Suatu ketika dahulu, taraf pendidikan antara pasangan suami isteri pernah menjadi isu hangat di kalangan masyarakat. Sebahagian gadis yang mempunyai ijazah merasakan pasangan mereka juga harus sama taraf, tidak sekufu dengan mereka yang hanya ada sijil SPM. Malah isu wang hantaran juga menjadi perdebatan khususnya bila mana gadis disukai itu  mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana  mahu pun Doktor Falsafah (PhD) kerana ia dinilai dari segi taraf pendidikan gadis tersebut.

Lebih memburukkan keadaan,  ada segelintir ibu bapa yang menolak calon dibawa anak mereka kerana dikatakan tidak sekufu dari segi pendidikan selain gusarkan adakah dengan pekerjaan tersebut mampu menyara keluarga tanpa yakin rezeki datang dari Allah. Jika Allah sudah mengatur dan berkehendak, setiap makhluk itu ada rezekinya tanpa kita perlu rasa risau.

Di aplikasi Tik Tok, perkongsian seorang isteri @fiza.abdulrahim mengenai betapa dirinya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik, penyayang dan sangat rajin di sebalik kerjaya hanya sebagai seorang posmen.

Ads

Dari perkongsiannya, Fiza menjelaskan suaminya pernah meminta maaf kerana mereka tidak sekufu dari segi taraf pendidikan di mana suaminya hanya seorang posmen sedangkan dia memiliki ijazah. Bagaimana pun, Fiza melahirkan rasa syukurnya dan tidak memandang “perbezaan” tersebut kerana suaminya sangat rajin bekerja membuatkan dia sangat bertuah dan menyayangi suaminya sepenuh jiwa dan raga.

Sikap ambil berat dan sentiasa meletakkan keluarga dalam keutamaan sudah mencukup buat dirinya. Bahkan jelas Fiza, keluarganya turut menerima suaminya dengan baik dan menganggap seperti anak sendiri.

Ads

Di sebalik kerjaya sebagai posmen yang gaji permulaan sekitar RM1300 dengan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dalam SPM atau lulus dalam PMR (sumber jobcari.com), Fiza dalam perkongsiannya memaklumkan suaminya ada melakukan kerja sambilan lain seperti menjadi penghantar makanan, menjadi makenik selain ada menternak kambing dan semua itu sudah cukup buat dirinya. Malah mereka juga sudah empat tahun berumahtangga dan sangat bahagia.

Ads

Benarlah kata orang, bahagia itu kita yang cipta dan ia bukan boleh dicari atau ada dijual di tepi jalan. Tak kisahlah dari segi taraf pendidikan kerana semua manusia itu sama di sisi Allah taala. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah. Sumber : Tik Tok @fiza.abdulrahim

https://www.tiktok.com/@fiza.abdulrahim/video/7007042589140602139?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI