Pada zaman sekarang kebanyakan kita pasti ada hutang baik hutang kereta, rumah, pinjaman pelajaran mahu peribadi, kad kredit dan sebagainya lagi.
Ada juga kalangan kita gajinya memang agak selesa tapi dek hutang yang banyak, baki yang tinggal hanya sedikit. Cukup-cukup makan.
Dalam masa yang sama, golongan ini ada kesedaran untuk membayar zakat pendapatan, cuma bila dalam situasi begini timbul persoalan mana satu yang perlu didahulukan. Bayar hutang atau bayar zakat pendapatan?
Jawapan kepada persoalan ini dihuraikan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Para fuqaha’ menjelaskan bahawa zakat merupakan tuntutan yang wajib. Ia berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Surah al-Taubah (103)
Begitu juga kewajipan membayar hutang adalah wajib berdasarkan sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Maksudnya: Roh orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya (hutang tersebut).
Riwayat al-Tirmizi (1078)
Bayar hutang atau tunai zakat, mana satu perlu diutamakan
Justeru, berdasarkan dalil-dalil yang telah disebutkan, jelaslah bahawa hutang dan zakat ialah suatu kewajipan yang wajib ditunaikan oleh seseorang Muslim. Bagi seorang Muslim yang memiliki harta yang telah mencapai nisab dan tempoh tertentu maka dia wajib mengeluarkan zakatnya, demikian juga bagi seseorang yang memiliki hutang maka ia wajib membayarnya.
Namun begitu, jika seseorang menghadapi dua kewajipan dalam suatu masa (membayar hutang secara segera dan mengeluarkan zakat), dan keadaan kewangannya agak terhad (tidak dapat membayar kedua-duanya sekaligus), maka yang mana satu patut didahulukan? Para ulama’ menjelaskan berkenaan hal ini seperti berikut:
“Dan sekiranya berhimpun hutang dan zakat ke atas orang yang masih hidup dan sempit hartanya (kewangannya agak terhad), iaitu jika dia mahjur ‘alaih (terhalang daripada menggunakan harta disebabkan hutang), maka didahulukan hak manusia (hutang), namun jika tidak terhalang (disebabkan hutang) maka didahulukan zakat ke atasnya”. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 3/133; Hasyiyah al-Jamal, 2/290).
Imam al-Suyuti berkata:
“Bahkan didahulukan hak-hak manusia (hutang) dan dikemudiankan hak-hak Allah selagi mana orang itu masih hidup. Dan antara contoh masalah ini antaranya, apabila berhimpunnya hutang dan zakat (iaitu didahulukan membayar hutang ke atas zakat)”. (Rujuk: al-Asybah wa al-Naza’ir, 1/355).
Darul Ifta’ Mesir ketika mengulas berkenaan hal ini berkata:
Ads
“Adapun seseorang sekiranya ada hutang ke atasnya dan (dalam masa yang sama) telah tiba masanya untuk mengeluarkan zakat, maka ditentukan ke atasnya untuk melangsaikan hutangnya terlebih dahulu, kemudian membayar zakat jika masih lagi berbaki hartanya setelah itu (membayar hutang), sekiranya harta yang berbaki itu mencukupi syarat-syarat dan kadar wajib untuk mengeluarkan zakat harta”. (Rujuk: https://www.elbalad.news/3948532).
Justeru, jelaslah bahawa bagi seseorang yang diwajibkan ke atasnya zakat dan hutang pada masa yang sama, maka hendaklah didahulukan untuk membayar hutang ke atas zakat sekiranya hartanya tidak mencukupi. Dalam hal ini para ulama’ menyebutkan:
“Hal ini kerana hak manusia (hutang) itu dibina atas kesempitan dan kebakhilan, maka didahulukan ke atas hak Allah SWT (contohnya zakat) yang dibina di atas kemudahan dan tolak ansur, seperti mana didahulukan qisas ke atas bunuh dalam masalah orang yang murtad”. (Rujuk: Kifayah al-Nabih fi Syarh al-Tanbih, 6/69).
Kesimpulan
Setelah meneliti perbahasan di atas, justeru jelaslah bahawa sekiranya seseorang diwajibkan zakat dan hutang ke atasnya serta hartanya tidak mencukupi maka hendaklah didahulukan untuk membayar hutang.
Kemudian jika masih berbaki hartanya, dan cukup syarat untuk mengeluarkan zakat maka hendaklah dikeluarkan zakat. Adapun sekiranya kewangannya mencukupi, maka hendaklah dilangsaikan kedua-duanya sekaligus kerana kedua-duanya merupakan tuntutan wajib.
Walau bagaimanapun, sekiranya hutang itu adalah hutang jangka masa panjang, maka hutang tersebut tidak mengurangi kewajipan zakat sedikitpun. Yang menjadi masalah hanyalah sekiranya hutang tersebut perlu dibayar bersamaan dengan waktu yang diwajibkan zakat ke atasnya.
Wallahu a’lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Mula benci, sudahnya jatuh hati.’ Ceramah agama di media sosial tarik minat wanita ini peluk Islam. Begitulah permulaan wanita ini sebelum mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Benarlah hidayah adalah milik-Nya dan buktinya wanita ini daripada benci pada Islam akhirnya jatuh hati.
Persepsi buruk terhadap Islam membuatkan seorang wanita, Orang Asli keturunan Temiar ingin mengetahui kebenaran perkara tersebut dengan menonton ceramah-ceramah mengenai Islam di media sosial.
Namun, selepas menonton beberapa ceramah daripada penceramah bebas, hati Siti Hawa, 19, terpesona dengan kata-kata indah penceramah berkenaan mengenai Islam. Seterusnya menjentik pintu hatinya.
Sudahnya Jatuh Hati
“Saya tidak kenal mereka tetapi setiap kali muncul di media sosial, saya akan melihat dan menghayatinya,” katanya.
PPI menempatkan anak-anak Orang Asli yang mendalami ilmu asas agama Islam.
Jelas Siti Hawa, kini antara pendakwah bebas yang diminatinya ialah Ebit Lew dan Prof Dr Abdul Somad Batubara.
Ceramah Agama
Menurut Siti Hawa, niatnya untuk memeluk Islam semakin kuat apabila dia bermimpi dibelit dan dipatuk ular besar.
Tidak puas hati dengan mimpi yang membawa kesan mendalam itu, Siti Hawa cuba mencari maksudnya dan dimaklumkan ia antara seksa kubur terhadap mereka yang melakukan dosa.
Katanya, selepas beberapa lama berfikir dan berdoa, dia kemudiannya mengambil keputusan mengucap syahadah di hadapan seorang pegawai agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) awal Februari lalu di kampungnya, Kampung Kuala Wok, Gua Musang.
Di Media Sosial
“Ahli keluarga pada mulanya menghalang niat saya untuk memeluk Islam tetapi sebulan kemudian mereka bersetuju termasuk ibu kerana saya tidak pernah penat memujuknya,” katanya.
Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya.
Siti Hawa yang dibesarkan dalam keluarga beragama Kristian itu menjelaskan, kini dia sudah boleh membaca surah-surah pendek dan mahu mendalami lebih banyak lagi ayat al-Quran.
Tarik Minat Wanita Ini Peluk Islam
Ketika ditanya mengenai puasa Ramadan, Siti Hawa katakan dia akan berusaha berpuasa penuh walaupun sebelum ini tidak pernah melakukannya.
“Ramadan tahun ini penuh bermakna bagi saya dan insya-ALLAH saya akan berpuasa penuh,” katanya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Tengku Bendahara Gua Musang itu memberitahu, dia membuat pilihan untuk mendalami Islam di PPI selepas tamat belajar.
“Saya harap diberi kekuatan untuk belajar lebih banyak mengenai Islam selain boleh mendalami al-Quran dengan lebih baik,” katanya.
Kecoh di media sosial Gurun Sahara dan Arab Saudi turun salji. Sebagai mana diketahui, Gurun Saharamerupakan gurun panas terbesar di dunia dengan keluasan 9,400,000 km persegi. Perkataan Sahara berasal daripada perkataan Arab – ( صحراء (bantuan·maklumat)) – yang bermaksud padang pasir.
Sebagai gurun panas, apabila Gurun Sahara turun salji ia merupakan berita dianggap istimewa dan ada mengaitkannya dengan akhir zaman, petanda untuk kiamat berlaku.
Kala ini Sahara diselimuti salji setebal 40 sentimeter. Hal ini terjadi akibat perubahan cuaca ekstrem. Para ahli pakar menyatakan bahawa fenomena salji lebat ini juga disebabkan kerana terjadinya ribut kuat sehingga 120 batu sejam dari Laut Merah mendorong udara sejuk menuju jauh ke Selatan.
Fenomena ini adalah disebabkan Selatan Eropah sedang mengalami suhu dingin di mana wilayah Selatan Arab berhampiran dengan negara-negara Selatan Eropah sedang mengalami perubahan cuaca. Tekanan tersebut menyebabkan udara dingin bergerak dari Afrika Utara ke Gurun Sahara. Kerana fenomena inilah Gurun Sahara dan Arab Saudi mengalami salji sebagai dikecohkan.
Untuk makluman semua, fenomena salji turun di Gurun Sahara dan Arab Saudi bukan kali pertama berlaku dan ia bukan fenomena terlalu aneh. Gurun Sahara diliputi salji ini pernah berlaku pada tahun 1979, 2016, dan 2017.
Manakala salji di Arab Saudi juga bukan kali pertama terjadi terutama di Tabuk, Arab Saudi. Jika mengatakan salji turun di Makkah atau Madinah, ia mungkin agak mustahil kerana fenomena ini tidak pernah berlaku tetapi di Tabuk, Arab Saudi. Malah ia juga bukan kali pertama tapi sudah banyak kali iaitu pada tahun 2016.
Perubahan cuaca ekstrem ini mengakibatkan dunia mengalami perubahan. Malah salji turun di Arab Saudi bukanlah perkara pelik kerana kejadian sama pernah dilaporkan berlaku pada April 2019.
Ahli Meteorologi Kanan AccuWeather, Eric Leister berkata, salji berkenaan terhasil akibat ribut yang beredar dari selatan Eropah.
“Ribut yang kuat berlaku di selatan Eropah dan Mediterranean serta menuju ke Timur Tengah minggu lalu, menolak udara sejuk ke benua berkenaan yang menghasilkan salji. Ia bukanlah perkara gila untuk mereka menerima salji, ia hanya cuaca kering,” katanya.
Ribut yang sama juga menyebabkan berlakunya banjir besar dan runtuhan salji di Iran, Pakistan dan Afghanistan.
Jadi janganlah menganggap turunnya salji ini adalah petanda akhir kiamat kerana ia hanya perubahan cuaca sahaja. Apa yang penting, kita menguatkan iman kita dan menjaga tingkah laku kita agar apa saja terjadi, iman kita tetap kukuh.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Masuk sahaja ke surau atau bilik solat wanita pada hari ini, akan terlihatlah pelbagai jenis kain dan rekaan telekung yang digayakan oleh jemaah wanita. Ada yang berenda, kain jenis lycra, berwarna-warni dan bermacam lagi. Namun persoalan yang sering ditimbulkan ialah hukum solat orang yang memakai telekung yang kita anggap ‘berfesyen’ ini. Untuk itu, kita perlu melihat beberapa perkara.
Perkara pertama tentang pakaian solat adalah ia perlu menutup aurat secara sempurna. Antara ciri-ciri pakaian yang menutup aurat ketika solat adalah pakaian yang tidak memperlihatkan atau menggambarkan apa di sebalik kain yang menutupi tubuh. Bahkan seharusnya tidak memperlihatkan rupa bentuk atas sebab ketatnya pakaian itu atau jarang serta nipisnya pakaian tersebut sehingga boleh menampakkan warna kulit.
Maka pakaian yang menutup aurat seseorang itu haruslah menutupi keseluruhan tubuh (kecuali muka dan kedua tangan) dan tidak menampakkan anggota tubuh atau warna kulit atas sebab longgar mahupun nipisnya kain. Tidaklah longgar itu dimaksudkan dengan selonggar-longgarnya namun apa yang penting adalah tidak menjelaskan rupa bentuk tubuh terutama pada bahagian tertentu seperti dada dan lain-lain. Di samping, tidak dibolehkan juga memakai pakaian compang-camping (tidak sempurna) yang boleh menampakkan aurat.
Imam Nawawi turut menyatakan bahawa wajib untuk menutupi tubuh daripada penglihatan yang boleh melihat pada warna kulit. Tidak mencukupi hanya dengan kain yang menutup tubuh tetapi dapat pula dilihat warna kulit sama ada putih (cerah) atau hitam (gelap).
Begitu juga dengan pandangan dari Ibnu Qudamah, yang mengatakan wajib untuk menutup aurat dan jika disebabkan kain yang nipis itu menampakkan warna kulit di sebaliknya sama ada putih atau merah maka tidak harus untuk bersolat dengannya. Ini kerana ia tidak mencapai maksud asal tujuan menutup aurat itu.
Selain itu, Imam Saffarini al-Hanbali juga menyatakan di dalam Syarah Manzumah al-Adab bahawa makruh bagi lelaki dan wanita yang memakai pakaian yang menjelaskan warna kulit dan juga yang menampakkan saiz atau bentuk tubuh . Manakala, Imam Dusuqi al-Maliki di dalam hashiyahnya berpendapat bahawa pakaian seperti itu jelas makruh melainkan terdapat pakaian luar maka ia menjadi tidak makruh.
Maka melihatkan perkara-perkara ini, adalah sah solat orang yang memakai telekung berfesyen, selagi ia menutup aurat seseorang itu dengan sempurna.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...