Menjelang aidilfitri, tanah perkuburan agak penuh dengan kehadiran anak-anak yang menziarahi arwah ibu bapa yang telah lama meningggalkan kita.
Benarkah roh ibu bapa yang sudah meninggal akan menunggu kehadiran anak-anak dan adakah benar ada waktu-waktu afdal menziarahi kubur. Ikuti kupasan ini.
Assalamualaikum. Soalan :-
Dalam satu pengajian kitab Riyadussolihin, dinyatakan tentang adab menziarahi kubur ibubapa.
a. Benarkah roh ibu bapa menunggu di kubur pada petang Khamis, hari Jumaat dan pagi Sabtu?
b. Benarkah anak derhaka akan dicatat sebagai anak yang taat apabila menziarahi kubur ibubapa pada hari tersebut?
c. Apakah pahala membaca Surah Yasin di kubur mereka?
Jawapan :-
1. Kitab yang baik perlu dihurai dengan penuh disiplin ilmu.
Kitab Riyad al-Salihin sangat baik dibuat pengajian. Namun yang lebih penting ialah pengajar ataupun guru mesti ada kelayakan dan amanah terhadap ilmu, kerana hadith tidak boleh dihurai sesuka hati.
Tidak boleh pula hadith yang sahih dihurai dengan menggunakan hadith yang palsu.
Ada disiplin ilmu yang mesti dipatuhi.
2. Riwayat Tidak Thabit
Ads
Semua dakwaan di atas sebenarnya berpunca daripada beberapa riwayat yang TIDAK THABIT, iaitu riwayat daif jiddan dan juga riwayat palsu.
Antaranya :
من زار قبر والديه أو أحدهما كل جمعة غفر له وكتب بارًا
Dakwaan bahawa hadith-hadith seumpama ini terdapat dalam Sahih Bukhari adalah suatu bentuk pembohongan atas nama Sahih Bukhari. Tiada hadith begini dalam Sahih Bukhari.
Hadith daif jiddan tidak boleh dijadikan hujah, dan tidak dijadikan hujah oleh para ulama’. Apatah lagi riwayat palsu.
Begitu juga amalan membaca Yasin di kubur ibubapa pada hari Jumaat, ia berpunca daripada hadith palsu.
3. Roh Tidak Kembali Ke Alam Dunia
Tidak ada sebarang nas yang thabit menunjukkan roh ibubapa kembali ke jasad pada waktu tertentu seperti Khamis selepas Asar dan sebagainya.
Roh berada dalam alam barzakh, bukan alam dunia. Semasa disoal di dalam kubur, roh (ataupun yang lebih tepat ialah nafs) bukan kembali ke alam dunia, tetapi berada di alam barzakh. Apabila kita memberi salam kepada penghuni kubur sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw, roh/nafs juga mendengarnya di alam barzakh, bukan kerana mereka pulang ke alam dunia.
Kepercayaan roh dapat kembali semula ke alam dunia telah menimbulkan pelbagai salah faham agama yang lain, seperti memohon hajat di kubur, memuja roh dan lain-lain.
Antara karya dan kajian ilmiah yang penting dirujuk dalam hal ini ialah karya Dr Ahmad Karrar Ahmad al-Syanqiti, iaitu Mahiyah al-Nafs. Kajian ini sangat bermanfaat untuk diteliti bagi memahami perbezaan di antara al-ruh dengan al-nafs.
Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadith, beliau menjelaskan dengan baik bahawa yang kembali kepada badan semasa disoal dalam kubur ialah al-nafs, bukan al-ruh.
Ads
4. Tiada Waktu Khusus Untuk Ziarah Kubur
Tidak ada sebarang nas yang thabit menyuruh kita menziarahi kubur pada waktu ataupun hari tertentu. Oleh itu, tiada waktu khusus untuk menziarahi kubur.
Disunatkan kita menziarahi kubur pada bila-bila masa yang sesuai, termasuk kubur ibubapa, kerana menziarahi kubur boleh mengingatkan kita kepada kematian.
Amalan menziarahi kubur ibubapa kerana menyangka roh mereka menunggu di kubur pada waktu-waktu yang tertentu tidak menepati ajaran Rasulullah saw, kerana Rasulullah saw menyuruh kita menziarahi kubur kerana amalan tersebut boleh mengingatkan kita kepada kematian.
5. Ziarah Kubur Untuk Mengingati Mati
Manfaat utama disunatkan menziarahi kubur ialah untuk mengingatkan kita kepada kematian.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ :
اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى فِى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِى أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِى فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ
Maksudnya :
Abu Hurairah berkata : Nabi Muhammad saw menziarahi kubur ibunya, baginda menangis, lalu orang-orang disekitar baginda pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda, “Aku memohon izin daripada Tuhanku untuk meminta keampunan bagi ibuku, tetapi aku tidak diizinkan. Aku pun memohon izin daripadaNya untuk menziarahi kubur ibuku, dan aku diizinkan. Ziarahilah kubur kerana ziarah kubur itu memberi peringatan tentang kematian.
(Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Allah Azza wa Jalla Mengizinkan Nabi Muhammad saw Menziarahi Kubur Ibunya)
Sabda Nabi Muhammad saw :
كنت نهيتكم عن زيارة القبور، ألا فزوروها فإنها تذكركم بالأخرة.
Maksudnya : Pernah aku melarang kalian menziarahi kubur, namun sekarang ziarahlah, kerana kubur itu boleh mengingatkan kalian kepada hari akhirat.
(Mustadrak al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Albani.)
Adapun berdoa untuk si mati, ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tidak semestinya di kubur.
Walau bagaimanapun, apabila kita menziarahi kubur, kita disunatkan supaya mendoakan kebaikan buat ahli kubur, termasuk ibubapa kita. Kita juga
السلام عليكم اهل الديار، من المؤمنين والمسلمين، وإنا إن شاء الله بكم للاحقون، أسأل الله لنا ولكم العافية.
Ads
6. Al-Quran dibaca di rumah, bukan di kubur
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“لا تجعلوا بيوتكم قبورا، إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة.”
Maksudnya :
“Jangan kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kubur. Syaitan lari daripada rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.’
(Sahib Muslim, Kitab Solah al-Musafirin wa Qasriha)
Maksudnya, kubur bukan tempat yang disarankan secara khusus untuk membaca al-Quran. Bacalah al-Quran di rumah, jangan jadikan rumah seperti kubur.
Masyarakat kita suatu ketika dahulu pernah membaca al-Quran untuk dihadiahkan kepada orang yang sudah meninggal dunia, bukan untuk dipelajari dan diamalkan. Al-Quran jarang dibaca di rumah, tetapi sering dibaca di kubur. Jangan diulangi kesilapan lama itu.
7. Dosa Derhaka Mesti Bertaubat
Menziarahi kubur ibubapa TIDAK SAMA seperti berbuat baik kepada ibu bapa semasa di dunia
Menziarahi kubur ibubapa tidak menyebabkan dosa anak derhaka terampun. Dosa derhaka terhadap ibubapa mesti bertaubat bersungguh-sungguh memohon keampunan dari-Nya.
Apabila ibu bapa sudah meninggal dunia, anak yang menyesali dosa derhaka masih berpeluang berbuat baik kepada ibubapa yang telah meninggal dunia dengan menghubungkan silaturrahim dengan orang yang selalu dihubungi oleh ibubapa, bersedekah untuk ibubapa, sentiasa memohon keampunan untuk ibubapa serta mendoakan kebaikan untuk mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh semua anak, walaupun mereka berjauhan daripada kubur ibubapa.
Kepada anak yang masih mempunyai ibubapa, berbuat baiklah kepada mereka sebelum Allah menarik peluang itu daripada kita.
8. Pesanan Untuk Pencari ‘Ilmu’
Sesiapa sahaja boleh menulis sesuatu dan menyebarkannya. Begitu juga dengan ceramah dan tazkirah, sesiapa sahaja boleh menarik perhatian dengan pandai mengungkapkan sesuatu dengan baik.
Namun menjadi tanggungjawab kita sebagai individu untuk berusaha memastikan apa yang dikatakan sebagai ilmu agama itu datang daripada sumber yang berautoriti.
Agama mesti difahami dalam bentuk dan wajahnya yang asal, kerana itulah yang membawa rahmat. Kenyataan dan maklumat yang bercampur aduk antara yang benar dan yang salah boleh mengeruhkan kefahaman terhadap agama, yang asalnya jernih.
Pesan Ibn Sirin :
إن هذا العلم دين، فانظروا عمن تأخذون دينكم
“Sesungguhnya ilmu ini adalah AGAMA, maka perhatikan daripada siapa kamu mengambil agama kamu.”
والله أعلم
Sumber : Ustazah Nabilah Hasan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Sunat bayi perempuan dalam islam wajib.’ Sengaja cipta isu, khitan cara Islam insyallah selamat. Khitan wanita tidak perlu dipolemikkan! Tiap-tiap tahun mesti timbul desakan ini. Saranan pengharaman adalah berdasarkan kajian.
Namun dalam persidangan sebelum ini, pihak Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) terbuka mendengar kajian untuk melihat sejauh mana mudharat praktis yang diamalkan di Malaysia tapi setakat ini pandangan ini turut disangkal oleh pengamal perubatan yang lain.
