Cinta antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk. Ia umpama menanam sepohon pokok, terbiar tanpa baja ibarat membiarkan tumbuk tegak namun tidak berbunga atau mengeluarkan hasil.
Samalah dengan perasaan pasangan. Jika dibiar begitu saja tanpa ucapan sweet atau memaklumkan kita mencintainya, lama kelamaan jiwa itu akan mati begitu sahaja.
Dan nampaknya semalam adalah hari sambutan ulangtahun perkahwinan Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan isteri, Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad yang ke 11.
Di sebalik kesibukannya menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan, dirinya sempat menukilkan kata-kata romantic buat isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Bahkan sempat bergurau akan mencarikan ikan bilis Sabah untuk isteri kesayangannya itu di instagramnya, tzafrul_aziz.
Nukilnya:-
Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang kesebelas. Sungguh cepat masa berlalu. Hari akad nikah kami rasanya seperti baru semalam. Syukur kepada Allah SWT kerana menemukan jodoh dengan isteri saya, yang juga ibu dan tunggak terbaik buat keluarga kami. Every day with you is a blessing, Alhamdulillah.
Behind Every Successful Man there is a Woman. Tanpa pengorbanan seorang isteri mana mungkin seorang suami dapat mengejar cita-citanya. Terima kasih, Dina kerana sentiasa memastikan semua keperluan keluarga dipenuhi terutama dengan ketiadaan saya yang kerap akibat tanggungjawab rasmi, dari dulu sampai sekarang.
Dina, thank you for saying yes, thank you for being the pillar of our family and above all, for accepting me for who I am and who I aspire to be. Dan sudah tentu terima kasih kerana menerima saya walaupun pada masa itu saya lebih “berisi” dan mungkin kurang handsome berbanding sekarang.
I am sorry I can’t be with you today due to official duties, tapi InsyaAllah saya akan cari ikan bilis yang terbaik di Sabah untuk kita cuba!
p/s: Semua ini adalah tulus dari hati dan bukan sekadar ucapan manis untuk bodek isteri kerana tak dapat celebrate anniversary.