Berdoa Diberikan Peluang Duduk Lama Di Raudhah Hingga Maghrib, Pemuda Menangis Hajat Tercapai

Share

Berdoa amat dianjurkan di dalam agama dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya hal. Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…” (Surah Ghafir, ayat 60).

Tak hairanlah, kita disarankan menyuarakan apa saja hajat melalui doa dan insya Allah, lambat atau cepat Allah akan perkenankan.

Satu perkongsian dari seorang pemuda menunjukkan kebesaran doa dan peristiwa dilaluinya cukup menyentuh hati.

Ini kerana dirinya telah merakam satu peristiwa dan menjadi kenangan seumur hidupnya kerana Allah “menjawap’” terus doanya di dalam Raudhah iaitu tempat yang mustajab berdoa. Malah Raudhah antara tempat yang paling diingin dimasuki oleh semua jemaah yang menunaikan haji dan umrah kerana tidak hanya dikenali sebagai taman syurga tapi di dalam Raudhah juga terdapatnya makam Nabi Muhammad SAW, nabi pemberi syafaat.

Berkongsi keajaipan dilaluinya, di saat orang lain berebut-rebut dan mempunyai masa yang singkat di dalam Raudhah tapi pemuda ini berkongsi dirinya dapat berlama-lamaan di dalam Raudhah.

Ini kerana dalam doanya, dia meminta terus kepada Allah agar memberinya kebenaran duduk di dalam taman syurga ini hingga selesai waktu Maghrib untuk dapat bersolat di dalamnya.

“Pada ketika saya habis solat sunat dan berdoa dalam sujud berikan saya peluang ini. Habis solat, saya langsung disuruh keluar oleh pengawal bertugas. Saat saya berlalu di hadapan pengawal bertugas, dirinya bertanya kepada rakannya saya berasal dari negara mana

.

“Tanpa disangka-sangka dia berkata, saya boleh berada di sini, di sisi makam Rasulullah hingga waktu Maghrib. Allah maha besar, Allah maha Agung. Allah menjawab doa saya secara terus,” katanya sambil menangis.

Dan ternyata peluang ini sangat besar dan ditunggu-tunggu oleh ramai orang dan ternyata dirinya amat bertuah Allah mengabulkan doanya secara terus.

Published by
almaswa Haji Che Ros