Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid.
Biasanya, tempoh iddah bagi wanita sesudah cerainya dengan bekas suaminya yang dahulu adalah tiga kali suci kitaran haid dan wanita yang telah kamatian suaminya, tempoh iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .
Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku. Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah raj’ie.
Dalil Berkaitan Dengan Iddah
Iddah wanita yang masih didatangi haid, diceraikan semasa suami hidup:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isterinya hendaklah mereka (isteri-isteri) menunggu empat bulan sepuluh hari.” (Surah al-Baqarah: 234)
Iddah bagi wanita hamil yang dicerai semasa suami hidup atau kematian suami:
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.” (Surah at-Talaq: 4)
Berdasarkan kepada nas al-Quran di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah menetapkan kepada iddah bagi wanita sesuai dengan keadaannya selepas penceraian.
Namun, bagi golongan lelaki pula mereka tidak mempunyai tempoh iddah sepertimana iddahnya wanita. Tetapi dalam hal-hal yang tertentu, lelaki juga mempunyai tempoh untuk dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dia berkahwin. Dalam kitab ada menyebut bahawa ulama fiqh berpandangan bahawa iddah tidak wajib bagi lelaki. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 29/306)
Ads
Berikut dibentangkan beberapa keadaan iddah bagi lelaki, antaranya:
Lelaki yang mempunyai empat orang isteri
Apabila dia telah menceraikan salah seorang isterinya maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj’ie (cerai yang masih boleh rujuk).
Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri
Seorang suami tidak boleh mengahwini kakak isterinya atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj’ie isterinya.
Kata pepatah, yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Begitu juga dengan jodoh. Perlulah ada usaha ke arah mencari jodoh yang sesuai.
Walau bagaimanapun mencari jodoh atau dengan kata lain mencari pasangan hidup, usahlah terburu-buru dan sekadar menjadi ikut-ikutan semata-mata kerana rakan-rakan lain sudah berjumpa pasangan hidup masing-masing. Jangan kerana rasa tertekan, anda memilih calon pasangan hidup tanpa usul periksa. Natijahnya anda juga akan menanggungnya di kemudian hari.
Perlu diketahui bahawa ada beberapa perkara perlu diberi perhatian ketika memilih calon pasangan hidup.
TAAT PADA PERINTAH AGAMA
Sesungguhnya solat itu tiang agama. Jika runtuhnya tiang maka, runtuhlah agamanya. Dengan cara bersujud seseorang itu akan berasa dirinya ‘hamba’ di sisi Allah. Calon pasangan yang menjaga solatnya adalah insan yang menjaga imannya dan juga menjaga hubungannya dengan Allah. Buat para wanita, jika berjumpa dengan lelaki yang menjaga solatnya, maka dialah pilihan yang tepat untuk anda jadikan suami.
BOLEH MENJADI IMAM KETIKA SOLAT
Apabila solat berjemaah kita sebenarnya dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh apabila seorang suami mengimamkan isterinya ketika solat maka dia sedang memimpin ahli keluarganya menuju kebaikan dan juga kejayaan.
KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA
Keluarga yang menjaga solatnya Allah akan berikan rahmat dalam kehidupan mereka. Suami yang sentiasa mengajak dan memimpin isterinya ke arah mendekati Allah akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan keberkatan.
Pesanan buat wanita, jika anda melihat calon suami yang akan segera ke masjid untuk solat apabila azan berkumandang maka dialah calon yang terbaik buat anda. Mudah-mudahan si dia mampu menjadi pemimpin terbaik buat anda.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika dahulu majlis perkahwinan sering diadakan ketika musim cuti sekolah namun kini majlis perkahwinan dilangsungkan tidak kira waktu, sama ada cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu. Asalkan ada cuti, pasti ada sahaja majlis kahwin. Pelbagai tema dan konsep memeriahkan suasana majlis perkahwinan.
Dalam pada kita sibuk memilih tema, konsep dan pelbagai lagi jenis pelamin atau hiasan, usahlah dilupakan mengenai keberkatan untuk majlis itu sendiri. Janganlah kita menyelitkan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.
Majlis perkahwinan perlulah lebih berbentuk Islamik, sesuai dengan tuntutan agama. Jangan terikut-ikut dengan adat atau budaya yang membawa kepada amalan terpesong daripada Islam.
Adat Melayu itu sendiri ada kalanya mempunyai pengaruh daripada luar. Justeru pilihlah yang terbaik. Jika ianya tidak lagi sesuai dilakukan, eloklah ditinggalkan. Sama-sama membawa rumahtangga itu ke arah yang diredai ALLAH.
ENAM KENDURI KAHWIN YANG DIBERKATI ALLAH:
1) Tidak bercampur antara tetamu lelaki dan wanita.
2) Kenduri tidak bermewah-mewah sehingga boleh dikategorikan sebagai membazir.
3) Jangan membezakan antara orang kaya dan orang miskin.
4) Sediakan ruang untuk solat supaya tetamu tidak meninggalkan solat hanya kerana hendak hadir ke majlis tersebut.
5) Jangan diwujudkan muzik atau tari menari yang melalaikan walaupun konon berniat untuk meraikan pengantin. Niat tidak menghalalkan cara.
6) Berikan pengantin ucapan berupa doa semoga bahagia dan berkekalan dengan rahmat ALLAH bukannya dengan upacara merenjis atau salam restu.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkongsian PU Amin tentang bapanya begitu meruntun jiwa. Meskipun bapanya cacat penglihatan namun dia tidak pernah jemu-jemu menyebarkan dakwah. Mungkin benarlah kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Patutlah PU Amin sendiri gigih menyebarkan dakwah meskipun dia dikecam hebat. Rupa-rupanya bapanya seorang insan yang begitu cekal menyebarkan dakwah meskipun cacat penglihatan.
Subhanallah betapa kagumnya dengan kesungguhan seorang insan yang meskipun kekurangan deria penglihatan namun tetap mahu terus menyebarkan ajaran agama. Berikut perkongsian PU Amin di laman Instagramnya.
Abah saya Mohd Noor. Seorang yang cacat penglihatan. Dia buta tapi hatinya celik. Tak penat-penat pergi travel ke Pahang ke seluruh Malaysia untuk ajar Al Quran pada orang-orang buta. Dahulu dia menabur bakti menterjemah dan mengajar Al Quran di Brunei Darussalam. Matanya buta tapi boleh membaca Al Quran. Boleh menghafal Al Quran. Banyak buku braile dia buat untuk orang buta baca.
Kini walaupun diri dimamah usia, masih tak letih untuk ajar Al Quran pada orang-orang buta. Abah saya buta dari kecil. Sebab itu saya sensitif tengok orang buta kutip derma, jual tisu, nyanyi lagu tepi jalan. Apatahlagi kalau ada jenis menganjing OKU, masuk slumber toilet OKU. Jadi saya cepat tersentuh.
Abah saya suka travel sendiri. Dia sorang-sorang naik komuter, naik bas untuk dakwah. Bayangkan dengan tongkat si buta sebagai peneman, dakwah tetap berjalan. Tatkala dihina dikecam diri saya sebelum ini, mata yang tak dapat melihat itu menitiskan air mata. Pesannya, “Lumrah Dakwah” ada pedih sedikit….
Tapi alhamdulillah ada mama yang kuat, adik beradik yang membantu. Semoga abah dapat melihat kami satu keluarga di akhirat kelak.
Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan...