Bau busuk mulut orang berpuasa, lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi. Tidak dapat dielak, bau mulut kita akan bertambah kuat bila berpuasa.
Tetapi percayalah bau busuk orang berpuasa ini tidak sia-sia. Namun jika bau mulut seseorang itu keterlaluan, adakah dibenarkan untuk mereka bersugi di siang hari.
Ikuti penjelasan Jabatan Mufti Negeri Perlis ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan:
Soalan:
Bersugi itu sunat, tapi kenapa ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat jemaah ataupun di pejabat?
Orang Berpuasa
Jawapan Dr MAZA:
1. Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari.
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ads
Lebih Harum
2. Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:
“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
3. Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain.
Apatah lagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.
Di Sisi Allah
4. Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini.
Ads
Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut.
5. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat.
Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah.
Apatah lagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.
Daripada Haruman Kasturi
6. Maka galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih merupakan asas dalam amalan muslim.
Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:
Ads
السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ
“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).
7. Adapun dakwaan bahawa ubat gigi yang ada sekarang tidak boleh digunakan kerana ada rasa tertentu, ini tidak kukuh kerana kayu sugi zaman dahulu juga ada rasa yang tersendiri. Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.
Ramai yang suka makan petai dan jering walaupun ia mengeluarkan bau yang sangat menyengat atau lebih tepat lagi busuk.
Bau busuk dari petai disebabkan ia mengandungi sebatian bersulfur yang menyebabkan mulut berbau dan urin busuk. Begitu juga dengan jering ia mengandungi asid jenkolik yang bertoksid. Kelemahan ketara petai dan jering ialah pada baunya yang menyebabkan orang sekeliling yang terganggu.
Dalam hukum Islam memakan kedua-dua ulam ini memang tidak dijelaskan. Namun hukum memakannya dapat disamakan dengan hadis yang menerangkan memakan bawang putih dan merah yang keduanya memiliki aroma yang tajam.
Ada sebahagian makanan atau minuman yang dilarang dalam agama, ada juga yang hanya makruh hukumnya dan ada juga yang halalan thoyyiban, seperti petai dan jering ini. Sebenarnya jenis makanan ini tidak pernah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW; عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه في فتح خيبر أن النبي صلى الله عليه وعلى آله وسلم قال: “من أكل من هذه الشجرة الخبيثة شيئاً فلا يقربنا في المسجد”، فقال الناس: حرمت، حرمت، فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فقال: “أيها الناس إنه ليس بي تحريم ما أحل الله لي، ولكنها شجرة أكره ريحها
“Dari Abi Sa’id al Khurdry ketika penaklukan Khaibar, Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Siapa yang memakan dari pohon yang berbau ini (bawang merah dan bawang putih) maka janganlah mendekati masjid.’ Orang-orang pun langsung bercerita-cerita tentang sabda nabi ini, mereka mengatakan: ‘Diharamkan, diharamkan.’ Hingga sampailah isu ini ke Rasulullah SAW, maka beliau bersabda: ‘Wahai umat manusia, sesungguhnya saya tidak mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, akan tetapi pohon ini, aku tidak suka baunya,” (H.R Muslim).
Dari hadis ini, jelaslah bahawa bawang merah dan bawang putih tidaklah dilarang. Akan tetapi nabi hanya tidak suka baunya saja, kerana akan mengganggu keselesaan orang sekeliling, sehingga nabi melarang orang yang memakannya masuk masjid, yang menyebabkan orang lain hilang tumpuan ketika solat.
Bagaimanapun, bawang yang telah dimasak tidak mengeluarkan bau selepas memakannya, maka ia tidak akan mengganggu ketenteraman sekeliling, maka tidak menjadi masalah kepada kita untuk ke masjid.
Begitu juga dengan petai dan jering, jika sudah dimasak ia kurang mengeluarkan bau yang kuat malah kita boleh menggosok gigi atau mengunyah gula-gula getah sesudah makan bagi menghilangkan bau mulut.
Akan tetapi ada yang memakruhkannya dengan alasan, baunya memberi mudarat kepada orang lain kerana Nabi sangat menganjurkan agar kita selalu menjaga kenyamanan dan jangan pernah mengganggu orang lain.
Kesimpulannya, kita dibolehkan makan petai dan jering, tetapi jangan terlalu banyak kerana bimbang tidak disenangi orang sekeliling.
Dalam masa sama, petai juga akan menyebabkan angin dalam badan kerana proses penghadaman yang lambat. Manakala, asid jenkolid pada jering akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang jika dimakan kerap dan banyak.
Kashoorga: Apa pun yang kita makan, seharusnya diambil dalam kadar sederhana dan tidak mengganggu orang sekeliling.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sekarang kita berada di pertengahan bulan Zulkaedah. Tidak lama lagi hari raya haji akan diraikan. Satu dari kebesarannya ialah ibadah korban. Satu bahagian lembu bermula dari RM650 ke atas dan ia satu peningkatan kos agak ketara berbanding tahun sebelumnya.
Bagi anak-anak yang berkemampuan dan memiliki sedikit kesenangan, adakah dibolehkan untuk mengambil satu bahagian ibadah korban untuk ibu ayah yang sudah meninggal dunia? Ini penjelasan Mufti mengenai hukum lakukan ibadah korban untuk ibu bapa kita yang sudah meninggal.
JAWAPAN:-
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Yang muktamad dalam mazhab Syafie ialah tidak boleh melainkan jika diwasiatkan. Ini kerana korban ialah ibadah dan satu daripada prinsip ibadah ialah tidak dilakukan untuk orang lain melainkan jika adanya dalil.
Pendapat yang tidak muktamad dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa korban ini termasuk dalam kategori bersedekah bagi orang yang telah meninggal dunia. Maka dibolehkan walaupun tanpa wasiat dan ini dikatakan memberi manfaat kepada si mati. Sila rujuk kitab al-Mu`tamad oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (2/490).
Daripada Aisyah, bahawa seorang lelaki berjumpa Nabi SAW dan bertanya:
Maksudnya: Wahai Rasulullah sesungguhnya ibuku mati secara mendadak tanpa sempat berwasiat, aku kira kalau beliau sempat berbicara (untuk wasiat) nescaya dia akan bersedekah, adakah baginya pahala kalau aku yang bersedekah bagi pihaknya? Kata Nabi SAW: Benar.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Wallahuaʿlam.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kita ada Allah, mintalah pada Dia. ‘Benarkah minta tolong dengan malaikat jatuh syirik?’ Sebenarnya sebagai manusia biasa, kita tak layak menjatuhkan seseorang itu syirik.
Tidak dinafikan adalah lebih baik kita meminta pertolongan kepada Allah SWT. Minta tolong pada malaikat sekalipun jika dipermudahkan ianya adalah atas izin dari-Nya.
Ikuti perkongsian Dr Asyran tentang bolehkah manusia meminta pertolongan atau berdoa kepada malaikat selain Allah SWT.
Nabi Muhammad saw sendiri yang ajar minta tolong dengan Malaikat. Takkanlah syirik? Ini adalah hadis yang Nabi ajarkan umatnya meminta tolong pada malaikat kalau sesat di jalanan:
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( إن لله عز و جل ملائكة سوى الحفظة يكتبون ما سقط من ورق الشجر فإذا أصاب أحدكم عرجة بأرض فلاة فليناد أعينوا عباد الله يرحمكم الله تعالى )
Mafhumnya:
Daripada Ibn Abbas (Semoga Allah meredai keduanya) bahawasanya Rasulullah Sollallahu ‘alayhi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat selain malaikat hafazah, malaikat itu menulis setiap helaian daun yang gugur daripada pohon-pohon, apabila salah seorang kalian mengalami kesukaran (mencari jalan pulang kerana sesat) di hamparan padang pasir yang terbentang maka hendaklah dia menyebut, ‘Wahai Hamba Allah (yakni malaikat tersebut) Tolonglah!’ Maka Allah akan merahmati kamu (dengan bantuan malaikat itu)”
Benarkah Minta Tolong
Contoh mudah:
Kita tinggalkan anak di asrama, pesan dekat pengurusan sekolah, jaga anak saya. Mana mungkin perkara sebegini syirik?
Malaikat dengan warden mana afdhal?
Kalau minta dengn warden pun tak syirik, kenapa minta malaikat jadi syirik?
Beginilah situasinya orang kata mengaji dengan literalis tak habis. Akhirnya memperbodohkan akal. Lagi satu, ini bukan bab Tawassul walaupun ia ada kaitan. Ini Bab Isti’anah dan Istighatsah.
.
Dengan Malaikat Jatuh Syirik?
Contoh Istighastah:
“Kerajaan tolonglah turunkan taarif elektrik dan harga petrol, kami rakyat ini sengsara!”
Takkanlah ini jadi syirik?
Kenapa minta Kerajaan, kenapa tak minta Allah?
Sebab itulah kena faham masalah kalam zahir atas jalan sebab (majazi) dan kalam atas jalan hakikat!
Dalam Islam seorang isteri memang wajib taat pada suami. Namun begitu ada kala isteri berdepan dengan situasi yang membuatkan mereka dalam keadaan serba salah.Antaranya...