‘Berbuka ikut azan tv atau masjid?’ Jangan sambil lewa, berbuka awal perlu qada atau ganti puasa selepas bulan Ramadan nanti.
Selalunya bagi mereka yang gemar berbuka puasa di rumah, radio dan televisyen menjadi medium utama untuk kita mengetahui sama ada sudah masuk waktu Maghrib atau belum.
Namun, kita kena ingat. Azan itu menandakan waktu Maghrib di Kuala Lumpur yang tidak semestinya sama di sesetengah kawasan. Kebiasaannya bila waktu berbuka, anda ikut azan tv atau masjid?
Ikuti perkongsian Ustaz Akhil Hayy dalam Tazkirah Kashoorga berkaitan isu ini:
Ads
Berbuka Ikut Azan TV
Soalan:
Sebaiknya adalah lebih afdal kita berbuka bila kita dengar azan di tv atau pun dari masjid. Sebenarnya mana lebih baik?
Jawapan:
Sebenarnya soalan sebegini agak subjektif. Suka saya kongsikan kisah yang berlaku di Sabah iaitu di Tawau jika tak silap saya terjadi beberapa tahun yang lalu dan telah menjadi viral mengenai radio yang telah terpasang azan empat minit lebih awal daripada waktu iftar.
Atau Masjid
Jadi apabila perkara ini dikemukakan kepada Jabatan Mufti, mufti menjelaskan bahawa puasa umat Islam yang mendengar atau berbuka mengikut azan radio tersebut terbatal dan perlu qada balik selepas sambutan hari raya.
Bermakna setiap orang yang ditugaskan untuk melaungkan azan atau memutarkan azan seperti muazzin atau bilal mahupun deejay radio merupakan orang paling penting atau paling glamor di bulan Ramadan di media eletronik atau media sosial.
Jangan Sambil Lewa
Ketika bulan Ramadan bila orang hendak berbuka, rata-ratanya akan memberi perhatian kepada laungan azan Maghrib sebab nak makan tak kiralah daripada mana-mana sumber sama ada tv, waima masjid berdekatan tempat kediaman.
Ads
Oleh itu, orang yang bertanggungjawab untuk melaungkan azan atau memutarkan laungan azan haruslah mengetahui waktu yang tepat dan pastikan waktu atau jam konsisten agar tidak timbulkan masalah di kemudian hari.
Bagi Ustaz Akhil Hayy, jika amanah diberikan kepada anda dijalankan dengan baik, maka tidak akan timbul masalah yang berlaku beberapa tahun lalu itu dulu.
Berbuka Awal Perlu Qada
Sebagai contoh apabila kita duduk satu qariah dan rumah Kita berhampiran dengan masjid, jadi apa salahnya kita dengar saja azan dari masjid sebelum iftar.
Sebenarnya tidak timbul isu ikut azan mana, jika masing-masing menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab tidak akan berlaku khilaf. Lagi satu kena ingat, keyakinan nenolak was-was.
Ads
Sebenarnya bila kita ikut takwim yang telah ditetapkan, insyallah waktu berbuka kita akan tepat dan mengikut waktu sepatutnya bagi sepanjang bulan Ramadan.
Setiap anak yang dikurniakan kepada kita oleh Allah mempunyai sikap, kelebihan dan ragam berbeza-beza. Kelebihan ini ada yang boleh dilihat sejak mereka kecil lagi.
Apabila sudah tahu minat mereka ke arah itu, sebagai ibu bapa perlu terus memupuk agar anugerah Allah ini digunakan di atas jalan yang betul.
Misalnya chef cilik yang viral di media sosial, Danish Harraz, 12 tahun, yang mula pandai memasak sejak usianya masih kecil lagi.
Ternyata sejak kecil seawal usia 7 tahun sudah pandai mencari duit dan Danish Harraz kini semakin yakin dengan bidang diceburinya.
Dalam posting di laman sosial kapsyen mewakili Mamanya memberitahu bagaimana perjalanan karier Danish bermula iaitu sejak usianya mencecah 6 tahun hinggalah sekarang.
Semoga kisah Danish ini menjadi insprasi buat kanak-kanak di luar sana yang perlu bijak gunakan kelebihan dan anugerah diberi Allah di jalan yang betul.
