Hubungan

“Benda Boleh Selesai Cara Baik, Cubalah Mengislahkan.’ Hakim Nasihat Diana & Farid Kamil Berdamai

Share

“Benda boleh selesai cara baik, cubalah mengislahkan.’ Hakim nasihat Diana Danielle dan Farid Kamil berdamai.

Mengislahkan membawa maksud ‘berusahalah untuk memperbaiki keadaan’. Secara tak langsung hakim meminta pasangan ini cuba mencari jalan penyelesaian secara baik.

Artikel Berkaitan: 

‘Terma “Shiqaq” Famous Lepas Kes Diana Danielle.’ Dalam Permohonan Cerai, Alasan Ini Sering Digunakan

Benda Boleh Selesai

Pada 20 Mac lalu, Sinar Harian melaporkan, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, yang juga pelakon, Farid, awal bulan ini.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan mereka difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Cara Baik

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling Subang Bestari, Selangor, menasihati Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil berdamai.

Memetik laporan Sinar Harian, Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid berkata demikian ketika ditemui media, selepas prosiding sebutan kes perceraian pasangan pelakon itu di hadapan Hakim syarie, Shukran Yusof.

Cubalah Mengislahkan

Susulan itu, jelas Fakhrul Azman yang mewakili Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, mahkamah memerintahkan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dilantik bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan itu.

Menurutnya lagi, hakim menyatakan, “benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan).

“Proses JKP akan diadakan di pejabat agama Islam di Shah Alam, namun tarikhnya proses itu akan ditentukan kemudian.

“Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Mei depan untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit,” katanya.

Hakim Nasihat

Dalam prosiding ini, Farid yang juga pelakon Lagenda Budak Setan telah melantik kakaknya sebagai wakil JKP manakala pengurus bagi pihak Diana Danielle Danny Beeson, 32.

Seterusnya jelas beliau, proses hakam (kalau JKP tidak mencapai persetujuan) akan dibuat dan hanya mahkamah akan menentukannya.

Hakam adalah satu kaedah yang berlandaskan hukum syarak yang diberi kuasa dalam memutuskan sama ada pertikaian akan diselesaikan dengan cara perdamaian atau perceraian.

Diana & Farid Kamil Berdamai

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana Danielle berkata, keputusan JKP hanya dapat diputuskan selepas menerima laporan perbincangan berkenaan.

Menurutnya, tidak adil untuk kedua-dua pihak sekiranya kita membuat spekulasi.

“Rintangan pertama ialah JKP, selepas itu hakam mahkamah jadi kita kena tunggu, keputusannya akan diketahui hujung bulan depan,” katanya.

Pasangan itu telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Baca Di Sini:

‘Saya Doakan Mereka Bahagia, Tapi Lepaskan Saya.’ Suami ENGGAN Cerai, Apa Pilihan ISTERI?

Kashoorga: Selagi boleh diselamatkan, pasti mahkamah ingin pasangan ini selesaikan secara baik.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat