Tahukah anda mengenai adab ketika ‘iftar’ atau berbuka puasa mengikut sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan. Mari kita tingkatkan amalan di bulan puasa ini dan semoga beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda.
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk.
Akan tetapi sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka eloklah jika kita bersolat terlebih dahulu. Hal ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan Nabi SAW ini ialah untuk memastikan kesempurnaan dalam solat.
Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
Namun harus diingat janganlah menghabiskan masa yang terlampau lama untuk menjamu selera sehingga terlepas waktu untuk menunaikan solat Maghrib yang singkat itu.
Berdoa waktu berbuka
Mengikut hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
Hal ini kerana, pada saat berbuka puasa, merupakan waktu berkumpulnya kesempitan jiwa (kerana lapar), sifat tunduk dan merendah diri dan apa yang penting hamba Allah itu sedang berpuasa. semua ini merupakan antara sebab terkabulnya doa. Berdoalah, dan jangan putus asa dalam meminta kepada-Nya.
Mari kita sama-sama meningkatkan amalan sunnah ini agar keberkatan menjalankan ibadah puasa lebih berharga. Insya-Allah, jom kita mulakan hari ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI