Bercerai atau tidak, keputusan selepas balik umrah.’ Shuk dan Sera berbaik, tunai umrah bersama. Perkara yang baik, apa salahnya diuar-uarkan.
Biarpun kemelut rumah tangga antara Shuk Sahar dan isterinya, Rossa Sera belum berakhir. Kedua mereka nampaknya enggan memanjang sengketa apabila dilihat memilih jalan berbaik dan menunaikan umrah di Makkah bersama.
Artikel Berkaitan:
‘Alhamdulillah Rezeki.’ Hargai Jasa 27 Tahun Setia Berkhidmat, Majikan Ini Taja Staf Tunai Umrah
Berkongsi mengenai perkara itu, Sera mengakui, Shuk mengajaknya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.
Kata Sera, pelawaan itu boleh diumpamakan permulaan baru selepas berdepan masalah rumah tangga, sejak beberapa tahun lalu.
“Ia umpama titik permulaan baharu buat kehidupan kami.
“Hanya bersama Shuk dan ada beberapa rakan perniagaan turut bersama. Ia boleh dikira sebagai lawatan umrah bersama rakan perniagaannya,” katanya.
Bagaimanapun, mengulas perkembangan isu rumah tangganya, Sera hanya memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan sama ada terus bersama atau sebaliknya.
“Keputusan mahkamah akan diketahui selepas kami pulang daripada mengerjakan umrah. Sama ada positif atau negatif, apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku.
“Saya mahu melihat ke hadapan bersama anak-anak. Shuk juga mahu fokus pada perniagaannya.
“Jadi, saya dan Shuk ingin berubah menjadi lebih baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak.
“Sebagai ibu, saya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya, begitu juga Shuk.
“Jadi, sekiranya apa sahaja yang berlaku saya mohon doakan kebahagiaan kami walaupun bersama atau tidak,” katanya.
Pada November tahun lalu, Sera telah memfailkan perceraian terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.
Sebelum itu, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Semoga ada sinar bagi pasangan ini, kadang-kadang bila berkali-kali diuji, insyallah dihujungnya Allah kurnikan pelangi indah. Insyallah.
Sumber : Berita Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!