Tidak dinafikan, jika kita bercakap mengenai majlis perkahwinan pasti akan terbayang perbelanjaan bajetnya yang besar.
Apatah lagi jika tetamu yang dijemput melebihi dari jangkaan, lebih-lebih lagi jika melakukan kenduri anak sulung atau pertama.
Namun jangan risau mengenai bajet jika kita berniat untuk mendirikan masjid. Pasti ada jalan terbaik untuk mengatasi masalah kekangan bajet.
Perkongsian wanita ini Puan Atikah di laman sosial twitter di mana dia membelanjakan hanya RM10 sahaja mengadakan majlis kahwin.
Walau bagaimanapun semua perbelanjaan termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali untuk photobooth, mekap dan juga barang hantaran. Untuk ini dia menggunakan duit simpanan bulanannya.
Ayuh ikuti perkongsiannya.
Total bajet kenduri hanya RM10K sahaja
Semuanya sekali termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali..
Buat di rumah arwah Tok & Wan kerana cucu sulung
Pelamin simple tapi cantik
Untuk gambar kahwin pula minta tolong teman dan bayar sekitar RM500. Kemudian edit sendiri kerana kedua-duanya graphic designer
Upah DJ untuk memeriahkan majlis dan bajet untuk goodies pun ikut kemampuan
Ini tipnya kalau nak beli emas time murah
Ada duit lebihan beli baju Melayu untuk keluarga. Manakala untuk baju kahwin guna bajet bulanan
Murah dan cantik beli bunga tangan di Kaison
Untuk perbelanjaan duit sendiri ini yang diperuntukan
Bajet untuk mekap sanding & nikah
Total untuk barang hantaran
Beli baju siap, simple dan lawa seperti diinginkan
Duit RM10K itu adalah duit bersama, tapi tambah sedikit duit sendiri untuk keperluan lain
Allah mudahkan majlis, benda baik akan dipermudahkan olehNya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kawan Bayar Hutang Tapi Beri Ekstra RM500. Apa Hukum Terima Duit Ekstra
Soalan
Kawan saya nak pinjam duit RM5,000. Dia akan bayar dalam tempoh 2 bulan dan berjanji akan beri ekstra RM500? Apa hukum terima duit ekstra itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berdasarkan kepada situasi tersebut, adalah tidak harus untuk menerima tambahan RM500 sebagaimana yang dijanjikannya, kerana ia bukan amalan kebiasaan yang berlaku diantara saudari dan kawan tersebut.
Ia adalah keuntungan yang tidak disyaratkan. Apabila kawan saudari membayar hutang lebih daripada hutangnya yang asal (RM5K), ataupun beliau memberikan hadiah sebagai tambahan kepada bayaran hutang yang saudari berikan kepadanya tanpa meletakkannya sebagai syarat dalam akad dan bukan menjadi amalan yang digunapakai (uruf), maka, saudari perlu pastikan beberapa perkara iaitu:
i. Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang dibayar sepenuhnya, adalah lebih baik jika ia ditolak. Kecuali jika amalan tersebut telah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak sebelum akad hutang dilakukan.
Berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “Apabila seseorang di kalangan kamu memberikan hutang, lalu orang yang berhutang memberikannya hadiah atau orang itu membawanya menaiki kenderaannya, janganlah dia naik atau menerimanya kecuali jika perbuatan itu telah pun biasa berlaku antara mereka sebelum ini”. (Riwayat Ibnu Majah)
ii. Jika manfaat tersebut (bayaran tambahan atau hadiah atau sebagainya) diberikan selepas hutang dibayar, tindakan ini tidak salah dan kawan saudari telah selesai membayar hutangnya.
Malah, beliau digalakkan berbuat demikian (tambahan) kerana umat Islam yang terbaik membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik. Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, katanya:
Maksudnya : “Suatu ketika aku datang menemui Nabi SAW. Ketika itu Baginda berhutang dengan aku, lalu Baginda membayar hutangnya dan Baginda membayar lebih kepadaku”. (Riwayat al-Bukhari)
Bermakna, kawan saudari wajib membayar terlebih dahulu wang yang hendak dipinjam daripada saudari sebanyak RM5k, sebelum berjanji ingin memberi tambahan RM500 sebagai hadiah, kerana yang menjadi kewajipan baginya adalah membayar hutang RM5k tersebut.
Jika dia tetap juga ingin memberi, sebaiknya urusan pinjam-meminjam ini mestilah direkodkan sebagai bukti jika wujud permasalahan di kemudian hari.
والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
Sumber: Mufti Selangor
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tengah-tengah Solat Tiba-Tiba Terlupa Bilangan Rakaat, Apa Perlu Buat?
Tengah-tengah solat tiba-tiba terlupa bilangan rakaat, apa perlu buat? Kadang-kadang ada di kalangan kita yang fikirannya menerawang dan akhirnya tanpa sedar dia terlupa berapa rakaat sudah dia dirikan solat.
Jika kita solat dan tidak cukup rakaat sama ada diingatkan atau kita ingat sendiri, apa yang perlu kita lakukan? Wajib ke solat semula atau hanya tambah rakaat yang tertinggal.
Ikuti penjelasan Ustaz Riza berkaitan isu ini dan bagaimana caranya untuk menyempurnakan solat tersebut.
