Bekas isteri kahwin lain, bapa barulah sara anak. ‘Sepatutnya siapa punya anak, dialah bagi nafkah.’ Bukannya beri alasan masing-masing sudah ada keluarga baru lepas bercerai jadi harapkan bapa baru pula selesaikan nafkah anak-anaknya.
Salah konsep ya! Itu langgar hukum, nafkah anak tetap pada bapa kandun gnya sela gi nyawa dikandung badan. Jangan ambil rin gan hak seorang anak. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan.
Nafkah anak yang belum mampu berdikari, jika si bapa masih hidup tapi telah berpisah dengan si ibu, tanggungjawab nafkah tetap pada bapanya, walau apapun kisahnya.
Nafkah anak yang belum mampu berdikari, jika si bapa telah meninggal dunia, dipertanggungjawabkan kepada datuk sebelah bapa, jika datuk telah tiada, tanggungjawab jatuh kepada saudara lelaki arwah si bapa.
Bapa Barulah Sara Anak
Bila saya menulis begini, ada yang menempelak, eleh…. itu semua orang tahu.
Ya, itu semua orang tahu. Tapi adakah semua ‘orang’ itu buat apa yang sepatutnya dia buat?
Haritu saya dengar dalam sebuah stesyen radio. Pemanggil seorang lelaki. Katanya bukan si bapa tak nak bagi nafkah. Kadangkala terasa diri seperti tak bermaruah, tak dihargai.
Ads
Selama ini hidup bersama, si bapalah mencari rezeki, memberi kesenangan, tapi setelah berpisah, seakan si bapa langsung tak berguna. Sebab itulah ada bapa yang tak nak bagi nafkah.
Saya agak terkejut dengan luahannya. Mungkin ada kisah hidupnya yang tak terluah.
Sepatutnya Siapa Punya Anak
Memang ada wanita yang bermulut jahat, menghambur kata nista sesuka hati setelah berpisah dengan suami. Tak dinafikan.
Tapi nafkah anak tetap kena bagi. Dosa si ibu tetap ditulis oleh penjaga bahu kiri, tapi nafkah bapa tetap wajib buat si anak.
Ads
Alasan paling selalu diberi untuk elak nafkah ialah masing-masing telah ada keluarga sendiri. Si bapa sudah berkahwin lain dan punyai anak yang perlu disara. Si ibu sudah berkahwin lain, biarlah suami baru yang sara.
Salah sungguh konsep itu. Siapa punya anak, dialah yang kena bagi nafkah. Suami baru si ibu itu, jika dia sudi menyara, itu adalah kerana ehsan. Tapi nafkah si bapa adalah kewajiban. Anak dengan isteri baru pun wajib, anak dengan bekas isteri pun wajib.
Selalu sangat kisah pengabaian nafkah ini muncul. Sedih. Bila si ibu menuntut, dikata tamak, tak bersyukur dengan apa yang ada. Bila tak dituntut, hmmm…..
Nafkah yang tak berbayar itu adalah hutang. Andai dihalalkan di dunia, belum tentu anda lepas di akhirat sana.
Andai tak mampu, betul-betul tak mampu, tak mampu yang Allah nampak, bukan yang manusia nampak, maka mintalah ehsan kepada yang lebih mampu. Saudara atau bekas isteri sendiri, atau keluarga bekas isteri. Jangan lepaskan begitu sahaja. Itu aniaya namanya.
Kashoorga : Pandai buat anak, pandailah bagi nafkah walaupun bercerai dengan si ibu.
Alangkah bertuah seseorang itu jika dikejutkan oleh Allah di tengah malam daripada tidur yang lena.
Jangan marah jika dikejutkan kerana ada hikmah tertentu yang Allah berikan. Dan salah satunya adalah supaya mengingatiNya dengan mengerjakan solat sunat Tahajud.
Namun ada antara kita yag tidak tahu cara terbaik untuk mengerjakan Solat Tahajjud ini. Dalam perkongsian di laman sosial Facebook Majlis Ilmu memberitahu cara untuk melakukan Solat Tahajjud ini.
Ada cara tertentu dan paling penting jangan buat laju-laku dan diakhiri dengan melakukan solat witir.
Boleh juga dapatkan barangan keperluan solat di sini
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
1. Waktu ikutlah kesesuaian kita. Jika ingin menunaikannya sekitar 4.00 pagi pun boleh dan waktunya hinggalah sebelum subuh.
2. Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH” .
3. Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam .Terpulang kepada kemampuan masing-masing sama ada nak buat 2, 4, 6 atau 8 atau semampunya. Untuk permulaan 2 rakaat sudah memadai.
4. Tidak terkhusus dengan mana-mana surah, ikut hafalan masing-masing. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
5.Jadi lamakan sujud dan mintak doa kepada Allah apa saja yang kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dalam bahasa apa yang kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu.
6.Jangan solat laju-laju dan yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yg kita hafal.
7.Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas isyak. Kalau sudah solat witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud. Semoga memberi manfaat. Aaminn SENANGKAN…?
Kredit Kuliah Studios
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap hari hari kita melihat wajahnya di kaca televisyen memberi perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19. Beliau dilihat begitu tenang menjawab setiap pertanyaan dari pihak media.
Itulah keperibadian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak pernah jemu bekerja bersama barisan frontliner dalam menangangi wabak pandemik ini.
Semalam beliau telah disenaraikan dalam tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak ini di negara ini.
Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.
Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.
Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.
Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.
DaripadaNya kita datang dan daripadaNya juga kita kembali. Setelah hampir beberapa bulan bertarung nyawa, akhirnya anak kedua pelakon serta pelawak popular Ali Puteh, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah dijemput menemui Tuhannya jam 11.30 pagi tadi.
Si kecil ini yang baru berusia 3 bulan disahkan menghidap masalah injap jantung terbalik dan telah menjalani pembedahan kerana masalah berkenaan.
Ternyata catatan ringkas Ali Puteh ini juga turut mengundang sebak apabila meminta anak syurganya itu tidur sepuasnya dan menunggu dia dan isterinya di sana.
Salam semua..nk bgtau pada semua anak sy sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya..sedekah alfatihah buat anak syurga ini..tggu walid dan ibu disana…Tidur lah syg…Rehat lah syg…syurga tempat kamu sayang..!! Allahuakbar…
Tambah Ali, apa yang menyentuh hatinya ialah semangat Ainul untuk meneruskan hidup.
“Sepatutnya doktor cabut mesin bantuan pernafasan pada Jumaat lepas tetapi Ainul buka mata, aktif dan memberikan reaksi positif.
“Doktor pun dah mula gembira, tetapi apabila mesin dicabut Ainul tidak bernafas. Paru-parunya hanya berfungsi 20 peratus.
“Dan satu lagi pembedahan dilakukan dan doktor beritahu hari Isnin mesin akan ditanggalkan dan memintan saya serta isteri redha dengan apa jua kemungkinan.
“Ainul mahu bersama kami walaupun hanya dua bulan…,” katanya kepada Astro Gempak menahan sebak.
fakhrulunic Innalillahi wa inna ilaihi raji’un..sabar n tabah li..berilah kekuatan buat keluarga ini ya Allah. Gantikan mereka yg terbaik disisiMu. Pandanglah mereka dgn rahmat kasihMu. Sesungguhnya bagi Allah apa yg dia beri dan dia ambil..takziah sahabat @aliputeh89@abam_bocik
KASHOORGA: Mengucapkan salam takziah untuk keluarga Ali Puteh dan semoga bersabar dengan ujian yang diberikan oleh Allah. Semoga mereka sekeluarga akan bertemu semula kelak di jannatul firdausi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?