Mama: 2013, 6 tahun.. Macam baru smalam dia mula masak² kecahkan satu dapur, mintak record dia masak sambil gigih panjat bangku… Ini 1st meal menu yg dia masak semua sendiri, Spaghetti Bolognese. Minat dgn masak² sejak dia 3-4 tahun dan mula mintak nak masuk dapur jadi kami bagi dia join tiap kali kami masak² tapi more to bagi dia belajar cuci beras masak nasi, potong sayur dan aktiviti² yg bantu motor skill dia..1st time dia masak nasi, cuci 2 cawan beras. 20min tak siap². Bila dah siap, dia tunjuk beras tinggal segenggam dlm periuk yg lain kelongkang. Tahan gelak tengok muka nak nanges dia. 5 tahun, dia kata dia serious nak belajar masak baking sendiri jadi kami masukkan aktiviti ni dlm aktiviti pembelajaran harian, seminggu 2-3 kali bagi dia masuk dapur dan ikut apa resepi dia nak cuba. Sepah? Kami pejam mata, yg penting dia happy
Kini dalam usianya 12 tahun sudah mampu masak macam-macam makanan & cipta resipi sendiri
Now with his age, dia mampu masak macam² makanan, bake macam² desserts, buat macam² resepi sendiri utk kongsikan dlm social media dia supaya semua bole cuba, resepi yg dia pastikan jadi asal ikut apa guide yg dia dah bagi. Berseri² muka tiap kali sesiapa bagi feedback yg resepi dia sedap, senang jadi atau bila orang beritau dorang guna resepi dia utk bisnes
Tak lupa salurkan duit hasil titik peluh pada golongan memerlukan
7 tahun, dia mulakan bisnes sendiri yg mana profit dia salurkan ke #DanishsLoveAndSupportCrew yg berjalan dgn usaha titik peluhnya, yg difokuskan utk bantu keluarga² asnaf, budak² sakit, murid² miskin diluar bandar. Kami as a parents merangkap crew dan helpernya akan membantu dari belakang tabir supaya semua usaha gigihnya tersusun dan beroleh kejayaan
Jalin kerjasama dengan pelbagai jenama dalam dan luar negara
Dengan usaha kebolehan dan rezeki, dia berpeluang bekerja dgn macam² brands dlm dan luar negara, diminta buat recipes utk mereka. Buat LIVE demo since he was 8, merata tempat dia pergi. Seronok katanya walaupun tiap kali nak mula demo tu dia beratib “Mom, help! I am nervous, I can’t feel my legs” tapi bila dia dah ambik tempat dia, nampak penonton, dia terus bertukar! Siap buat lawak lagi entertain penonton sampai kami pun tergelak sama. Happy dapat jamu penonton dgn apa dia masak katanya. Paling jauh, live demo atas Star Cruise (4D3N) Portklang-Penang-Phuket. Alhamdulillah!
. Fly high and stay humble, Baby
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ramai yang beranggapan andai bernazar, ianya wajib ditunaikan. Namun bila menyentuh tentang nazar ada sesuatu yang harus kita fahami dari konteks apa nazar itu disebut. Ketua Penolong Mufti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkongsi mengenai nazar poligami yang wajar diberi perhatian oleh golongan lelaki yang sering menyebutnya.
Nazar Poligami (Sesiapa yang malas baca semua, boleh skip ke point no. 7 dan seterusnya)
1) Apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan sesuatu ibadah yang sunat, maka wajib ke atasnya untuk melakukan ibadah itu, sebagai contoh: ‘Aku bernazar kerana Allah melakukan puasa Asyura pada tahun ini’. Hukum asal puasa pada hari Asyura ialah sunat, namun apabila dinazarkan maka ia menjadi wajib. Jika dia tidak melakukan puasa Asyura pada tahun itu, maka dia wajib membayar kaffarah kerana melanggar janji kepada Allah.
2) Namun begitu tidak semua amalan sah atau ‘valid’ untuk dijadikan amalan yang dinazarkan(Manzur). Oleh itu sesiapa yang ingin bernazar maka dia perlu mengenal pasti dahulu amalan manakah yang sesuai untuk dinazarkan. Imam Syahabuddin al-Ramli(Ramli Kabir) menjelaskan piawaian amalan yang sah untuk dijadikan amalan nazar di dalam karangan beliau “Fathul Rahman”(Syarah Matan Zubad):
وأما المنذور: فهو قربة غير واجبة وجوب عين، سواء أكانت عبادة مقصودة بأن وضعت للتقرب بها وعرف من الشارع الاهتمام بتكليف الخلق بإيقاعها عبادة؛ كصلاة وصوم وحج، واعتكاف وصدقة، أو فرض كفاية
Maksudnya: “Manakala ‘manzur’(amalan yang dinazarkan) adalah qurbah(ibadah) yang bukan fardu ain, samaada ibadah maqsudah iaitu dilakukan untuk mendekatkan diri (kepada Allah) dan ditakrifkan oleh Pensyariat(Allah Ta’ala) sebagai satu komitmen yang ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) kepada makhluk yang dikira sebagai ibadah, seperti solat, puasa, haji, iktikaf, sedekah atau fardu kifayah”.
3) Kenyataan Imam Ramli di atas menunjukkan bahawa amalan yang layak dinazarkan hanya tertakluk kepada ibadah sahaja yang bukan ketogari fardu ain seperti solat 5 waktu dan puasa Ramadan. Selain dari ibadah khusus seperti solat dan puasa sunat, apa sahaja amalan yang dipuji oleh syarak, sah dan wajib diamalkan sebagai nazar, perkara ini disebut dengan jelas oleh Imam Ramli dalam rujukan yang sama:
وإنما هي أعمال وأخلاق مستحسنة رغب الشارع فيها؛ لعظم فائدتها، وقد يبتغي بها وجه الله تعالى فيثاب عليها؛ كعيادة المريض، وتطييب الكعبة وكسوتها، وتشميت العاطس، وزيارة القادم والقبور، وإفشاء السلام على المسلمين، وتشييع الجنائز.
Maksudnya: “Ia(qurbah) hanyalah amalan-amalan dan akhlak yang baik yang mana ia digalakkan oleh Pensyariat(Allah) untuk melakukannya kerana faedahnya yang sangat besar. Adakalanya ia (dilakukan) demi mendekatkan diri pada Allah maka ia diberi ganjaran melalui amalan-amalan itu seperti menziarahi orang sakit, mewangikan kaabah, meletakkan kiswah pada kaabah, mendoakan orang yang bersin, menziarahi orang yang pulang dari musafir, menziarahi kubur, memberi salam pada orang-orang Islam dan mengiringi jenazah”.
4) Perbuatan yang tidak dikira sah untuk diamalkan sebagai nazar adalah perkara yang melibatkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang diharuskan/dibolehkan oleh syarak. Fakta ini dinyatakan dengan jelas oleh Imam al-Ramli:
وخرج بـ (القربة): المعصية، فلا يصح نذرها، والمباح كأكل ونوم، فلا يصح نذره؛ لخبر أبي داوود: "لا نذر إلا فيما ابتغي به وجه الله"، فلو نذر ذلك وخالف .. لم تلزمه كفارة.
Maksudnya: “Perkara yang terkeluar dari ketogari qurbah ialah maksiat, maka tidak sah nazar untuk maksiat. Begitu juga perkara yang harus hukumnya seperti makan dan tidur, maka tidak sah nazarnya, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, “Tiada nazar melainkan pada perkara yang mendekatkan diri pada Allah”. Jika seseorang itu bernazar (untuk perkara yang harus hukumnya) lalu dia tidak menunaikan nazar itu, maka tidak diwajibkan kaffarah ke atasnya”.
