Berat Lakukan Ibadah Dalam Bulan Ramadan, Amalkan Doa Ini Ketika Sujud Terakhir

Share

Berat lakukan ibadah dalam bulan Ramadan, amalkan doa ini ketika sujud terakhir. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya untuk kita sepanjang bulan Ramadan.

Bulan Ramadan adalah bulan beribadat dan mengejar ahala. Namun kadang-kadang timbul ujian dalam usaha meraih ganjaran di bulan yang mulia ini. Dalam keadaan puasa, timbul rasa penat dan berat untuk melakukan ibadah.

Tatkala dalam situasi begini doa yang dikongsi Ustazah Asma’ Harun boleh kita praktikkan kongsikan agar kita merasa ringan beribadat kepada-Nya:

Doa diajar Rasulullah

Menurut beliau doa tersebut diajar oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Muadz bin Jabal agar Allah SWT kurniakan kekuatan dan keringanan untuk beribadah.

Di dalam doa ini, Baginda berpesan kepada Muadz agar membaca doa ini setiap kali di akhir solat dan ketika sujud terakhir sebelum salam. Jadikan ia amalan, Insyaallah besar manfaatnya dalam kehidupan seharian.

Daripada Muadz bin Jabal r.a, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِهِ وَقَالَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW memegang tangannya dan berkata,

يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ فَقَالَ أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ

“Wahai Mu’adz, demi Allah, aku mencintaimu.”

فَقَالَ أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لَا تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ تَقُولُ

Kemudian beliau berkata, “Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu’adz, janganlah engkau tinggalkan setiap selesai solat untuk mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

(Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepada-Mu serta beribadah kepada-Mu dengan baik.)  (HR Abu Daud, hadis sahih)

Kredit: Facebook Ustazah Asma’ Harun

Siapa Muadz bin Jabal

SubhanAllah, siapakah Saidina Muadz bin Jabal ini sehinggakan Rasulullah SAW sangat mencintainya?

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma, beliau menceritakan: “Bahawa Rasulullah SAW ketika mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda berpesan kepadanya:

« إِنَّكَ تَأْتِى قَوْمًا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ. فَادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّى رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِى كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ »

Maksudnya:

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi sekelompok kaum dari Ahli Kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, dan bersaksi bahwa aku adalah utusan Allah.

Jika sekiranya mereka mentaatimu akan hal tersebut, maka beritahulah mereka sesungguhnya Allah telah mewajibkan atas mereka solat lima waktu setiap harinya”.
(HR Bukhari & Muslim)

Selain itu, Baginda SAW juga pernah mengiktiraf ketokohan Muadz bin Jabal di dalam sebuah sabdanya:

« خُذُوا الْقُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ مِنِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ وَأُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِى حُذَيْفَةَ »

Maksudnya:
“Ambillah al-Qur’an daripada empat orang iaitu Ibnu Ummi Abdin (Abdullah bin Mas’ud), Mu’adz bin Jabal, dan Ubai bin Ka’ab serta Salim bekas hamba kepada Abu Hudzaifah“.
(HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
Di dalam kitab Siyar A’lam An-Nubala’ juga ada menyebutkan bahawa;

“Di antara kalangan para sahabat yang sudah memberi fatwa pada zaman Rasulullah SAW, ada tiga orang dari kalangan Muhajirin iaitu Umar, Uthman dan Ali, dan tiga daripada kalangan Ansar iaitu Ubai bin Ka’ab, Mu’adz dan Zaid”.

Subhanallah. Beliaulah antara sahabat yang banyak berdamping dengan Rasulullah SAW dan mendapat nasihat secara terus daripada Baginda. Semoga Allah meredhai Mu’adz, dan memberi balasan atas setiap sumbangannya terhadap Islam.

Marilah sama-sama kita amalkan doa yang diajarkan Rasulullah kepada sahabatnya Muadz, agar Allah SWT sentiasa kurniakan rasa ringan dan rindu dalam diri kita untuk beribadah kepada-Nya terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.

Sumber: Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga

Published by
Team Kashoorga