Siapa tidak mengenali Pencetus Ummah PU Amin. Beliau merupakan salah seorang Pendakwah Bebas yang menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri. Menggunakan medium media sosial untuk berkongsi ilmu dengan warganet di luar sana.
Walaupun ada kalanya teguran dibuat mendapat kecaman, namun PU Amin tetap berpegang teguh dengan caranya menyampaikan nasihat dengan cara tersendiri. Biarpun ada yang mengecam, tetapi ramai juga mengkagumi pendakwah kecil molek ini.
Di sebalik ketegasan menegur, PU Amin juga sebenarnya seorang suami yang romantik. Baru-baru ini beliau ada muat naik status mengucapkan selamat hari lahir buat isteri tersayang yang sanggup bersama-sama dengannya membina kehidupan.
Dalam catatannya itu, PU Amin memberitahu mereka berkenalan ketika berada di Tingkatan 3 lagi sebelum keduanya melanjutkan pengajian di Universiti Al Azhar.
Oleh kerana keduanya sudah kenal sejak sekolah menengah dan lama berhubungan melalui surat, keduanya mengambil keputusan berkahwin walaupun belum habis pengajian.
Ads
Biarpun ketika itu hidup susah kerana hanya ada motor terpakai dan juga sedikit duit biasiswa, namun keduanya tetap tabah hadapi dugaan.
Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat . Semoga terus sihat , panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidup mu . Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa..
Berkat perkahwinan ini Allah Swt tambah rezeki kita dari hari ke hari . Alhamdulillah . Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke Syurga . Semoga Allah turunkan kasih sayang Nya pada keluarga kita..
Ads
Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012 . Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar . Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin . Hanya ada motor kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian . Tapi sebab kenal dari form 3 , lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang..
Muka saya pun masa ni sangat remaja . Alhamdulillah selepas guna collogen kurma , muka jadi berseri dan matang sikit . ..
Pasangan bahagia ini sudah tujuh tahun berkahwin dan sudah dikurniakan tiga cahayamata. Dalam posting terdahulu PU Amin juga turut berterima kasih pada Allah kerana hubungan mereka suami isteri masih kekal hingga kini.
Dia turut mendoakan agar hubungan terus diberkati, dijauhi segala keburukan serta mudahkan urusan keduanya untuk bercinta hingga ke jannah.
Alhamdulillah . Hari ini genap 7 tahun perjalanan hidup kami sebagai suami isteri . Doakan agar hubungan ini terus diberkati , dijauhkan dari segala keburukan dan dimudahkan urusan untuk terus bercinta ke Syurga . Terima kasih Ya Allah atas nikmat kehidupan ini . Doakan juga agar isteri dan anak anak saya terus diberikan kesihatan yang baik . Terima kasih semua . Semoga doa yang baik baik ini akan dikembalikan juga kepada kalian semua . #Anniversary7#Super7#Alhamdulillah
Jasanya kepada rakyat Malaysia cukup besar. Malah dirinya disanjung kerana tidak memerlukan populariti sebaliknya “bergerak sepantas kilat” sebaik mengetahui ada masyarakat diuji dengan kesusahan hidup selain menyampaikan dakwah dengan turun ke jalanan bagi memastikan tiada golongan terpinggir.
Tidak kira di mana, baik di negara sendiri malah Ustaz Ebit Lew turut menyumbang kepada negara luar seperti Afrika dan terkini berada di bumi anbia, Palestin bagi memberi bantuan sebaik negara itu dibedil zionis Isreal dalam peperangan awal Syawal lalu.
Ramai mengucapkan rasa syukur dengan misi bantuan yang diberi Ustaz Ebit kepada masyarakat di sana. Bahkan ramai mendoakan dirinya selamat pergi dan balik kerana jiwanya sangat murni membantu sesama Muslim yang dilanda ujian berat.
Malah dalam status terakhir di kemas kini di fbnya ialah pada 27 Mei lalu di mana Ustaz Ebit Lew memaklumkan dirinya berada di Mesir dan bekerja sama dengan pihak di sana bagi menyalur bantuan ke Palestin.
Kongsinya, “Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan 2 trelar besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini. Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent. Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua. Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra bersama membantu sepanjang misi.
Namun mulai malam ini, nama Ustaz disayangi ramai ini kembali popular dalam carian enjin di FB kerana fbnya dilihat tidak dikemas kini pada tarikh terakhir itu sekaligus ramai yang berada risau di mana keberadaan Ustaz dan pasukannya pemberi bantuan itu berada sekarang.
Ini kerana amat jarang dirinya tidak mengemas kini misi bantuan dilakukan sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana keadaan dirinya dan apakah yang telah terjadi?
Mari kita doakan agar dirinya dan pasukannya sentiasa selamat dalam jagaan Allah di negara orang. Ini kerana ramai yang sayangkan dirinya. Gambar: FB Ustaz Ebit Lew.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa sangka wabak pandemik Covid-19 kini telah memasuki gelombang ketiga.
Dan kita sangat digalakkan untuk mengikut SOP ditetapkan sepeti memakai pelitup muka atau ‘mask’ dan juga mengamalkan kebersihan kendiri bagi menghalang penularan virus ini.
Pemakaian ‘mask’ yang betul perlu diikuti oleh semua termasuk mereka yang memakai purdah untuk mengurangkanp risiko dijangkiti Covid-19 ini.
Gambar sekadar hiasan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang mereka daripada dijangkiti.
“Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat awam bermula pada 1 Ogos lalu. Ada dua jenis pelitup muka yang boleh dipakai untuk tujuan pencegahan iaitu pelitup muka perubatan dan bukan perubatan.
“Pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak bergejala tetapi berada di tempat awam dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka yang mempunyai tiga lapisan fabrik, jadi kita perlu mengikut syor WHO,” katanya pada satu sidang media.
Dr Noor Hisham.
Beliau berkata, pemakaian purdah satu lapisan tidak mencukupi untuk melindungi individu terbabit daripada dijangkiti.
Justeru, beliau mencadangkan individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah. Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.
Alangkah gembiranya hati apabila disahkan hamil anak pertama. Kalau boleh mahukan anak pertama lelaki kerana dikatakan boleh menjaga kita bila sudah tua, uzur dan tidak sihat nanti.
Namun bagaimana jika ditakdirkan kemudiannya mengandung lagi dan diberikan rezeki anak perempuan. Bukan satu tetapi lebih dari lima.
Sebenarnya itu semua adalah rezeki dari Tuhan. Tidak ada salahnya menerima rezeki anak perempuan kerana ia juga adalah anugerah terindah dari Allah SWT.
Sebenarnya terdapat banyak kelebihannya mempunyai anak perempuan yang ramai. Jadi jangan mengeluh jika asyik dianugerahkan anak perempuan yang ramai daripada lelaki.
Untung juga mempunyai anak perempuan ramai kerana menantu anda nanti semuanya adalah lelaki dan pastikan mendapat Imam terbaik untuk anak-anak perempuanmu.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, kita semak lagi beberapa kelebihan lain mempunyai anak perempuan yang ramai dalam keluarga!
1. Pelindung Dari Api Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad). Jika seorang pasangan suami diberi anugerah oleh Allah seorang anak perempuan dan mendidik mereka ini ke jalan Allah, maka akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
Anak perempuan yang dididik dengan kasih sayang hingga mampu menjadi anak yang solehah seperti memiliki hati yang lembut, menutup aurat, dan berbakti hasil didikan orang tua dalam memastikan mereka jadi insan berguna.
Turut mengajar cara bergaul dengan orang lain dengan baik, menjadi anak sholehah dan menjadi penghalang orang tua dari api neraka
2. Dekat Dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini. beliau menggabungkan jari jarinya”. (HR Muslim). rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan sholehah, yakni Fatimah Az Zahra.
Pada hari kiamat nanti, orang tua yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghidupi semata kerana Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat. Kenikmatan tersebut merupakan salah satu tanda wujud kasih sayang Allah kepada wanita.
3. Jalan Masuk Surga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak laki laki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam surga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin syurga bagi orang tua yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki. Ciri-ciri wanita penghuni syurga ialah yang menerima anugerah Allah berupa anak perempuan dengan bahagia dan mendidiknya semata-mata kerana Allah.
4. Lebih Dekat Memiliki Hati Nurani
Anak perempuan memiliki hati yang lebih lembut. Mereka ini sebenarnya lebih dekat dengan orang tua terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Orang tua wajib menjaga dan melindungi anak perempuannya dari jalan atau pergaulan yang salah.
Perlu memberi mereka dengan ilmu agama sejak kecil, sehinggalah dewasa dan mereka akan faham tentang ilmu agama dan memiliki pendekatan yang lebih dengan orang tuanya. Ini kerana hasil didikan nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti. Tetap ada pula hak orang tua terhadap anak perempuannya yang sudah menikah sebab orang tualah yang mendidik menjadi wanita yang berbakti.
