
Isi Kandungan
ToggleBayar zakat di negeri selain negeri tempat kita bekerja adalah sah namun tindakan itu hukumnya haram mengikut syarak!
Mungkin ada dalam kalangan kita yang melakukannya kerana belum cakna tapi sebaiknya ia diperbetulkan.
Menurut Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman setiap pembayar zakat perlu bertanggungjawab ke atas rezeki di lokasi di tempat mereka bekerja dan tidak bersikap zalim terhadap asnaf di negeri tempat mencari rezeki.
“Tindakan ini membayar zakat di tempat selain tempat mencari rezeki tidak boleh dilakukan, malah sebahagian ulamak mengatakan ia haram dan berdosa kalau kita sengaja memindahkan zakat ke tempat lain tanpa sebarang sebab.
“Ya memang pembayaran zakat ini sah, tapi perbuatan itu haram. Ia sah sekiranya zakat itu diberikan kepada 8 golongan asnaf yang termaktub. Tapi tindakan sengaja memindahkan zakat ke tempat lain selain negeri tempat bekerja adalah haram,”ujar Dr Mohd Sukki memetik laporan portal berita Al Hijrah Online.
Namun tak perlu qada bayar zakat
Namun begitu, meskipun hukumnya haram tapi pembayar zakat tidak perlu melakukan qada zakat bagi kesalahan itu.
Sambung beliau pemindahan dana zakat dari sesebuah negeri ke negeri lain dibolehkan jika dilakukan institusi zakat mahupun pemimpin lebih lebih lagi jika sesebuah negeri itu dilanda bencana besar dan amat memerlukan bantuan.
Pun begitu Dr Mohamad Suki mengingatkan tindakan itu hanya boleh dilakukan melalui kesepakatan pihak berkuasa negeri dan bukan dilakukan oleh orang perseorangan secara sewenang-wenangnya.
Ini kerana Malaysia mempunyai institusi zakat di setiap negeri bagi memastikan kecukupan dan kehendak setiap asnaf di negeri sentiasa terjaga.
Jangan beri alasan perbezaan pandangan, mazhab
Sementara itu mengulas sikap pembayar zakat menggunakan alasan perbezaan mazhab, pandangan, aliran agama untuk tidak membayar zakat di tempat mereka mencari rezeki jelasnya ia satu tindakan yang tidak wajar.
“Berbeza pandangan, aliran dan berbeza mazhab ia perkara biasa di negara kita tapi kita masih lagi orang Islam. Tapi ia tidaklah sampai tahap kita tidak menunaikan kewajipan yang sepatutnya sehingga terpaksa memindahkan zakat kerana kita tidak bersetuju dengan negeri tersebut.

“Sedangkan kita tahu negeri tersebut masih lagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk melakukan kewajipannya mengagihkan zakat kepada yang memerlukan,”terang beliau lagi.
Oleh itu pembayar zakat dinasihatkan untuk memberi manfaat kepada asnaf tempat bekerja masing-masing agar setiap pekerja bertanggungjawab dalam mencari rezeki tanpa memikirkan nasib asnaf setempat.
Sumber: AlHijrah Online
Baca: Banyak Bersedekah Tapi Kurang Bayar Zakat, Sayangnya… Bila Yang Wajib Diabaikan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lima Perkara Yang Merosakkan Puasa Ramadan, Antaranya Tergesa-Gesa Dalam Solat

Dalam menjalani ibadah puasa sama ada secara sedar atau tidak ada perkara yang kita lakukan merosakkan puasa itu sendiri. Sudahnya apa yang kita dapat hanyalah lapar dan penat serta tiada pahala ke atasnya.
Moga Ramadan tahun ini kita hindari dari melakukannya. Justeru itu semak lima perkara berikut yang mana boleh merosakkan pahala puasa kita.
- Puasa Tetapi Masih Terus Melakukan Maksiat
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari, No. 1903)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ
“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga saja.” (HR. Ahmad, 2 : 373)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي
“Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari melawan nafsu. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat perkara tidak baik padamu, katakanlah padanya, ‘Aku sedang puasa, aku sedang puasa’.” (HR. Ibnu Khuzaimah, 3:242. Menurut Al-A’zhami, sanad hadis tersebut shahih).
Kata lagwu dalam hadis di atas bererti perkataan sia-sia atau disebut melakukan perkara tidak berfaedah. Adapun rofats adalah istilah untuk setiap hal yang lelaki selalu inginkan dari perempuan iaitu melakukan dosa maksiat.
- Beramal tanpa ilmu
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,
اَنَّ العَامِلَ بِلَا عِلْمٍ كَالسَّائِرِ بِلاَ دَلِيْلٍ وَمَعْلُوْمٌ اَنَّ عَطَبَ مِثْلِ هَذَا اَقْرَبُ مِنْ سَلاَمَتِهِ وَاِنْ قُدِّرَ سَلاَمَتُهُ اِتِّفَاقًا نَادِرًا فَهُوَ غَيْرُ مَحْمُوْدٍ بَلْ مَذْمُوْمٌ عِنْدَ العُقَلاَءِ
“Orang yang beramal tanpa ilmu bagai orang yang berjalan tanpa penghujung atau tiada orang yang memimpin perjalanannya. Seperti kita tahu, ia umpama pergi ke satu tempat baru, kita segan hendak bertanya orang dan kemudian akan sesat kerana keegoan kita itu. Ada orang selamat dalam perjalanannya tapi amat jarang.
- Puasa tapi tak solat
Pernah ada seseorang yang bertanya kepada Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah, “Apa hukum orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat?” Beliau pun menjawab, “Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat bererti kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan solat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala:
فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
”Jika mereka bertaubat, mendirikan solatt dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui.” (QS. At-Taubah: 11)
Hujah lainnya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ
“Pembatas antara seorang muslim dan kesyirikan serta kekafiran adalah meninggalkan shalat.” (HR. Muslim, No. 82)
Selanjutnya, Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah menambahkan, “Kami katakan: ‘Solatlah kemudian tunaikanlah puasa.’ Adapun jika engkau puasa, tetapi tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (sebab meninggalkan solat) tidak diterima ibadah darinya.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa-il Ibnu ‘Utsaimin, 17:62)
- Tergesa-gesa dalam solat
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ طُولُ الْقُنُوتِ
“Sebaik-baik solat adalah yang lama berdirinya.” (HR. Muslim, No. 756)

Dari Abu Hurairah, beliau berkata,
أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُصَلِّىَ الرَّجُلُ مُخْتَصِرًا
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang shalat mukhtashiron.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Dalam kitab Bulughul Maram, Bab “Dorongan agar kusyuk dalam solat, Ibnu Hajar rahimahullah menyampaikan terkait hadis di atas sebagai bahawasanya sebahagian ulama menafsirkan ikhtishor (mukhtashiron) dalam hadis tersebut adalah solat yang ringkas (terburu-buru), tidak ada thuma’ninah ketika membaca surah, rukuk, mahupun sujud. (Lihat Syarh Bulughul Maram, Syaikh ‘Athiyah Muhammad Salim, 49:3, Asy-Syamilah)
- Kedekut bersedekah
Sungguh sangat rugi orang yang bakhil kedekut terhadap hartanya untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan. Padahal, pada bulan ini adalah waktu terbaik untuk bersedekah kerana ia bukan saja melipatgandakan pahala sedekah itu sendiri tetapi ada banyak kebaikan lain apabila bersedekah pada bulan ini.
