“Benarlah Doa Ibu Tiada Hijabnya” – Gadis Ini Terharu Dapat 3 Kerja Sekaligus Lepas Menangis Depan Emak

Share
Ibu adalah insan mulia yang mengandung kita selama 9 bulan dan kemudian melahir serta membesarkan dengan penuh kasih sayang.
Jangan sesekali kita menidakkkan kasih sayang seorang ibu kerana syurga itu terletak di bawah telapak kakinya. Sesungguhnya doa wanita bergelar ibu ini memang tiada hijab dan kuasanya sangat luar biasa.
Gambar sekadar hiasan.

Perkongsian di laman sosial twitter daripada seorang gadis menggunakan akaun nama @syeerazak yang mengakui mendapat peluang pekerjaan sebanyak tiga tawaran setelah memohon untuk ibunya berdoa.

Benarlah, doa mereka antara doa yg tiada hijab. Baru baru ni aku nangis depan mak aku mengadu yg aku dah putus asa nak cari kerja di tempat baru ni, hari2 cuba tapi tak ada juga rezeki. Aku cakap niat aku cuma nak balas jasa mereka saja.

Alhamdulillah semalam aku dapat 3 offer

Rasa macam magic.

Tiba2 ada call sekali 3 offer. Termenung kejap. Rasa macam lajunya doa mereka sampai dan dimakbulkan! Sebak terus rasa bila bagitau kat mama babah and diaorang cuma cakap “baguslah sebab tak putus asa awal. Kerja elok elok. Mama bah sentiasa doakan”

I know sebenarnya itu hasil doa dari kalian. Terima kasih ma bah sebab always selamatkan i dunia akhirat dengan doa.

Kalian sajalah harta dunia akhiratku

Bagi mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu bapa sudah tiada, janganlah bersedih.

Inilah masanya untuk kalian balas jasa mereka dengan sentiasa menghadiahkan doa dan ziarah kubur mereka.

Semoga kalian bertemu dan bersatu kembali di syurga Allah satu hari nanti

Gambar sekadar hiasan.

Perkongsiannya yang tular hingga mendapat lebih 19 ribu reweet dan 22 ribu butang suka ini mendapat respon yang baik dari netizen.

Masing-masing turut berkongsi pengalaman mereka betapa mustajabnya doa yang dimiliki oleh seorang ibu.

Sama nasib, lepas setahun menganggur dan mengadu pada mak, terus dapat kerja & kekal hingga kini

Minta ibu doakan adik untuk dapat kerja & teman interview

Ada insan hebat di sebalik kejayaan anak-anak

Berbulan menganggur kemudian baru dapat kerja lepas minta doa pada emak

Selain sokongan moral, doa emak antara yang paling penting

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat Beri Duit Pada Emak, Allah Ganda Rezeki Datuk Alha

Published by
Siti Zurina