Solat merupakan ibadah yang boleh mendekatkan diri seorang hamba itu dengan Allah SWT. Ia mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh supaya diterima dan diberi ganjaran daripada Allah SWT.
Khusyuk dalam solat pula ialah tunduk dan merendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan anggota ketika solat dan dilakukan adalah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
Namun begitu sering kali ramai yang mengeluh sukar untuk khusyuk ketika menunaikan ibadah ini. Ketika solat, fikiran masih menerawang memikirkan urusan dunia yang tidak berkesudahan, hingga ada yang terlupa bacaan malah raakat dalam solat.
Ads
Tidak khusyuk petanda tidak baik buat seorang muslim
Tidak khusyuk dalam solat menurut al-Imam al-Hasan al-Basri memberi petanda yang tidak baik buat seorang muslim. Kata beliau:
قال الحسن البصري: “َصلاة بلا خشوع هي إلى العقوبة أقرب
“Solat yang tidak khusyuk lebih dekat dengan azab Allah.”
Barangkali dengan sebab itu Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa salah satu ciri-ciri orang yang berjaya adalah mereka yang khusyuk solatnya. Firman Allah:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman. iaitu mereka yang mendirikan solat dalam keadaan khusyuk.” (al-Mukminun:1-2)
Ads
Al-Imam al-Ghazali memberikan pandangannnya mengapa terjadi sebegini. Kata al-Imam al-Ghazali:
ويقول الإمام الغزالي ر حمه الله : إن الرجل ليسجد السجدة يظن أنه تقرب بها إلى الله سبحانه وتعالى , ووالله لو وزع ذنب هذه السجدة على أهل بلدته لهلكوا ، سئل كيف ذلك ؟؟؟ فقال : يسجد برأسه بين يدي مولاه , وهو منشغل باللهو والمعاصي والشهوات وحب الدنيا
“Kata al-Imam al-Ghazali: Seorang lelaki sujud kepada Allah dengan menyangka sujudnya itu akan membawa dia lebih dekat dengan Allah sedangkan sekiranya diagihkan dosa lelaki yang bersujud itu kepada setiap ahli sebuah negeri, akan hancur negeri itu. Al-Ghazali ditanya: Mengapa terjadi sedemikian? Jawab beliau: Kerana dia sujud dihadapan Tuhannya sedangkan jiwanya sibuk dengan nafsu, maksiat, syahwat dan kecintaan kepada dunia.”
Al-Imam Malik pernah menukilkan kisah lelaki daripada Ansar yang menjual kebunnnya kerana kebunnya telah menyebabkan dia lupa berapa rakaat yang telah dilaksanakan dalam solatnya. Kata lelaki tersebut:
لقد أصابَتني في مالي هذا فتنةٌ
“Sesungguhnya harta aku ini telah menjadi fitnah (ujian yang melekakan diri dari solat). (al-Imam Malik, Muwatta’)
Ads
Cara mendapat khusyuk dalam solat
1. Mencari Pengertian bacaan dalam solat
2. Fokuskan fikiran kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat
3. Membesarkan Allah yakni hati merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
4. Kagum dan takut akan Keagungan Allah
5. Rasa Mengharap Kepada Allah, hanya kepadanya tempat kita bergantung
6. Rasa malu dan hina diri kita sebagai hamba yang penuh dosa dalam solat
Menjelang hari raya ini mungkin ada anak-anak berhajat membantu orang tua membayarkan zakat fitrah untuk mereka.
Tapi jangan terus bayar ya. Hukumnya tidak sah! Perkara ini dijelaskan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus
“Jangan memandai-mandai, orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri tak boleh orang lain tolong bayarkan,” katanya.
Jelas beliau, zakat yang dibayar oleh seorang anak untuk ibu bapanya akan sah sekiranya anak meminta kebenaran dan mendapat keizinan terlebih dahulu daripada mereka.
Kata Ustaz Azhar seseorang itu tidak boleh membayar zakat terhadap individu lain yang berkemampuan dengan sesuka hati.
Perkara sama juga perlu dilakukan bagi seseorang yang tidak wajib membayar zakat terhadap individu itu namun berniat untuk membayarnya.
“Suami wajib bayar zakat isteri jadi tak perlu minta izin, tapi isteri yang ingin bantu bayar zakat suami tak boleh memandai-mandai, perlu minta izin dahulu sebab ia bukan kewajipannya,” jelas Ustaz Azhar Idrus lagi.
“Anak jiran baik sangat dengan kita, kita suka sangat dengan dia sebab hormat dan tegur kita, jadi kita pun bayar zakat Fitrah untuk dia, tidak sah kerana yang wajib ayah dia, kita kena minta izin dengan ayah dia,” katanya dalam satu majlis selepas diajukan soalan sama ada boleh atau tidak anak membayar zakat Fitrah terhadap ibu bapa.
Ketika ini ramai yang berlumba-lumba untuk membuat content atau kandungan video menarik demi meraih tontonan tinggi di media sosial dan juga meningkatkan followers.
Pelbagai content sanggup dilakukan atau dicipta termasuklah video mencari hantu, lokasi ‘keras’ atau pelbagai kisah paranormal. Sedangkan perkara-perkara mistik dan ghaib seperti ini selalu saja dikaitkan dengan kepercayaan khurafat dan syirik.
Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidaada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.”
Surah Al-Baqarah (1-2)
Syeikh Mustafa al-Maraghi menyebut bahawa beriman dengan perkara yang ghaib ialah percaya bahawa adanya kewujudan di sebalik alam yang nyata yang mana ianya dipandu dengan dalil dan akal yang waras. (Lihat Tafsir Al-Maraghi, 1/35)
Begitu juga Allah menceritakan akan kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.”
Surah al-‘Araf (27)
Tohir Ibn ‘Asyur menyebut bahawa mereka melihat kita dalam keadaan kita tidak boleh melihat mereka. Sekalipun kita tidak boleh melihat mereka, itu tidak bermakna kita tidak boleh melihat mereka selama-lamanya.
Tidak dapat melihat mereka pada waktu sekarang, tidak bermakna kita boleh menafikan kewujudan mereka secara mutlak. (Lihat Tahrir Ma’na Al-Sadid Wa Tanwir Al-‘Aql Al-Jadid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid, 3/26).
Di dalam Islam antara perkara ghaib yang wajib kita imani adalah kewujudan jin dan syaitan. Namun, dari sudut penyerupaan, Syeikh Sulaiman al-Asyqar menyatakan bahawa kadangkala syaitan mendatangi manusia bukan dengan membisikkan perkara was-was akan tetapi ia juga boleh datang menyerupai manusia.
Kita boleh dengar suara tapi tidak nampak tubuhnya. Ia juga boleh menyerupakan diri dengan bentuk-bentuk yang pelik. (Lihat Silsilah al-‘Aqidah : Alam al-Syayatin wa al-Jinn, hlm 91).
Berbalik kepada persoalan di atas, dinasihatkan agar sebaiknya janganlah melakukan perkara-perkara sedemikian dan buatlah perkara yang lebih bermanfaat seperti membaca al-Quran, hadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya.
Membuat perkara yang berunsur mistik secara berlebihan dikhuatiri akan membawa kepada kesyirikan, ketahyulan dan khurafat. Semoga Allah memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat.
Setiap kali solat tak pernah lupa untuk berdoa, tapi dek kerana mengejar waktu doa dibuat dalam tergesa-gesa. Hanya lafaz di mulut tapi tidak menghayatinya.
Mungkin juga kerana perkara ini doa kita belum makbul. Hakikatnya ketika berdoa itu ada adabnya.
Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa daripada hati yang lalai.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Berikut adalah adab-adab yang perlu dititik beratkan ketika berdoa, moga doa kita dimakbulkan satu hari nanti.
1. Berdoa dengan penuh harapan dan yakin
Antara adab berdoa, seseorang itu perlulah meminta kepada Allah SWT dalam keadaan dirinya bersangka baik dengan-Nya agar permintaan itu dimustajabkan. Demikian juga, seseorang itu perlulah berdoa dalam keadaan penuh harap (agar doa dimustajabkan) dan juga perasaan takut (dari doa tertolak). Ini berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya mereka itu (para Nabi) sentiasa bersegera dalam melakukan perkara kebaikan. Dan mereka berdoa kepada Kami dalam keadaan penuh harap dan rasa takut. (Surah al-Anbiya’: 90)
Ayat di atas ini sebelumnya menceritakan berkenaan beberapa orang para Nabi dan juga permintaan yang mereka lakukan. Nabi Ayyub AS berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan kesembuhan kepada penyakit yang menimpanya, lalu Allah mustajabkan.
Nabi Yunus AS berdoa supaya diselamatkan dari musibah yang menimpa dirinya saat berada di dalam perut ikan Nun, kemudian Allah mustajabkan doanya. Berikutnya, Nabi Zakaria AS juga berdoa supaya dikurniakan zuriat, lalu Allah SWT memustajabkannya dengan mengurniakan Nabi Yahya sebagai anak.
Ketiga-tiga para Nabi ini dimustajabkan doa mereka kerana berdoa dalam keadaan penuh harap dan takut kepada Allah SWT.
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa.
Riwayat al-Tirmizi (3479)
2. Mulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT
Antara adab dalam berdoa adalah dengan memuji Allah SWT sebelum meminta sebarang hajat. Sebagai contoh mudah adalah dengan melihat kepada bacaan surah al-fatihah yang dibacakan oleh seseorang.
Ia berdasarkan sebuah riwayat yang panjang daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW menceritakan berkenaan bacaan al-Fatihah di dalam solat. Lalu Allah SWT membahagikan solat kepada dua bahagian, untuk diri-Nya dan untuk para hamba-Nya.
Jelas dalam surah al-Fatihah, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ke ayat yang ke lima kepada Allah SWT. Kemudian pada ayat yang keenam, ia diikuti dengan permintaan atau doa yang pertama iaitu:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Maksudnya: Berilah kami hidayah kepada jalan yang lurus. (Surah al-Fatihah: 6)
Demikian juga seperti yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang menceritakan berkenaan doa Nabi Ibrahim A.S, baginda memulakan dengan katanya:
Maksudnya: Dialah Tuhan yang telah menciptakan aku maka Dia jugalah yang memberikan petunjuk. Dialah Tuhan yang memberi makan dan minum kepadaku. Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang memberikan kesembuhan. Dan Dialah Tuhan yang mematikan aku kemudian menghidupan semula (diriku). Dan Dia jugalah Tuhan yang sangat aku harapkan supaya Dia mengampunkan kesalahan-kesalahanku pada hari akhirat. (Surah al-Syu’ara: 78 – 82)
Kesemua ungkapan di atas ini, jika diteliti ia adalah suatu puji-pujian seorang hamba kepada Tuhannya. Maka Nabi Ibrahim AS tidak terhenti sekadar lima pujian ini, bahkan baginda menyambungnya dengan lima buah permintaan kepada Allah SWT melalui firman-Nya:
Maksudnya: Tuhanku, berilah hikmah kepadaku dan golongkanlah diriku bersama dengan orang-orang yang soleh. Berilah kepadaku lisan yang benar buat orang-orang yang terkemudian. Dan jadikanlah aku di antara mereka yang mewarisi syurga al-na’im. Dan ampunkanlah bapaku, sesungguhnya dia tergolong dalam kalangan mereka yang tersesat. Dan janganlah Kau hinakan aku pada hari kebangkitan. Surah al-Syu’ara’ (83-87)
Justeru, dapat kita fahami bahawa petunjuk qurani di dalam berdoa adalah dengan memulakannya dengan ucapan pujian-pujian kepada Allah SWT.
Sebagai tambahan, cukuplah kami nyatakan di sini dua hadis untuk melengkapkan jawapan di atas.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, maka hendaklah dia membanyakkan doa pada masa kemewahan dan kesenangan.” Riwayat al-Tirmizi (3382) dan Abu Ya’la
Daripada Abi Hurairah R.A katanya, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Berdoalah kamu kepada Allah dalam hal keadaan kamu yakin dengan penerimaan Tuhan. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak menerima doa daripada hati orang yang lalai.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Fesyen seluar singkat, sampai nampak betis tapi di bahagian atas elok bertudung.Tak dinafikan ramai Muslimah hari ini yang selesa memilih mengenakan seluar. Namun menjadi...