‘Ali meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا ». فَقَامَ أَعْرَابِىٌّ فَقَالَ لِمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
“Sesungguhnya di syurga terdapat kamar-kamar yang mana bahagian luarnya boleh dilihat dari bahagian dalam dan bahagian dalamnya boleh melihat ke luar. Lantas seorang Arab Badwi berdiri sambil berkata, “Bagi siapakah kamar-kamar itu diperuntukkan wahai Rasululullah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Untuk orang yang berkata benar, yang memberi makan, dan yang senantiasa berpuasa dan solat pada malam hari di waktu manusia pada tidur.” (HR. Tirmidzi, no. 1984. Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Rebut Peluang Malam Nisfu Sya’ban, Malam Penuh Keberkatan. Ini Amalan Yang Boleh Dilakukan

Kita sudahpun menghampiri pertengahan bulan Sya’ban. Malam tanggal 15 Sya’ban adalah malam Nisfu Sya’ban iaitu malam yang istimewa dan penuh keberkatan selepas Lailatul Qadar.
15 Sya’ban tahun 2024 jatuh pada 25 Februari iaitu pada hari Ahad ini. Bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada malam 24 Februari 2024 (Sabtu), selepas masuk waktu Maghrib.
Sebaiknya kita umat Islam tidak terleka untuk merebut peluang di malam penuh keberkatan ini, di mana malam ini Allah SWT mengampunkan dosa hamba-hambanya.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ عزَّ وجلَّ إلى خَلْقِهِ ليلَةَ النِّصفِ مِنْ شَعْبَانَ ، فيَغْفِرُ لِعبادِهِ إِلَّا لِاثْنَيْنِ مُشَاحِنٍ ، وقَاتِلِ نَفْسٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat pada malam Nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan hamba-Nya kecuali dua (golongan) iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”.
[HR Ahmad, No. Hadith 6353, Ahmad Syakir mengatakan sanadnya adalah sahih]
Justeru ambillah kesempatan untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban yang juga menjadi amalan orang-orang soleh terdahulu.
Ia disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali, di dalam kitab Lathaif al-Ma’arif menyatakan:
وَلَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ التَّابِعُوْنَ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُعَظِّمُوْنَهَا وَيَجْتَهِدُوْنَ فِيْهَا فِي الْعِبَادَةِ، وَكَانَ خَالِدُ بْنِ مَعْدَانَ وَلُقْمَانُ بْنِ عَامِرٍ وَغَيْرُهُمَا مِنْ تَابِعِي الشَّامِ يَقُوْمُوْنَ فِي الْمَسْجِدِ لَيْلَةَ النِّصْفِ، وَوَافَقَهُمُ اْلإِمَامُ إِسْحَاقُ ابْنُ رَاَهَوْيه عَلىَ ذَلِكَ، وَقَالَ فِيْ قِيَامِهَا فِي الْمَسَاجِدِ جَمَاعَةً
Maksudnya: “Malam Nisfu Sya’ban, kaum Tabi’in dari penduduk Syam mengagungkannya dan bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada malam tersebut. Khalid bin Ma’dan, Luqman bin Amir dan lain-lain dari kalangan tabi’in Syam mendirikan solat di dalam Masjid pada malam Nisfu Sya’ban. Perbuatan mereka disetujui oleh al-Imam Ishaq Ibnu Rahawaih. Ibnu Rahawaih berkata mengenai shalat sunnah pada malam Nisfu Sya’ban di Masjid-masjid secara berjemaah.
Dari hadis dan kalam ulama tersebut, maka jelaslah bahawa begitu besar kelebihan malam Nisfu Sya’ban yang mungkin kita sering lupa untuk membuat persiapan bagi menemuinya.
Namun menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun di dalam hadis, Nabi Muhammad SAW TIDAK MENETAPKAN MANA-MANA AMALAN SEBAGAI AMALAN KHUSUS untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban.
Amalan malam Nisfu Sya’ban
Namun begitu, kita boleh mengambil peluang dengan kelebihan yang Allah SWT berikan pada malam tersebut untuk melakukan amal soleh sebanyaknya. Terdapat beberapa amalan yang disarankan oleh para ulama bagi menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, seperti:
1. Mendirikan solat sunat mutlak
Pada malam Nisfu Sya’ban, kita dibolehkan mendirikan solat sunat mutlak. Solat sunat mutlak ialah solat sunat semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT. Ia tidak ditentukan waktunya dan tidak ada had jumlah rakaatnya.
Cara mengerjakan solat sunat mutlak ini adalah sama seperti solat biasa. Niatnya adalah seperti berikut:
أُصَلِّى صَلَاةَ السُّنَّةَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Taala”
Solat ini juga disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah apabila diminta penjelasan tentang solat malam Nisfu Sya’ban. Lalu, beliau menyatakan:
إِذَا صَلَّى اْلإِنْسَانُ لَيْلَةَ النِّصْفِ وَحْدَهُ أَوْ فِيْ جَمَاعَةٍ خَاصَّةٍ كَمَا كَانَ يَفْعَلُ طَوَائِفُ مِنَ السَّلَفِ فَهُوَ حَسَنٌ. وَقَالَ فِيْ مَوْضِعٍ آخَرَ : وَأَمَّا لَيْلَةُ النِّصْفِ فَقَدْ رُوِيَ فِيْ فَضْلِهَا أَحَادِيْثُ وَآَثاَرٌ وَنُقِلَ عَنْ طَائِفَةٍ مِنَ السَّلَفِ أَنَّهُمْ كَانُوْا يُصَلُّوْنَ فِيْهَا فَصَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْهَا وَحْدَهُ قَدْ تَقَدَّمَهُ فِيْهِ سَلَفٌ وَلَهُ فِيْهِ حُجَّةٌ فَلَا يُنْكَرُ مِثْلُ هَذَا.
Maksudnya: “Apabila seseorang menunaikan solat pada malam Nisfu Sya’ban, sendirian atau bersama jamaah tertentu sebagaimana dikerjakan oleh banyak kelompok kaum salaf, maka hal itu baik.” Di tempat lain, Ibn Taimiyah juga berkata: “Adapun malam Nisfu Sya’ban, telah diriwayatkan banyak hadis dan athar tentang keutamaannya dan telah dikutip dari sekelompok kaum salaf bahwa mereka menunaikan solat pada malam itu. Jadi solat yang dilakukan oleh seseorang sendirinya pada malam tersebut, telah dilakukan sebelumnya oleh kaum salaf dan ia mempunya hujah, oleh karena itu hal seperti ini tidak boleh diingkari.
2. Memperbanyakkan doa dan munajat
Imam al-Syafie di dalam kitab al-Umm ada menyatakan tentang keistimewaan berdoa pada malam Nisfu Sya’ban:
بَلَغَنَا أَنَّهُ كان يُقَالُ إنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ في خَمْسِ لَيَالٍ في لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الْأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ من رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ من شَعْبَانَ
Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawasanya selalu dikatakan bahawa permohonan akan dikabulkan pada lima malam, iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidil Adha, malam hari raya Aidil Fitri, awal malam di bulan Rejab dan malam Nisfu Sya’ban.”
Pada malam istimewa ini, ajaklah ahli keluarga untuk bersama mengambil peluang sebaiknya bagi memohon segala hajat yang diinginkan untuk kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
3. Menghidupkan malam dengan memperbanyakkan membaca al-quran
Orang yang membaca al-Quran walau satu huruf akan diberikan ganjaran sepuluh kali ganda pahala. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang الم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(HR al-Tirmizi, bertaraf hasan)
Selain itu, Nabi Muhammad SAW bersabda:
اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ
Maksudnya : “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa’at kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya). (HR Muslim 804)
Apabila menjelangnya Nisfu Sya’ban juga, terdapat amalan yang sering dilakukan secara tradisi sejak sekian lama dalam masyarakat kita. Sebagai contoh, amalan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali yang diniatkan untuk mendapat redha Allah, insyaAllah pahalanya juga berganda dengan banyaknya bacaan.
