Bilangan individu yang meninggal akibat Covid-19 adakalanya mencecah ratusan kes setiap hari. Dengan bilangan tenaga kerja di pihak kerajaan agak terhad, banyak pihak-pihak luar dilantik untuk menguruskan jenazah ini di seluruh negara.
Namun timbul isu bila mana ada keluarga yang diuji dengan kepedihan ini perlu mengeluarkan biaya yang mungkin di luar kemampuan mereka dan masa yang sama sumber kewangan terhad berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan jumlah pergerakan di seluruh negara.
Dikongsi dari fb Mr Wan Cai Official yang bertindak sebagai badan pengurusan jenazah islam percuma bagi keluarga kurang berkemampuan melalui Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) ini mendedahkan ada pihak swasta meminta bayaran tidak masuk akal walau hanya untuk menguruskan bayi belum lahir. Malah di page ni turut berkongsi “pertikaian” harga charge sebanyak RM700 diminta oleh pihak swasta dan ia dianggap kos tinggi bagi keluarga kurang berkemampuan.
Baca perkongsian di sini.
Waris hubungi saya minta uruskan 1 jenazah bayi positif covid-19 yang meninggal 7 bulan dalam kandungan. Pihak yang diberi tanggungjawab meminta kami mendapatkan kebenaran dari seorang ustaz.
Ustaz yang dimaksudkan itu adalah pegawai kepada pengurusan jenazah swasta. Saya tanya semula kepada pihak berkenaan. Mengapa saya perlu dapatkan kebenaran dari ustaz tersebut?
UKVJ adalah sebuah ngo yang berdiri di atas kaki sendiri. Kami tidak duduk di bawah seliaan ustaz tersebut. Dan waris menghubungi kami atas sebab tidak berkemampuan. Jadi mengapa kami tidak boleh menguruskan jenazah anak syurga tersebut.
Kenapa kami disekat dari membantu waris yang sedang susah? Saya katakan juga kepada pihak berkenaan dan cuba berlembut. Jika ustaz tersebut boleh menguruskan jenazah anak syurga itu tanpa mengambil duit.
Saya dengan rela hati membenarkan jenazah anak syurga itu diuruskan oleh mereka. Waris sedang bersedih. Waris sedang susah. Mengapa hendak disulitkan pengurusan anak syurga tersebut. Bertimbang rasalah sikit.
Takkan pengurusan bayi berusia 7 bulan yang meninggal dunia kerana Covid-19 pun nak dibuat duit. Penghuni syurga tu