5. Pelindung di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki 3 anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jelas dari hadis tersebut bahawa seseorang yang dianugerahi Allah 3 anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya serta bekerja keras untuk mendidiknya menjadi anak solehah. Dan kelak akan dilindungi ketika hari kiamat kerana kebaikannya pada ketiga anaknya. itulah salah satu perlindungan ketika hari kiamat menurut Islam.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut, umumya anak perempuan sudah biasa bermain dengan segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti boneka yang cantik atau bermain masak memasak.
Hal tersebut merupakan cermin kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas anak perempuan. Orang tua harus memastikan mereka menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap orang tua dan orang lain.
7. Mudah Dalam Membantu Orang Tua
Anak perempuan lebih senang bermain di rumah daripada keluar berpeleseran. Hal tersebut menjadi sisi positif jika kedua orang tua dapat mendidiknya. Orang tua dapat memastikannnya dalam melatih mereka tentang kewajiban perempuan sejak kecil lagi, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian orang tua akan merasa sangat terbantu ketika anak perempuan tersebut sudah mampu membantu orang tuanya. Selain termasuk didikan agar anak dapat berbakti kepada orang tuanya dan menjadikan ilmu yang sangat bermanfaat apabila sudah dewasa nanti.
8. Khabar Gembira Dari Allah
“Apabila mereka diberi kabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59). Dikurniakan anak perempuan sesungguhnya adalah sebuah perkhabaran gembira dari Allah. Bagi orang yang menolak hal tersebut akan di pandang hina oleh Allah. Ini kerana Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cermin Ibu
Anak perempuan juga merupakan cermin dari ibunya. Jika seorang ibu mampu mendidik anak ini dengan cara yang islami dan menghindarkannya dari pengaruh buruk lingkungan, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Oleh sebab itu sebagai orang tua harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru dan kemudian barulah mengajar pada anaknya.
10. Memberi Kebanggaan
Pada masa sekarang, kaum perempuan turut memiliki kelebihan yang sama dengan lelaki baik dalam hal pendidikan maupun pekerjaan. Orang tua yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkan hingga dewasa dan memiliki sifat yang solehah, sudah tentu akan merasa bangga kerana mampu menjadian anaknya tersebut berjaya dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Jalan Untuk Berbuat Baik
“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke surga”. (Shahih Al Adabil Mufrad). Keutamaan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Ini menjadikan kita sebagai orang tuanya yang berhasil mendidik sebaik mungkin sesuai dengan kemampuannya. Malah ini juga membuka jalan untuk selalu berbuat kebaikan dan jalan mendapatkan pahala.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi putrinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu putriku?”. (HR Bukhari). Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh orang tua. Lebih dikhawatirkan dalam kesehariannya, juga lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang. Memiliki anak perempuan dapat menjadi saham untuk meningkatkan kasih sayang, sehingga dapat meningkatkan kasih sayang dan terima rahmat Allah pula bagi orang tuanya.
13. Dimuliakan Oleh Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Qur’an dan hadist bahwa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil. Selama masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga. Sungguh keutamaan memiliki anak perempuan dalam Islam ialah orang tuanya akan menjadi hamba yang beruntung sebab pintu amalan kebaikan sentiasa erbuka dengan lebar.
14. Memiliki Darjat Yang Sama
Anak perempuan memiliki darjat yang sama dengan anak lelaki. Anak perempuan tidak berbeza dalam hal kepandaian dalam pendidikan maupun dalam pekerjaan. Keutamaan memiliki anak perempuan dalam Islam ialah anak perempuan tersebut tidak memiliki perbezaan di mata Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat kebaikan.
15. Lebih Cerdas Dalam Ilmu & Menerima Nasihat
Anak perempuan yang cenderung menurut dan akan memudahkan orang tua dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semua anak perempuan baik dan penurut. Hal itu bergantung dari cara orang tuanya mendidik sejak kecil dan bagaimana mereka menanam kesadaran nurani Islami di hati anaknya.
Anak perempuan yang soleh, dalam pergaulan atau dalam lingkungan apapun akan tetap mengingat nasihat orang tuanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusan. Hal itu akan terjadi jika orang tua berhasil menanam rasa bakti sejak azali lagi.
Keutamaan memiliki anak perempuan dalam Islam ialah ujian bagi orang tua untuk melakukan hal tersebut. Orang tua memiliki tanggung jawab untuk mendidik anak perempuannya hingga mereka menikah dan telah memiliki suami sebagai pemimpinnya.
Ujian tersebut akan menajdikan orang tua lebih sabar ketika memberi ilmu dan memberi nasihat sehingga kelak anaknya bisa tumbuh menjadi wanita yang cerdas dan sholehah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...