Menurut para ulama, tiada halangan untuk mengamalkannya selagi mana kita tidak menyandarkan amalan tersebut kepada hadis Nabi Muhammad SAW kerana tiada dalil khusus yang menyatakan tentangnya. Namun begitu, kita sangat dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca al-Quran pada setiap masa, lebih lagi pada malam ini.
4. Banyakkan sayyidul istigfar kepada Allah SWT

Sayyidul istighfar merupakan penghulu kepada istighfar. Di dalamnya terkandung kalimah tauhid yang membesarkan Allah dan pembuktian kehambaan kita sebagai seorang hamba yang lemah dan hina.
Daripada Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”.
[Riwayat al-Bukhari]
5. Banyakkan selawat
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan bahawa, para sahabat pernah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada Baginda.
Kemudian Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Bukhari dan Muslim)
6. Meminta dan memberi maaf
Sepertimana Hadis Nabi SAW di atas, antara golongan yang tidak akan diampunkan Allah SWT adalah mereka yang bermusuhan.
Maka marilah sama-sama kita saling bermaafan, kerana sesungguhnya nilai keampunan Allah SWT jauh lebih tinggi daripada membesarkan ego dan emosi kita. Hayati Firman Allah SWT dibawah, antara golongan yang akan dikurniakan Syurga :
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran: ayat 133-134)
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Solat 60 Tahun Tapi Solatnya Tidak Diterima

Solat lima waktu adalah kewajipan setiap umat Islam. Tapi alangkah ruginya jika setiap hari melakukannya namun solat itu tidak diterima Allah SWT kerana sikap kita sendiri yang mengambil mudah tentang tertib dan tumakninah dalam ibadah ini.
Malah Rasulullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapat seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi solatnya tidak diterima Allah.
Sabda Rasulullah:
إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ، لعله يتمُّ الركوعَ، ولا يتمُّ السُّجودَ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ
Maksudnya: “Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.” (HR Ibn Abi Syaibah)
Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Bahkan Rasulullah di sini secara spesifik mengingatkan kita tentang rukuk dan sujud yang sering diabaikan oleh sebahagian manusia.
Sabda Rasulullah:
وأسوأُ السَّرقَةِ الذِي يسرِقُ صلاتَهُ قالوا: وكيف يسرقُ صلاتَهُ؟ قالَ: لا يُتِمُّ رُكُوعَهَا ولا سُجُودَهَا
“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.” (HR Ahmad)
Saidina Ibn Umar pernah ternampak seorang pemuda yang solat. Pemuda itu berdiri sangat lama. Lalu Ibn Umar berkata: Siapa yang kenal pemuda ini? Lalu dia berkata:
أما أني لو عرفته لأمرته بكثرة الركوع والسجود
“Kalaulah aku mengenali lelaki ini, aku akan ajar beliau supaya lebih banyakkan masa supaya sujud dan rukuk dengan lebih panjang.
Ini adalah kerana menurut Ibn Umar amalan rukuk dan sujud ini mempunyai kelebihan tersendiri.
Beliau lalu membacakan hadith dari Rasulullah yang menyebutkan:

إن العبد إذا قام يصلي أتي بذنوبه كلها ، فوضعت على رأسه وعاتقيه ، فكلما ركع أو سجد تساقطت عنه
“Sesungguhnya seorang hamba itu sekiranya dia menunaikan solat, maka dia akan datang dengan keseluruhan dosanya! Dosa-dosa tersebut diletakkan di atas kepala dan bahu mereka. Lalu setiap kali dia rukuk atau sujud, maka gugurlah dosa-dosa tersebut!
Oleh yang demikian hendaklah kita sentiasa menjaga tertib dalam solat serta berusaha untuk kusyuk. Usah solat dalam keadaan tergesa-gesa agar segala ibadah kita tidak menjadi sia-sia.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
Baca lagi: Hukum Baca Bacaan Dalam Solat Laju-Laju, Solat Sah Atau Tidak
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI