْ ارْتَكَبَ الْمَكْرُوهَ وَلَا يَبْطُلُ وُضُوءُهُ هَذَا مَذْهَبُنَا وَمَذْهَبُ الْعُلَمَاءِ كَافَّةً وَحَكَى الدَّارِمِيُّ فِي الِاسْتِذْكَارِ عَنْ قَوْمٍ أَنَّهُ يَبْطُلُ كَمَا لَوْ زَادَ فِي الصَّلَاةِ وَهَذَا خَطَأٌ ظَاهِرٌ
“Sekiranya seseorang menambah (basuhan) lebih daripada 3 kali, maka dia telah melakukan perbuatan yang makruh. Namun, (perbuatan itu) tidaklah membatalkan wuduknya. Ini adalah merupakan mazhab kami (Syafie) dan mazhab kebanyakan ulama. Al-Darimi telah menukilkan daripada segolongan ulama di dalam kitabnya al-Istizkar, bahawa wuduk terbatal, sebagaimana (hukum) sekiranya seseorang menambah-nambah (rukun) di dalam solatnya. Pendapat ini telah jelas kesilapannya.”
Kesimpulannya Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa membasuh anggota wuduk secara melebihi tiga kali basuhan adalah makruh. Akan tetapi, wuduknya tetap sah dan tidak membatalkan wuduknya selagimana air diratakan ke seluruh anggota wuduk dengan sempurna.
Walau bagaimanapun, basuhan tersebut hanya dikira setelah dia sempurna mengalirkan air (membasuh) ke seluruh anggota wuduk berkenaan. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman contohnya. Maka, dua kali siraman itu, baru dikira satu kali basuhan. Imam al-Ramli ada menyebutkan bahawa syarat sebelum membasuh untuk kali kedua dan ketiga adalah perlu menyempurnakan basuhan wajib (yang pertama).
Marilah sama-sama kita renungi kata-kata Syeikh Mulla Ali al-Qari yang menyatakan berlebihan dalam berwuduk seperti menambah lebih dari tiga kali basuhan, tidak ada kebaikan dalam perkara yang berlebihan tersebut.
Semoga bermanfaat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita selalu anggap hubungan antara lelaki dan wanita itu biarlah dimulakan oleh lelaki. Wanita malu nak memulakan salam perkenalan. Jadi, kalau suka pada seseorang lelaki itu pun, wanita akan pendam. Dengan harapan angin lalu akan membawakan perkhabaran bahawa kamu menyukai dia. Begitukah?
Wanita lebih bersikap menunggu kerana tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh mengharapkan hubungan dengan lelaki. Apatah lagi dengan adanya perumpamaan seperti perigi mencari timba. Hal ini mengekang wanita untuk bertindak memulakan hubungan silaturahim yang boleh membawa kepada pernikahan.
PANDANGAN NEGATIF
Sebenarnya peribahasa perigi cari timba ialah situasi masyarakat Melayu yang menghalang perhubungan yang baik berlangsung. Masyarakat Melayu beranggapan perhubungan yang mendorong ke arah pernikahan hendaklah dimulakan oleh pihak lelaki manakala pihak wanita lebih kepada menerima salam yang dihulur.
Wanita yang berani menghulur salam perkenalan kepada lelaki dianggap wanita murahan. Hal ini tidak benar dan perlu diperbetulkan. Niat untuk berkahwin ada pada lelaki dan wanita. Jadi tidak salah jika wanita yang memulakan perkenalan. Ini kerana da lelaki yang kurang berkeyakinan untuk memulakan perkenalan. Apatah lagi jika wanita itu lebih tinggi darjatnya.
HANTARKAN WAKIL
Justeru salahkah jika wanita yang menghulur salam perkenalan terlebih dahulu?
Dalam Islam, tiada menetapkan siapakah yang perlu memulakan salam perkenalan. Baik lelaki memahupun wanita, jika berkeinginan untuk berkahwin, boleh sahaja suarakannya kepada pihak yang berkenaan.
Namun disebabkan wanita tebal rasa malunya, maka seelok-eloknya hantarlah pihak ketiga atau wakil untuk menyuarakan isi hati itu. Ini menunjukkan tidak salah jika wanita itu sudah berjumpa dengan lelaki yang dia rasakan layak untuk memimpinnya sebagai isteri, maka suarakanlah isi hati itu mengikut saluran yang betul.
