Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan, kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Melalui perkongsian Da’i Wan di laman Facebooknya, Da’i Wan berkongsi ciri-ciri peribadi Nabi Muhammad SAW yang harus diteladani sebagai seorang suami.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namundi sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalinan kasih yang akrab dengan isterinya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, Nabi terkadang akan bawa isteri baginda bersiar-siar. Tanpa kita ketahui, ia merupakan suatu sunnah sebenarnya. Mungkin ada antara kalian yang telah mengetahuinya dan mungkin juga yang baru kali pertama ketahuinya hari ini. Ya, tidak apa-apa. Saya kongsikan knowledge ini khas utk penambahan ilmu buat kalian.
Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah SAW, apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah radha dan selalu berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila Baginda ingin keluar, Baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama.
Rasulullah SAW juga senang untuk membawa Aisyah Radha untuk keluar dan makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah Radha tidak turut diundang.
Tak ramai yang tahu pasal bahagian dari Sunnah ini. Kepada pasangan yang telah halal di luar sana, pergilah kalian melaksanakan sunnah ini jika kelapangan. Moga ia menguatkan tali jalinan kasih sayang antara suami dan isteri itu. Ingat, hidup berdua adalah lebih baik kerana ia suatu ibadah yang berpahala berpanjangan.
Kesimpulannya suami perlu luangkan sedikit masa untuk bersama isteri. Dalam kesibukan dengan tugas seharian, sisihkan waktu khusus agar momen itu dapat digunakan untuk mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Untuk bawa isteri bersiar-siar tak perlu tempat mahal pun. Boleh saja bawa ke pantai, kawasan rekreasi yang percuma dan cantik dan sebagainya. Asal bersama suami, isteri dah pun gembira.
Sumber kredit: Facebook Da’i Wan