‘Berani & Berhati Mulia.’ Demi Selamatkan Kucing, Kanak-Kanak Perempuan Ini Hilang Sebelah Kaki Digilis Lori

Share

‘Berani dan berhati mulia.’ Demi selamatkan kucing, kanak-kanak perempuan ini hilang sebelah kaki digilis lori. Mulia sungguh hatinya biarpun masih kecil, tindakan beraninya harus dipuji.

Malangnya dirinya kehilangan sebelah kakinya akibat digilis ketika mahu menyelamatkan seekor kucing di jalanan. Daripada perasaan sayang kepada binatang, dirinya sanggup berkorban hingga membahayakan nyawanya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Suami Isteri Berhati Mulia, Sanggup Habis Beribu Ringgit Demi Selamatkan Kucing Kurang Upaya

Berani & Berhati Mulia

Kejadian ini bermula apabila kanak-kanak berusia 13 tahun itu bernama Nabila Febrianti, cuba menyelamatkan kucing miliknya yang sedang bermain atas jalan raya berdekatan rumahnya di Sumatera Utara, baru-baru ini.

Ketika dia melintas jalan dan hendak menyelamatkan kucingnya itu, pada masa yang sama ada sebuah lori sedang melintasi kawasan berkenaan.

Disebabkan tidak sempat mengelak, kaki kanak-kanak itu digilis lori berkenaan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Demi Selamatkan Kucing

Kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun terpaksa dirujuk ke pakar susulan daripada kecederaan parah dialaminya.

Menurut ibu Nabila, kecederaan itu terjadi pada bahagian kaki kanan Nabila, manakala kaki kiri hanya luka kecil.

Disebabkan kecederaan parah dan serius pada kaki kanannya, ia terpaksa dipotong oleh pihak hospital.

Kanak-Kanak Perempuan Ini Hilang Sebelah Kaki Digilis Lori

“Akibat digilis lori, kakinya mengalami kecederaan serius dan perlu dipotong,” ujarnya.

Pengorbanan kanak-kanak berkenaan mendapat liputan meluas media tempatan di Indonesia, sehinggakan ketua polis turut melawatnya di hospital bagi memberikan semangat.

Rezeki Nabila juga apabila kisahnya ini turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto yang turut menghulurkan bantuan rawatan kepada anak kecil itu kerana keberaniannya.

Baca Di Sini:

Hebatnya Rezeki Allah. “Tak Sampai 10 Minit Bagi Kucing Makan, Allah Tambah Rezeki Berganda.’

‘Bela Kucing Memang Mulia.’ Tapi Berdosa Besar, Bila Tak Jaga Hak & Menyakiti Hati Jiran

Kashoorga: Semoga kisah ini menjadi inspirasi buatkita semua terutama pada mereka yang tidak empati pada haiwan.

Sumber: Sinar Plus, Tribun News Medan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Published by
Syazwani Mehat