Menghantar wakil lebih baik berbanding wanita itu sendiri yang menyampaikan salam perkenalan. Ini kerana jika salam perkenalan itu ditolak, wanita itu lebih berasa malu.
Kita lihat sejarah pada zaman Nabi Muhamad s.a.w dahulu. Baginda memiliki ciri-ciri seorang lelaki yang hebat lantas menarik hati Siti Khadijah r.a. Wanita agung ini menyuarakan keinginan untuk bersuamikan Nabi Muhamad melalui bapa saudaranya untuk merisik Nabi Muhamad.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Malah ramai juga mengetahui résipi sebenar kejayannya dari dulu hingga sekarang adalah kerana didikan orang tanya termasuk ayah kesayangan kepada Siti Nurhaliza., arwah Pakcik Tarudin.
Dalam posting di laman Instagramnya, Siti mengenang kembali kisah gurau senda dirinya dengan ayah tercinta.
Gurauan itu tetap segar diingatannya termasuk kisah sedapnya suara Siti adalah disebabkan makan ikan yang dipancingnya.
Malah lebih mengharukan ikan berkenaan jadi lauk untuk mereka sekeluarga. Biarpun hidup sederhana, dalam mereka tetap bahagia dan bersyukur dengan rezeki diberikan Allah.
Diuji dengan kehidupan sederhana ini juga membuatkan mereka sekeluarga tak lupa untuk terus bersyukur. Dan itulah jadi pegangan Siti hinggalah sekarang.
Biapun ayah tersayang sudan dijemput Illahi, namun didikan serta kasih sayang arwah ayahnya akan terus mengalir pada mereka adik beradik.
“Arwah abah pernah bergurau dengan saya.. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing ..
“itulah Arwah Abah , insan yang suka bergurau .. tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu , kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing.Itulah rezeki untuk anak anak …
“nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji , baru boleh enjoy lebih skit.. gaji Rm 700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta..
“Tapi bila bersyukur, Allah swt bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya .. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur….
Pekongsiannya ini juga mendapat respon warganet. Masing-masing bersetuju dengan konsep syukur yang diamalkan oleh keluarga penyanyi kesayangan ramai ini.
fazita77 Setuju bab ct kata syukur tu, bila syukur Allah tmbh LG mmg betul Sgt, bgitu jgk pegangan sy sntiasa syukur.. Syukur.. Syukur
iammissnick Al fatihah. Msti arwah bangga ade ank mcm dato @ctdk .. hasil syukur apa adanya tula,rezeki skrg ni makin melimpah.
mellyzasq Sesungguhnya keajaiban bersyukur itu tiada bandingan.. Selalu juga ingatkan diri Ini sentiasa bersyukur..
angah8071 Alhamdulillah. Syukur tanda kita seorang hamba. Dan Allah rindu dengan hamba-Nya yg bersyukur
‘Dapat semua anak perempuan, jangan bersedih.’ Walaupun susah jaga berbanding anak lelaki, ada berkatnya. Ketahuilah setiap anak yang dikurniakan ada rezekinya dan juga ada berkatnya.
Tidak dinafikan, selepas berkahwin, tentulah pasangan suami isteri mengharapkan anak pertama adalah lelaki dan bukan anak perempuan sulung. Bila besar nanti mampu menjaga adik-adiknya dan pewaris keluarga.
Malah, mungkin ada yang kata, jaga anak perempuan sangat susah. Masa kecil bolehlah jadi peneman mak tapi bila besar, taatnya hendaklah pada suami.
Tapi, janganlah sedih, jika rezeki dapat anak perempuan sulung. Itu tanda berkat anak perempuan.
Dalam perkongsian video oleh Ustaz Muhaizad sendiri turut menceritakan perihal anak Rasulullah yang kesemuanya adalah perempuan.
Jangan Bersedih
Dalam video itu, ustaz turut mengatakan, Rasullullah bersabda, sesiapa yang bahagiakan 3 hingga 4 orang anak perempuan, syurgalah baginya. Sebab jaga anak perempuan susah dan tak sama dengan jaga anak lelaki.
Kita sebagai mak ayah, bila anak perempuan sudah berkahwin, jangan sesekali ganggu sebab dia sudah jadi milik orang. Jangan memaksa sehingga bercanggah dengan suami.
Terima hakikat, perempuan wajib kena taat suami.
Bagi anak lelaki, kena taat pada ibunya.
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...