5) Jelas di sini bahawa hukum bernazar dengan amalan yang harus dilakukan menurut syarak tidak sah nazarnya menurut mazhab Syafi’ie, malah ia adalah perkara yang sia-sia dan pada zahirnya tiada ganjaran yang dikurniakan oleh Allah. Malah jika seseorang tidak menunaikan nazar tersebut maka dia tidak dikira melanggar janji pada Allah dan tidak diwajibkan kaffarah sebagai ganti. Perkara ini dibuktikan melalui hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Abbas radiyallahu ‘anhuma:
Maksudnya: Ketika Nabi ﷺ berkhutbah, pada masa yang sama ada seorang lelaki yang berdiri di tengah matahari terik, lalu Baginda bertanya tentang lelaki itu. Lalu para sahabat menjawab, ‘Dia Abu Israel bernazar untuk berdiri dan tidak duduk, tidak berteduh (dari kepanasan matahari), tidak bercakap dan berpuasa’. Lalu Baginda bersabda, “Suruh dia bercakap, berteduh dan duduk. Hendaklah dia menyempurnakan puasanya”. (HR Abu Daud) 6) Jelas yang dinyatakan oleh hadis di atas, Rasulullah ﷺ tidak membenarkan Abu Israel RA meneruskan amalan nazar yang bukan dalam ketogari ibadah. Namun Baginda memerintah agar beliau menuruskan nazar puasanya kerana ia termasuk dalam ibadah.
7) Bagi menjawab soalan di atas, hukum asal perkahwinan adalah sunat dan ia termasuk dalam kategori qurbah (ibadah) yang dipuji dan digalakkan oleh syariat, bahkan ia adalah sunnah yang amat dituntut Rasulullah ﷺ. Oleh itu sesiapa yang telah bernazar untuk berkahwin sama ada poligami atau monogami, maka dia wajib menunaikannya lebih² lagi bagi mereka yang mampu.
8)) Hukum meninggalkan nazar bagi mereka yang mampu melaksanakan adalah berdosa dan disifatkan sebagai orang yang bersifat munafik kerana mengingkari janjinya kepada Allah. Selagi dia mampu untuk melaksanakan nazar itu dia tidak boleh berpindah kepada kaffarah.
9) Melainkan jika seseorang itu tidak mampu atau terhalang untuk melaksanakan nazar oleh keuzuran syar’ie, maka dia wajib menunaikan “Kaffarah Yamin”, iaitu memilih salah 1 dari 3 cara, a) Membebaskan seorang hamba mukmin b) Memberi makan 10 orang fakir miskin c) Memberi pakaian lengkap kepada 10 orang fakir miskin d) Jika tiada ketiga² di atas, maka puasa 3 hari.
10) Satu perkara penting yang ditekankan di sini bahawa sesuatu nazar tidak sah dan tidak wajib dilaksanakan jika sekadar berniat di hati, iaitu niat nazar itu tidak dilafazkan dengan lidah. Maksudnya jika bernazar untuk poligami hanya di dalam hati dan tidak dilafazkan di mulut, maka tidak termetrai nazar itu dan tidak wajib dilaksanakan. Namun jika sebaliknya ia menjadi kewajipan yang tidak boleh diabaikan.
11) Dinasihat agar kita semua perlu berfikir panjang sebelum berniat dan melafazkan sesuatu nazar, apakah implikasinya di kemudian hari? agar tidak menyesal di suatu hari nanti, jangan sampai periuk dan belanga terbang di sana sini. Wallahu A’lam Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil @ Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apa itu solat sunat Rawatib? Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.
Solat ini adalah sunat muakkad iaitu yang amat dituntut dan digalakkan. Sunat Rawatib ini didirikan secara bersendirian (munfarid) dan tidak didirikan secara berjemaah. Bacaannya juga boleh dari surah-surah lazim.
Solat rawatib juga dikenali dengan nama solat sunat Qabliyah (dilakukan sebelum solat fardu) dan solat sunat Ba’diyah ( didirikan selepas selesai solat fardu).
Bila solat sunat muakkad ini dilakukan?
Melalui riwayat Ibnu ‘Umar R.A pula menunjukkan jumlah rakaat solat rawatib adalah sepuluh. Beliau berkata:-
Maksudnya: Aku telah menghafal (menjaga) dari Nabi SAW tentang sepuluh rakaat (iaitu solat sunat) iaitu dua rakaat sebelum solat Zohor dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh. Sahih al-Bukhari (1180).
Justeru, timbul satu pertanyaan mengenai solat sunat Ba’diyah yang mana ramai terus mengejar solat sunat tarawih dan membiarkan solat sunat ini selepas Isyak. Berikut adalah perkongsian dari Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed mengenai hal ini.
Assalamualaikum ustaz. Dalam video ada seorang ustaz indonesia cakap solat ba’diah Isyak lebih afdal dari solat sunat tarawih. Dia tegur kesalahan ramai orang yang tak solat ba’diah tapi terus solat tawarih. Apa pandangan ustaz?
JAWAPAN:-
1) Dalam mazhab Syafi’i piawaian dalam menentukan solat² sunat yang terafdal berdasarkan kedudukannya yang disunatkan secara berjemaah atau tidak. Secara umumnya solat² sunat yang disyariatkan berjemaah adalah lebih afdal daripada solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah.
2) Oleh yang demikian Imam Nawawi menjelaskan kedudukan(ranking) solat² dari sudut afdaliah berdasarkan berjemaah, kata beliau di dalam “Raudah al-Tolibin”:
اعلم أن أفضل النوافل مطلقا العيدان، ثم الكسوفان، ثم الاستسقاء. وأما التراويح، فإن قلنا: لا يسن فيها الجماعة، فالرواتب أفضل منها، وإن قلنا: يسن فيها، فكذلك على الأصح.
Maksudnya: “Ketahuilah bahawa seafdal² solat sunat secara mutlak adalah solat sunat dua hari raya, kemudian solat dua gerhana(bulan dan matahari), seterusnya solat minta hujan. Manakala solat Tarawih, jika kami menyatakan ia tidak disunatkan berjemaah maka solat sunat rawatib lebih afdal darinya. Jika kami menyatakan ia disunatkan berjemaah, maka begitulah juga, iaitu rawatib lebih afdal menurut pendapat yang paling sahih.”
3) Berdasarkan kenyataan di atas, solat sunat rawatib kedudukannya lebih afdal berbanding solat sunat Tarawih menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’i, meskipun solat Tarawih disunatkan berjemaah.
4) Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Imam al-Rafi’i yang menukilkan kalam Imam al-Haramain di dalam “al-Syarh al-Kabir:
قال والأصح أن الرواتب أفضل منها وإن شرعنا فيها الجماعة
Maknanya: “Beliau berkata; pendapat yang paling sahih bahawa rawatib lebih afdal daripada Tarawih, meskipun kita disyariatkan berjemaah padanya.”
5) Mengapa solat Rawatib lebih afdal sedangkan ia tidak disunatkan berjemaah dan Tarawih pula sebaliknya? Persoalan ini dijawab oleh Imam al-Rafi’i, kata beliau:
ووجهه بأن النبي صلى الله عليه وسلم لم يداوم على التراويح، وداوم على السُّنَنِ الرَّاتِبَةِ، وعلى هذا، فالقول بأن ما شرع فيه الجماعة أفضل غير مجرى على إطلاقه، بل صلاة التراويح مستثناة منه
Maksudnya: “Jalan hujahnya kerana Nabi ﷺ tidak berterusan dalam melaksanakan solat Tarawih dan Baginda ﷺ melaksanakan solat² sunat Rawatib secara berterusan. Oleh yang demikian, pandangan yang menyatakan bahawa solat yang disyariatkan lebih afdal bukanlah secara mutlak, bahkan solat Tarawih dikecualikan (sebagai lebih afdal dari rawatib).”
6) Jelas atas apa yang dinyatakan bahawa menurut pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafi’i solat² sunat Rawatib lebih afdal dari solat Tarawih. Ini kerana rawatib merupakan amalan yang dilakukan secara konsisten oleh Baginda ﷺ. Sehingga jika solat Rawatib tertinggalkan Baginda ﷺ akan mengqadanya.
7) Kesimpulannya, solat sunat Ba’diah Isyak salah satu daripada solat² sunat Rawatib. Jelas ia lebih afdal dari solat sunat tarawih menurut mazhab Syafi’i. Oleh itu, amat rugi seseorang yang mengejar pahala dan ganjaran di bulan Ramadan meninggalkan solat Ba’diah Isyak dan hanya menumpukan solat sunat Tarawih. Sedangkan kita digalakkan agar memberi keutamaan kepada amalan yang paling afdal.
Wallahu A’lam Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil @ Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sebelum keluar rumah atau pergi bekerja selain solekan wajib mengenakan semburan wanigan yang memang terserlah baunya.Meski Islam melarang wanita memakai wanigan yang harum semerbak...