Tidak pernah tercepat atau terlambat, saat ajal tiba maka terpisahlah kehidupan dunia dan akhirat. Ramai yang menginginkan kematian husnul khatimah khususnya di penghulu segala hari iaitu Jumaat yang mulia.
Ini kerana hari Jumaat adalah sebaik-baik hari sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيرُ يومٍ طَلَعتْ عليه الشمسُ يومَ الجُمُعةِ ، فيه خُلِقَ آدمُ ، وفِيه أُدْخِلَ الجنةَ ، وفيه أُخْرِجَ مِنها ، ولا تَقومُ الساعةُ إِلَّا في يومِ الجُمعةِ
Maksudnya: “Sebaik-baik hari apabila terbitnya matahari adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Adam AS. Pada hari itu juga dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu jugalah dikeluarkan daripadanya (Syurga) dan tidak akan berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 1411]
Arwah yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan bersama team amal dikatakan tiba-tiba rebah di lokasi banjir sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Banting.
Ternyata ia kematian yang cukup dicemburui dimana pada pengakhiran hayatnya, Allah memuliakan insan baik ini yang sentiasa mewakafkan masa dan tenaganya untuk kerja-kerja kebajikan tanpa mengira masa dan tenaga.
Semoga setiap usahnya diberikan ganjaran syurga oleh Allah taala.