Berbahagia Di Syurga. Ibu Sebak Kongsi Anak Dilahirkan Tanpa Saraf Usus, Doktor Beri Jangka Hayat 7 Hari

Share

Anak, dambaan ibu ayah. Kelahiran yang sangat ditunggu-tunggu. Namun tidak semua anak-anak mampu membesar sihat, menjadi penyejuk jiwa raga ibu ayah kerana Allah sudah menulis takdirnya menjadi penghuni syurga di usia kecil.

Tiada yang mampu mengatasi takdir Allah namun sebagai hambaNya kita redha dengan ujian diberi, tanda keimanan hamba-Nya.

Satu perkongsian dari seorang ibu, Shafinamazani mengenai kisah anak sulung yang juga anak syurganya cukup meruntun hati.

Anaknya, Nur Afeeya Mikayla Muhammad Faisal dilahirkan tanggal 1 Januari lalu (sama tarikh lahir dengan ayahnya) dikesan mengidap Total Intestinal Aganglionosis, iaitu ketiadaan saraf pada usus kecil, usus besar dan perutnya ketika dilahirkan. Kes begini agak luar biasa dan jarang terjadi. Malah ia pertama kali ditemukan dalam kes anaknya dengan 1 peratus kejadian berlaku dalam setiap kelahiran.

Sejak dilahirkan, hingga usianya tiga bulan lebih, anaknya itu duduk di hospital untuk menjalani pelbagai rawatan berikutan tidak mampu minum dan akan kembali memuntahkannya kembali berikutan ketiadaan saraf.

Jelas Shafinamazani, sebagai ibu jiwanya meronta setiap kali mendengar tangisan kelaparan anaknya namun dirinya tidak mampu beri dan tak mampu nak kenyangkan anaknya berikut masalah usus itu.

“Sangat sebak mendengar tangisannya tapi tak mampu beri. Malah dari lahir, anak tidak mampu membuang air besar sebaliknya hanya kecil sahaja. Afeeya pun sudah dua kali menjalani pembedahan di bahagian perutnya. Doktor pakar sahkan seluruh usus kecil, besar dan perut Afeeya tak ada saraf. Anak juga menjalani pelbagai ujian dan rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar sehinggalah minggu lalu doktor memaklumkan sudah tiada harapan lagi.

“Doktor kata jangka hayat anak boleh bertahan sekitar 7 hari sahaja dan minta kami bawa pulang ke rumah. Benar telahannya, 14 hb lalu, sekitar 12 Ramadan, anak ke syurga indahnya”katanya mengakui agak berat melalui ujian hidup ini namun redha kerana tahu anaknya sedang bergembira di taman-taman syurga.

https://www.tiktok.com/@nrlfina96/video/7087516052539591963?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6973624686812366338

Published by
almaswa Haji Che Ros