Ada kala bila makan beramai-ramai ada antara kita yang bercakap tentang sunnah kunyah 40 kali sebelum menelan. Jika diikut, tak dapat dinafikan waktu makan akan mengambil masa.
Tapi kembali kepada perkara utama, adakah hadis yang disandarkan untuk melakukan sunnah ini?
Dalam hal ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjawab persoalan ini berdasarkan penjelasan Imam Al Nawawi yang turut ditanya berkenaan hal ni.
Imam al-Nawawi Rahimahullah pernah ditanya soalan yang hampir sama iaitu adakah benar Nabi SAW memerintahkan untuk mengecilkan makanan serta menghancurkannya (di dalam mulut sebelum ditelan) ketika makan.
Imam al-Nawawi menjawab persoalan di atas dengan menyatakan:
Ads
“Tidak ada langsung hadith yang sahih dalam perkara ini. Akan tetapi, ia adalah satu perkara yang baik kerana itu lebih sesuai (sopan) ketika makan bersama orang lain dan ia juga bertujuan untuk mengajar, ataupun boleh jadi makanan itu sukar untuk dikunyah disebabkan dia seorang yang dhaif (lemah) ataupun disebabkan seseorang itu sudah kenyang dan dikhuatiri jika dia mengangkat tangannya (berhenti daripada makan) akan menyebabkan orang lain yang sedangkan makan akan turut sama berhenti sedangkan mereka itu masih berhajat kepada makanan tersebut (lapar) atau seumpama dengannya yang melibatkan tujuan-tujuan yang baik.” [Lihat: al-Manthurat, 104]
Bagaimanapun berkaitan perbuatan menjilat jari selepas daripada makan ia ada dinyatakan di dalam hadith yang sahih. Antaranya:
Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya.” [Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)]
Selain itu juga, beliau menyatakan lagi cara menjilat jari adalah bermula dengan jari tengah, kemudian telunjuk dan seterusnya ibu jari. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Thabaran.
Ads
Kesimpulannya, perbuatan menguyah sebanyak 40 kali sebelum ditelan tidak mempunyai sandaran yang sahih daripada agama ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam fatwanya. Akan tetapi, hal tersebut adalah baik jika tujuannya adalah untuk perkara-perkara yang baik sepertimana yang kami jelaskan di atas.
Bagaimanapun perbuatan menjilat jari selepas daripada makan adalah sunnah kerana terdapat hadith yang sahih menceritakan akan hal tersebut.
Solat merupakan satu suruhan dari Allah yang diwajibkan bagi setiap Muslim. Ia wajib dilakukan tidak kira di mana atau dalam apa jua situasi.
Tiada alasan untuk kita tidak mendirikannya lagi-lagi jika keadaan fizikal dan mental
sempurna dia tiada cacat celanya.
Semalam viral menerusi satu perkongsian video diperoleh dari Instagram Ilmfeed memaparkan situasi di mana seorang lelaki yang sedang solat berdiri menggunakan kaki palsu hingga mencuri tumpuan warganet.
Dalam situasi ini, jemaah OKU ini turut bersembahyang berjemaah bersama jemaah normal lain dalam satu saf solat.
Ternyata amalan solat yang dilakukan walaupun menggunakan kaki palsu tetap disempurnakan dengan sebaiknya dan tidak ada alasan untuk meninggalkan suruhan yang satu ini.
Biarpun video itu dirakamkan di luar negara, tetapi telah memberi kesedaran kepada netizen betapa kukuh iman seseorang itu untuk berusaha beribadah walaupun diri serba kekurangan.
Malah kapsyen ditulis juga cukup menyentuh hati apabila mengingatkan kita supaya
menunaikan solat tanpa alasan dan bersyukur kerana dikurniakan tubuh yang sihat
dan memudahkan urusan untuk mengerjakan ibadah.
Video berdurasi 1 minit ini nyata mengundang sebak netizen dan rata-rata memberikan komen yang positif.
fatin.zil Subhanallah. Hope this can motivate us to perfom a better salah
syaefulrizal Mashaa Allah karena selama kita hidup, tidak ada alasan bagi kita untuk meninggalkan Sholat hingga ajal menjemput.
Apa yang biasa kita buat selepas sejam waktu subuh? Biasanya bagi yang bekerja agar segera bersiap untuk ke tempat kerja. Keluar awal kerana mahu elak kesesakan jalan raya. Bagi ibu-ibu pula sambil bersiap ke tempat kerja, siapkan anak-anak untuk ke sekolah.
Kalau waktu hujung minggu pula ada yang mengambil kesempatan untuk tidur semula selepas selesai menunaikan solat subuh. Sebenarnya satu jam selepas subuh itu cukup bermakna dalam kehidupan kita.
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Membaca al-Quran di bulan Ramadan ganjarannya cukup besar. Antaranya mereka yang membaca al-Quran akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Allah mengangkat derajat sebagian kaum melalui kitab ini (Al-Quran) dan Dia merendahkan sebagian kaum yang lain melalui kitab ini juga,” (H.R. Muslim).
Selain itu ganjaran pahala membaca al-quran di bulan Ramadan juga dlipatgandakan. Jadi alangkah ruginya jika kita tidak mengambil peluang ini untuk melakukannya. Paling tidak khatam al-Quran sekali dalam bulan yang mulia ini.
Bagi yang mencari cara atau rutin yang boleh diamalkan untuk memastikan khatam al-quran sekurang-kurangnya sekali boleh gunakan panduan yang dikongsi ini. Kita juga boleh khatam al-Quran dua atau tiga kali dengan cara ini. Apa yang penting istiqomah.
Kiraannya begini:
Al-Quran ada 604 muka surat, untuk khatam satu kali di bulan Ramadan kita cuma perlu baca sekurang-kurangnya 20 muka surat sehari. Caranya:
Khatam Al Quran Sekali Dalam Bulan Ramadan
Waktu Subuh – baca 4 muka surat
Waktu Zohor – baca 4 muka surat
Waktu Asar – baca 4 muka surat
Waktu Maghrib – baca 4 muka surat
Waktu Isyak – baca 4 muka surat
Jumlah 30 hari: 600 muka surat
Khatam Al Quran 2 Kali Dalam Bulan Ramadan
Waktu Subuh – baca 8 muka surat
Waktu Zohor – baca 8 muka surat
Waktu Asar – baca 8 muka surat
Waktu Maghrib – baca 8 muka surat
Waktu Isyak – baca 8 muka surat
Jumlah 30 hari: 1200 muka surat
Khatam Al Quran 3 kali Dalam Bulan Ramadan
Waktu Subuh – baca 12 muka surat
Waktu Zohor – baca 12 muka surat
Waktu Asar – baca 12 muka surat
Waktu Maghrib – baca 12 muka surat
Waktu Isyak – baca 12 muka surat
Jumlah 30 hari: 1800 muka surat
Nota: Ada beberapa kita perlu lebihkan 1-2 muka surat untuk melengkapkan khatam al-Quran menggunakan panduan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...