Ikuti perkongsian Persatuan Ulama’ Malaysia sekali lagi menegaskan hukum khitan bagi bayi perempuan:
Persatuan Ulama Malaysia telah mengadakan sidang meja bulat dengan pakar-pakar yang dijemput untuk membincangkan mengenai isu khitan wanita (kanak-kanak perempuan).
Ia diadakan dua tahun yang lalu iaitu pada 9 Feb 2021. Dalam sidang ini, terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan.
Sunat Bayi Perempuan Dalam Islam Wajib
Ada yang tidak bersetuju dengan hujahan-hujahannya, ada yang bersetuju juga dengan hujahan masing-masing.
Secara ringkasnya, PUM berpandangan isu ini tidak perlu dipolemikkan. Pandangan yang membolehkannya (mewajibkannya) masih lagi kuat. Ia tidak sama dengan FGM yang dibimbangi barat.
Sengaja Cipta Isu, Khitan Cara Islam Insyallah Selamat
Muzakarah Fatwa Kebangsaan dalam isu ini telah ada sejak 2009 lagi. Ia perlu dihormati. Jika terdapat keperluan kajian semula, maka ia perlu pandangan pakar (perubatan & syariah).
Berasaskan sidang meja bulat yang dianjurkan PUM pada tahun 2021 tersebut, PUM telah mengeluarkan resolusi sebagai panduan kepada semua dalam melihat isu ini.
Kashoorga: Khatan bayi perempuan akan menjadikan seseorang wanita itu lebih bersih dan membawa kepada kesempurnaan agama. “Khatan ialah sunnah bagi lelaki dan kemuliaan bagi Wanita”
Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49).
Namun sebelum membina alam rumahtangga, sudah pasti ibu bapa berperanan menasihati pasangan termasuk memberi pendapat mengenai calon yang akan berpacaran dengan anak mereka.
Ini termasuklah bertemu orang alim untuk meminta pendapat sebelum sesuatu hubungan diputuskan sesuai atau tidak kerana tiada ibu bapa yang mahu melihat anak merana dalam perkahwinan.
Bolehkah meminta nasihat dari alim ulama berdasarkan gambar, tarikh lahir, nama ibu bapa dan sebagainya dan apakah hukumnya. Mufti Negeri Sembilan memberikan penjelasan berkaitan isu ini.
Soalan:-
Saya ingin mendapatkan pencerahan berkaitan firasat. Saya dan pasangan ingin mendirikan rumah tangga, namun telah mendapat tentangn keras dari ibu pasangan, ibunya adalah pengikut tarikat dan menurutnya, beliau telah berjanji taat dan akur dengan nasihat guru mursyid beliau dan antara nasihat guru ialah tidak membenarkan kami berkahwin.
Menurut guru, berdasarkan firasat beliau dan melalui gambar, nama saya, nama kedua ibu bapa & tarikh lahir, kami dipercayai tidak bersesuaian dan akan membawa kepada penceraian jika kami masih meneruskan hajat kami.
Saya seorang muslim, menutup aurat, berkerjaya, dari keluarga yang baik dan sepanjang proses berkenalan, kami percaya yang kami melengkapi antara satu sama lain. Sedangkan agama sudah menggariskan panduan dalam memilih jodoh akan tetapi mengapa masih wujud golongan yang masih meminta minta firasat dari orang yang dianggap “mursyid’ dan menyukarkan lagi urusan mendirikan masjid untuk kami.
Saya berharap Dr/Ustaz dapat membantu saya mendapatkan jawapan bagi kekeliruan saya ini. Saya yakin firasat dari orang orang alim itu wujud, tapi perlukah ia sampai ke tahap menghalang sebuah pernikahan? Saya juga mohon nasihat dari Dr jika kami masih mahu mendirikan rumah tangga. Bagaimana kami perlu menghadapi ketaksuban si ibu kepada guru & bagaimana kami boleh menjelaskan kepada guru beliau agar guru membenarkan kami meneruskan hajat kami.
Jawapan:-
Di dalam Islam, setiap perkataan adalah boleh diterima dan boleh juga diterima melainkan Sabda Baginda SAW. Imam Malik bin Anas (mazhab Maliki/guru imam As-Syafie) pernah mengatakan
“Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi SAW).”
Di dalam Islam, sunnah memilih wanita adalah berdasarkan Sabda Nabi SAW Rasulullah SAW bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat faktor iaitu agama keturunan, harta dan kecantikannya. Pilihlah wanita yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang rugi” (HR Bukhari dan Muslim).
Seseorang guru mursyid mestilah menurut Sunnah Rasulullah dalam mengeluarkan pendapat atau pandangan lebih-lebih lagi apabila melibatkan masa depan seseorang iaitu perkahwinan.
Firasat orang beriman disebut al-Mutawasimin seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis. Firman Allah SWT :-
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لاءَايَٰتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. Surah al-Hijr ayat 75
Abū al-Fidāʾ Ismāʿ īl ibn ʿ Umar ibn Kathīr (1303-1373) dalam kitabnya Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓ īm menyebutkan bahawa makna al-Mutawasimīn sebagaimana yang dinukilkan daripada Mujāhid ialah al-mutafarrisīn (orang-orang yang memiliki firasat).
Sebahagian penduduk Madinah pula memahami makna al-Mutawasimīn dengan al-Muta’ammilīn (orang yang memperhatikan). Daripada Anas ibn Mālik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (Ibn Kathīr 2002, 4: 543):
“اتقوا فراسة المؤمن؛ فإنه ينظر بنور الله”، ثم قرأ: {إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ}
Maksudnya:-
Sesungguhnya Allah SWT itu memiliki hamba-hamba yang mengetahui manusia melalui firasat. Hamba-hamba yang dimaksudkan di sini ialah orang soleh yang mana di dalam hatinya tidak pernah kosong dari mengingati Allah SWT dan terhindar dari perkara-perkara yang boleh menjerumuskan ke arah kemaksiatan kepada Tuhannya.
Oleh itu sebarang saranan atau firasat dari org mu’min mestilah menepati syarat yang utama iaitu ia seorang yang bertaqwa dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Kedatangan Imam Mahadi.’ Boleh percaya, tapi Mufti Pulau Pinang minta jangan mudah terpengaruh. Tidak dinafikan tidak salah kita mempercayai kedatangan Imam Mahadi.
Namun janganlah keterlaluan kerana tiada sumber sahih setakat ini menyatakan bila munculnya Imam Mahadi.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam tidak memberi perhatian yang berlebihan mengenai isu kedatangan Imam Mahadi.
Katanya, ini berikutan banyak dakwaan mengenai kelahiran Imam Mahadi oleh pelbagai pihak akhir-akhir ini, dibimbangi boleh mengelirukan masyarakat Islam, terutama mereka yang kurang dari segi pengetahuan agama.
Boleh Percaya
Jelasnya, umat Islam masih memiliki dua sumber sahih bagi dijadikan pedoman dan panduan kehidupan iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah, maka berpegang kepada kedua-duanya sudah cukup bagi membangun kehidupan yang baik, maju dan mulia.
“Lazimnya kedatangan Imam Mahadi dikaitkan dengan harapan bagi memenuhi muka bumi ini dengan keadilan setelah ia diselubungi kezaliman.
“Dalam kalangan masyarakat Islam termasuk di Malaysia, kepercayaan berhubung kelahiran Imam Mahadi ini bersumberkan puluhan hadis, antaranya ada yang sahih, namun kebanyakannya adalah daif,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Tapi Mufti Pulau Pinang
Menurut Wan Salim, dalil mengenai kelahiran Imam Mahadi yang dinanti itu sering dijadikan objek perbincangan dalam kalangan ulama, namun tiada dalil menunjukkan kepada kemustahilannya.
Katanya, kemunculan Imam Mahadi boleh dipercayai, namun sesiapa yang tidak percaya tidaklah jatuh kafir.
“Pada pandangan saya umat Islam tidak perlu memberi perhatian berlebihan berhubung isu ini dan mampu mengembalikan tamadun gemilang tanpa perlu menunggu kedatangan ‘Sang Penyelamat’ yang tidak diketahui secara pasti masa kemunculannya,” katanya.
Jelas Wan Salim berikutan laporan media susulan keputusan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) menutup pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad di Kampung Batu 8 Labu, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Penutupan dibuat JMNS selepas menerima aduan tarekat itu melakukan perbuatan bercanggah dengan hukum syarak serta bercanggah dengan bentuk pengamalan tarekat tasawuf direkodkan dalam daftar mengikut perenggan 11(1)(h) Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005.
Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, dakwaan Imam Mahadi akan muncul pada Hari Arafah tahun ini antara punca tarekat itu disiasat JMNS.
Dakwaan itu dimaklumkan oleh sebahagian pengikut tarekat berkenaan kepada JMNS selepas mereka mula menyedari pengamalan yang dilakukan Habib Shah Firdaus bertentangan dengan hukum syarak.
Seronok beraya, pergi rumah terbuka bertemu saudara mara dan rakan taulan tapi tanpa sedar kita turut sama melakukan dosa.Dikongsi oleh Ustazah Asma' Harun, terdapat...