Artikel Berkaitan:
Tengah-tengah Solat
Kadang-kadang bila solat, kita tidak tahu atau terlupa kita sedang lakukan rakaat ketiga atau empat. Dalam masa yang sama rasa solat kita sudah cukup rakaat, rupa-rupanya kurang satu rakaat.
Pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad saw, ketika itu sama ada waktu solat asar atau zohor, baginda hanya lakukan solat dua rakaat sahaja. Selesai solat rasulullah terus bangun dan keluar.
Kemudian apabila ada sahabat nabi menegur, dia terus lengkapkan rakaat yang tertinggal. Kemudian ditutup dengan sujud sahwi.
Tiba-Tiba Terlupa
Isunya di sini, jika kita berdepan dengan situasi terlupa atau tertinggal bilangan rakaat dalam solat, apabila kita ingat atau diingatkan maka kita tambahkan rakaat yang tertinggal tadi.
Cara kedua pula, jika kita sedang solat dan kemudian keliru atau rasa was-was dengan bilangan rakaat. Ambil saja yang minimum, kemudian cukupkan rakaat.
Bilangan Rakaat, Apa Perlu Buat?
Kenapa Nabi suruh kita melakukan sujud sahwi bila terlupa rakaat solat kerana sujud sahwi itu adalah satu penghinaan kepada syaitan yang menggangu konsentrasi kita ketika solat.
Begitulah juga situasinya jika kita terlebih rakaat, kita tutup solat dengan sujud sahwi selepas memberi salam.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Mudah-mudahan dapat membantu mereka yang keliru jika berdepan dengan situasi ini.
Sumber : Ustaz Riza
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Dah Rujuk Pejabat Agama, Tak Jalan.’ Isteri Garang Lepas Hamil Anak Kedua, Suami Trauma Sampai Nak Mohon Cerai
‘Dah rujuk Pejabat Agama, tak jalan.’ Isteri garang lepas hamil anak kedua, suami trauma sampai nak mohon cerai kerana sikap garang isteri telah ditegur berkali-kali.
Malah sikap garang isteri ini membuatkan sang suami trauma untuk balik ke rumah. Aduhai suami pun, sepatutnya dia memahami mengapa isterinya berubah sikap. Sudah tentu perubahan sikap isteri berpunca daripada suami juga.
Tindakan mohon cerai bukanlah satu langkah yang bijak, apatah lagi pasangan ini masih muda dan anak-anak juga masih kecil. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mengapa wanita berubah watak selepas berkahwin dan memiliki anak.
Artikel Berkaitan
Dah Rujuk Pejabat Agama
Hari ini kami dapat kes cerai, permohonan daripada pihak suami. Tak tahulah hendak gelak atau nak kasihan dengan suami ini. Tapi rasa macam hendak berfikir pun ada, sebab hendak tahu sangat, apa yang ada di dalam benak hati dia sebenarnya.
Kedua-duanya dalam usia awal 30-an. Ada dua orang anak. Anak pertama berusia 3 tahun, anak kedua berusia 3 bulan.
Si suami hendak bercerai sebab isterinya garang, sudah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.
Katanya dia memilih isterinya sebab isterinya seorang yang lemah-lembut, tak banyak cakap dan suaranya rendah.
Tak Jalan
Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah-marah. Dan sejak anak kedua itu lahir, isteri masih tak berubah. Selalu marah-marah, jerit dekat anak pertama.
Sampai ada masa dia pun terkejut dengan jeritan isterinya. Untuk makluman, lelaki ini seorang yang bersuara perlahan dan lemah lembut.
Dia sudah pesan banyak kali, sudah tegur banyak kali, isterinya tak berubah. Kalau berubah pun sekejap saja. Nanti bila anak bat hal, dia tinggikan suara lagi.
Isteri Garang
Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang bila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
Ya, ayatnya, dia takut dengan isterinya. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikirannya untuk bercerai.
Kami sudah minta dia hadiri kaunseling di mahkamah, tapi katanya dia dah pergi. Dia macam sudah ada trauma dengan isterinya.
Saya tanya, takkan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja. Hmmmmm….
Lepas Hamil Anak Kedua
Saya hendak beritahu kepada para lelaki yang ingin berkahwin di luar sana.
Perempuan ini ada jenis yang masa sebelum kahwin, lemah lembut, gemalai, pemalu, suara volume 2/10 saja, tak pernah lebih.
Tapi lepas dia ada anak, dan anak mula lasak, automatik dia akan lebih agresif. Dia berubah mengikut keadaan.
Lihatlah mana-mana wanita yang bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya 2 orang anak, dulu masa sebelum berkahwin, dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah boleh dengar suara dia.
Suami Trauma Sampai Nak Mohon Cerai
Jangan pelik, ini terjadi kepada semua para ibu. Kerana dia perlu menjaga keluarganya. Dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin.
Pernah dengar askar komando berbisik dengan orang yang diajarnya? Kalau ada, semua askar lembiklah jawabnya.
Pernah dengar cikgu bersuara volume 2? Kalau ada, mengantuklah muridnya.
Dia berubah mengikut keperluan. Ini secara semulajadi. Jangan pelik.
~Farizal Radzali~
Baca Di Sini
“Selepas Perceraian Kami Berpura Bahagia, Tapi Naluri Anak Dapat Hidu Semuanya”-Ibu Tunggal
Kashoorga : Semoga pasangan menemui jalan penyelesaian terbaik untuk keluarga kecil mereka. Berbincanglah dengan baik agar tiada pihak yang terluka.
Sumber : Puan Farizal Radzali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI