Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan, kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Melalui perkongsian Da’i Wan di laman Facebooknya, Da’i Wan berkongsi ciri-ciri peribadi Nabi Muhammad SAW yang harus diteladani sebagai seorang suami.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalinan kasih yang akrab dengan isterinya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, Nabi terkadang akan bawa isteri baginda bersiar-siar. Tanpa kita ketahui, ia merupakan suatu sunnah sebenarnya. Mungkin ada antara kalian yang telah mengetahuinya dan mungkin juga yang baru kali pertama ketahuinya hari ini. Ya, tidak apa-apa. Saya kongsikan knowledge ini khas utk penambahan ilmu buat kalian.
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah SAW, apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah radha dan selalu berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila Baginda ingin keluar, Baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Rasulullah SAW juga senang untuk membawa Aisyah Radha untuk keluar dan makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah Radha tidak turut diundang.
See, told you. Tak ramai yang tahu pasal bahagian dari Sunnah ini. Kepada pasangan yang telah halal di luar sana, pergilah kalian melaksanakan sunnah ini jika kelapangan. Moga ia menguatkan tali jalinan kasih sayang antara suami dan isteri itu. Ingat, hidup berdua adalah lebih baik kerana ia suatu ibadah yang berpahala berpanjangan.
Kesimpulannya suami perlu luangkan sedikit masa untuk bersama isteri. Dalam kesibukan dengan tugas seharian, sisihkan waktu khusus agar momen itu dapat digunakan untuk mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Sumber kredit: FB: Da’i Wan
https://www.youtube.com/watch?v=BgonYFU7vCM
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI